Ahad, 12 April 2009

mak ku yg kalut...kepala gas

tengah drive, Lagu yuna kat hp berkumandang
erk mak call la
"na, kepala gas ni mcm ne? tak boleh nak bukak,kan ari tu mak cakap, mak tak ingat nak buat mcm ne"
"mak tekan jer, kepala punat tu ke dalam" susah gak nak explain kat mak aku ni..dlm tepon tau2 jer la
"dah, mak dah tekan. tak boleh jugak ni"

"mak salah tekan butang tu, bukan butang yg keras.
Ok mak pegang kepala yg boleh tolak tu, tekan butang dia ke dalam"

"tak mau"..adoi mak aku ni..aci kalut betul

"itu nana tau, mak tekan butang lain, betul2 kat kepala yg mak tolak"

"aaaa dah boleh"

mak aku gelak besar

"mak takut na, api2 ni"

"ala mula2 jer tu"

minggu lepas balik kampung, kami tukar kepala gas kepada yg lebih ok ckit. Melayang la gak duit mak aku RM 300. Dia tengok demo kebakaran yg biasa berlaku kat dapor. Kira terpedaya la ni.
Bagi aku lak, ia membuat aku melangkah ke hadapan kerana sebelum ni aku TAKKAN PERNAH NAK TUKAR KEPALA GAS" sebab aku pun macam mak aku ... TAKUT!
Tapi lepas tengok demo cara nak pasang kepala gas baru, aku yakin la nk tukar kepala gas. Tapi yg baru ni le. Style lama aku still takut lagi.

Dulu kalo abah & mak takde kat umah, bila gas habis, alamak tak berasap la dapor umah aku.

Alasan terbaik: TAKUT KENA SAMBAR API

Tiada ulasan: