Khamis, 9 April 2009

KUNJI

Mengajar matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Apa yg menariknya tentang cikgu ni? 1st time aku masuk sekolah teknik ipoh, waktu berselisih dgn dia aku mengucapkan “Selamat pagi Cikgu”. Yelah nama dia KUNJI...betoi KUNJI..unik kan?
Dia jawab” waalaikum salam”.
Aku malu2 biawak . Huh dah terkena ...Islam rupanya. Kejadian berlaku 11 tahun yg lepas, waktu tu aku berada di tingkatan 4.
Tak cukup menarik lagi? Biar aku describe bagaimana orangnya.. Rambut kerinting mcm tak bersikat. Cikgu kena smart kan? Dia adalah sebaliknya, maksud aku rambut, pakaian dia tetap kemas...cool... Alasan dia kuat untuk berfesyen begitu, sebab rambut dia original. Cuma dibiarkan agak panjang. Orangnya sekitar 170 cm, berkulit agak gelap. Muka tak macam Melayu, macam India sangat pun tak gak. Matanya ke dalam, pandang orang macam takde perasaan. Telinga standard, tak capang macam Nabil. Mulut dia kecik, ye ke? Aku lupa lak.....Aku konpius la bab hidung ni, rasanya tak mcm hidung jambu air aku nih, Itu confirm!
Kening lentik ke atas, kira macam pompuan berpantih la.
Satu2nya cikgu yg takkan pakai tali leher pada ari Isnin, waktu perhimpunan. Dia buat selamba dia jer. Hampir lupa lak, dia berkaca mata, tak berbingkai. Ala gaya budak pandai! Kalau diperhatikan, sebagai cikgu lukisan kejuruteraan, dalam poket kemeja dia mestia ada atleast pen tak pun bawa pembaris besar tu kan? Nak tau apa yg ada dalam poket baju dia? BERUS GIGI!.
Kebiasaan pada Cikgu Kunji ni untuk gosok gg lepas makan. Aku ni memang nakal ckit, penah satu hari follow dia dari kantin terus ke bilik guru. SAH cikgu terus gosok gigi. Gigi dia takyah citer arr..Putih tersusun.
Form 5 dia ngajar aku. Kalo tak silap aku, dia ni cakap slow jer, so bila dia ngajor kena la pasang telinga ckit. Malangnya aku tak bape pandai lukisan kejut ni, bagi aku menconteng aku ok la. Bab2 nak imagine ni...huh..lemah otak ckit!
Agaknya dia masih di SMTI ke?Nanti aku periksa
Arh kenangan memang tak boleh dibeli! Sorila cikgu saya terus berubah aliran selepas tu. Kejut (merujuk kpd kejuruteraan) memang bukan jiwa saya...;)

Tiada ulasan: