Sabtu, 11 April 2009

tersiar di laman ERA TAHUN 2000/1

Aku pernah menghantar cerpen pendek ke Radio Era, Bulan April & berjaya tersiar la kat laman web ERA.Sekitar tahun 2001.
Bangga dengan diri sendiri la sebab berjaya buat benda yg aku minat.Aku kena create citer aku sendiri, starting ERA kasi, jadikan ia menarik. Aku dah kehilangan soft copy, ni aku karang semula, adalah aku tambah here & there tapi aku rasa karya asal lebih menarik!

Ceritanya lebih kurang begini..

Kelam kabut nak menghadiri interviu pertama selepas bergelar graduan. Perasaan kalut bercampur baur & terbayang gaji pertama yg bakal aku terima nanti. Aku pinjam keta abah, apa kelas naik motor Yamaha aku ni. Ceh berlagak giler, Yamaha ni la yg angkut hang g library tau.
“awat susah sangat cari parking ni. Pusing punya pusing kat parking bawah bangunan ni” mak ai ni memang rezeki aku ni.Ada kon pulak. Hey, aku pun bayar parking gak tau..

Aku keluar & mengalihkan kon . Senyum sendiri. Sapa la yg tak beretika meninggalkan kon kat tengah kotak parking ni. Letak kat tepi kan bagus.

Cepat Nana, dah lambat dah ni. Aku bergegas naik lif, aci redah jer. Allah lupa lak. Tingkat bape erk? Aku pun buka surat panggilan interviu, 10.

“Nama saya Suzana Ismail, datang nak interviu” aku bersuara lunak, control giler
“ok tandatangan kat sini, giliran awak paling last”kata penyambut tetamu
Terima kasih...huhu lega, ada masa lagi aku ni. Aku kira 1,2,3,4,5
Alamak, peluang aku tipis, yg datang, mekap mak ai tebal, lawa lak tu. Gaya sophistikated. Aku dengan baju kurungnya, takat tepek jer lipstik, tupun dah pudar agaknya, maklumla maybeline je.

Melintas seorang pemuda, tinggi jer yg aku perasan & bau minyak wanginya menusuk, Davidoff

“Lagi 5 minit panggil candidate pertama” arahnya kepada penyambut tetamu.
“Baik Boss”

Aku rasa waktu bergerak begitu pantas.
"Suzana , giliran awak” aku dah berdebar. Rileks buat2 cool
Aku melangkah masuk ke bilik yg disediakan.
"ceritakan mengenai diri awak yg takde dalam resume awak ni"
uih boleh tahan gak mamat ni, tak handsome, kulit agak gelap, tinggi. MANIS!

Apa ni selalu org hafal jer resume diri sendiri kan?. Apa erk. Aku yg bengong ni pun cerita perangai buruk aku ckit2.
“Awak takde pengalaman nak jadi PA , macamne awak nak kendalikan? Awak amik biokimia. Not that bad”
Dalam hati aku dah menyumpah” abis tu panggil interviu buat pe? Asyik2 nak cakap graduat takde pengalaman.
“Macamni la Encik, kalau graduan spt kami tak diberi peluang, macam ne kami nak ada pengalaman. Sampai 10 tahun pun kalo pergi interviu asyik nak cari yg ada pengalaman jer ape citer. Orang muda mcm kami tengah membara nak berbakti tau”..

Aku dah buat perangai dah, duduk pun dah macam kat umah, syok bersandar”
“empuk kan kerusi awak tu”
“oo”. Aku dah termalu sendiri.

Jenuh gak berdebat ngan mamat ni. Macam2 soalan yg kuar, ada yg aku tak boleh nak jawab. NGANGA je la..

tiba-tiba
“saya nak minta pandangan awak, boleh?"
“boleh, tak jadi masalah, apa nye?”
“apa awak akan buat jika ada keta dah parking tempat keta awak” ujarnya
“ mana la dia nak tahu tu parking encik ke idak”
“mungkin dia ada hal kecemasan kot cik, nak ke toilet ke, hantar barang ke; yela macam2 kemungkinan”
“boleh jadi gak” tapi petak tu petak khas, kon pun dah siap diletakkan, Plat nombor pun dah di cat

ALAMAK....
Kalo saya la jadi Encik, saya tak la kisah sangat, kan banyak lagi parking kat bawah tu. Cari jer la parking lain. Hidup ni tak boleh nak sellfish sangat. Dia dlm keadaan hurry kotnye.

“Mana boleh, ”dia berkata lagi
“atau dia orang baru yg kebetulan ada urusan kat bangunan ni.”
“Posible gak tu”
“Rasa2nya Encik nak buat apa ngan dia”
“mana boleh cakap”
“encik akan maafkan dia tak?
“sy bukan kisah sangat tapi sajer nak ajar je.org buat salah kena maafkan...budak2”

uh lega aku dengar jawapan dia

“sikap mcmni la perlu ada dlm diri seorang profesional!”aku jet lagi!
“ok lah, jawapan interviu dalam masa 2 minggu tupun kalo awak berjaya. Awak parking kat mana?
“kat basement” jawabku ringkas
jomlah, awak nak tau saya nak buat apa kan? Jom sama2 kita saksikan
aku senyum, matila aku kali ni. Tu la suka buat benda tak pikir. Langgar ikut suka kau jer.

Sebuah kereta BMW menghalang kereta abahku. Dia menghampiri kereta tu, posing maut, dok kat bonet depan keta abah aku
"
Encik, hati2 bonet depan tu lembut, kereta nasional" kataku ringkas

”Lawa BMW tu’ Encik punya yer?”
“aah, saya nak tunggu owner dia datang, confirm pompuan punya, 2 ada compact powder.”

“kalo encik punya, tolong alihkan”

“kita tunggu la owner keta ni dulu”

sengal la mamat ni, aku tekan punat alarm
“ni keta abah saya”

“awak, sambil tersenyum manis
"patut la tadi awak mpertahankan”

“hehe, nak hidup, budak2” aku mengulang ayat bakal boss aku

"agak2 saya dapat tak keje ni?" eeeee gelojoh btul la aku nihh

Bakal boss aku hanya tersenyum "orang macam ni pun ada dalam dunia"

Tiada ulasan: