Isnin, 14 Disember 2009

adoi....

semahunya aku rindukan keriangan

yang pernah singgah menjadi teman

juga hinggap seketika sebagai rakan

datang tatkala aku inginkan bahu untuk bersandar


tapi kini..

ia hilang, telah lenyap dari pandangan

berlari meninggalkan aku yang semakin lesu

tak terkejarkan aku akan dirinya

tak terjangkau tanganku menariknya

apalagi mahu aku mengikut rentak lariannya


adoi...

mahu aku berbuat apa?

apa perlu aku berlari mengejarnya menggunakan kuasa kuda?


argh...

mungkin perlu tengok dan lihat saja

biar mata berbicara

mencari perspektif yang betul letak duduknya

biar....

Jumaat, 11 Disember 2009

entri kosong

M.A.L.A.S

menulis...

ada yang mendengar aku hari ini

baca di sini

Khamis, 10 Disember 2009

entah...

entah...

tak pasti mengapa aku perlu emosi!

mungkin lewat kebelakangan ini, aku terlalu sensitif

tersalah kata denganku saja, aku merajuk sendiri

diam dan mahu bersendiri

entah....

mungkin juga aku sudah menginjak usia

mahu diberi perhatian seperti anak kecil minta didodoi, diselimut dan minta dibacakan buku cerita

mungkin saja, aku benar-benar terguris walau dia bukan sesiapa denganku

mungkin saja, aku yang terlalu emosi, mahu turuti kata hati

tolong ya, jangan begini

aku runsing mahu jaga hati semua

sedang kalian memperlakukan aku semahunya

Rabu, 9 Disember 2009

ruang-ruang kosong

Ruang itu telah disediakan cumanya masih belum dibuka

Tunggu ketika yang sesuai bersama batang tubuh yang benar untukku

Catan itu akan kuwarnakan, kan kucorakkan secantik jalur pelangi

Mungkin sudut yang sesuai belum dijumpai

mungkin koordinatnya tersasar lajur serta barisnya

aku yakin tubuh itu sedang mencari pintu masuk atau penanda arahnya diterbangkan angin

haih...

bicara dengan diri sendiri lagi

mahu menenangkan naluri

biar aku rasa aman, tenang kerna aku mencari damai!

aku rindukan ketenangan yg kini perlahan-perlahan mula menusup ke jantungku

moga ia kekal di situ

ia layak aku perolehi

ya selayaknya aku dikurniakan perasaan itu

Tuhan, tolong......dengari aku, fahami aku

walau aku tahu kau selalu mendengarnya...

aku tetap mahu memohon, setiap hari setiap ketika

kerna ianya free

percuma...

sekian

Selasa, 8 Disember 2009

tiada bertajuk

tolong pergi...
aku mahu perasaan itu cepat pergi, ya mahu ia berlari jauh dariku

jujur ....
aku tidak tertahankan beban itu
selalu saja aku sebak setiap kali berbicara dengan Penciptaku

acapkali aku kesalkan apa yang terjadi

tapi apa yang boleh aku perbuat?

sedang semuanya sudah direncana

sedang semuanya bukan bidang kuasaku


berlari aku menjauhi
tetap ia tidak berganjak
pegun bersama jasad berjiwa kosong

akankah kekal begitu?
setia mendatangi tubuh kecil ini?
datang mendepani tanpa mengira aku bagaimana kiranya?

Isnin, 7 Disember 2009

oh..ini rupanya kosong yang hilang

kosong yang hilang itu telah aku jumpai..
ya semalam! aku perolehi kosong yang aku cari..

mengingatkan aku bahawa aku akan kehilangannya lagi

lebih selesa jika tiada?
lebih gembira jika ia tak kembali?

jika itu buat aku gembira, apa salahnya

tapi bagaimana jika sebaliknya?
bagaimana jika ia terus menghantuiku?
bagaimana jika ia mengekoriku?

ah, tak mungkin!

sesuatu yang aku harus pegang yang ksong terus kekal...

cuma bukan hak mutlakku

ia akan hilang dari pandangan
tapi bukan lenyap di hatiku

mungkin ia akan datang dengan warna berbeza
mungkin ia akan terbang membawa seribu rahsia

pandangan matanya kabur
suluhan jiwanya mengelirukan
tidak seiringan alunan langkah serta bisik bicaranya

Jumaat, 4 Disember 2009

hilang sesuatu

kosong

ada yang kurang, mungkinkah dapat dikembalikan? kemana ia menghilang?
aku sedang meraba dalam terang
nampak! tapi kabur dari pandangan.

mungkin yang kurang itu cuma perasaan

ya, ia kosong...

bingung! kerana yang hilang itu kosong

Rabu, 2 Disember 2009

bukan ini yang aku minta....

Bukan aku minta simpati kalian,
aku tahu bagaimana menghadapi hidup ini, walau bongkak bunyinya namun aku jujur meluahkannya.

Bagaimanapun aku berterima kasih pada kalian yang dapat melihat kesungguhan aku. Kehadiran aku selepas jam 5, adalah atas kerelaanku sendiri. Siapa mahu menyudahkan kerja2 aku yang masih berbaki? walau ia cuma sedikit, tapi aku tetap kalut mahu menjadualkan diri sendiri. Walau kerja sambilanku tidak berat namun tetap badanku lelah. Pernah cuba untuk memendekkan masa tidur, namun tubuh keringku tidak mampu bertahan lama.

Aku belajar redha dengan apa yg berlaku keatasku. Sejujurnya aku yakin akan ada kemanisan yang bakal aku perolehi suatu hari nanti, cuma bila dan bagaimana bentuk kemanisan itu, tidak akan pernah aku ketahui dan mungkin kemanisan itu datangnya tanpa aku sedarinya. Terlalu berharap agar aku sempat bersyukur dengan nikmat Tuhan itu.

Apa pula dugaan yang bakal aku tempuhi nanti?
Aku bukan mahu mencabar Penciptaku.
Terdetik di hati, bagaimana aku dipilih dengan ujian begini.

Aku kira aku manusia lemah, selalu kabur dengan keinginan diri sendiri.Ada dua jiwa yang bersatu dalam jasadku. Pertembungan emosi antara keinginan sekarang dan kenangan silam selalunya buat aku jadi manusia tanpa perasaan. Bodohnya lagi kenangan jadi pemenang.

Tiada manusia yang mampu hidup dalam kenangan sedang aku masih digari kuat. Minta Tuhan tolong lepaskan perasaan itu. Aku jadi terlalu takut, sangat defensive kepada diri sendiri.Bukan tidak cuba meleraikannya namun aku masih gagal.

Saat ini masih lagi kalut dengan permainan perasaan, sangat keliru dengan apa yang sedang berlaku, masih menyalahkan diri.

Didalam dunia yg SERBA TAK PATUT ini

Renungkan apa yang ingin disampaikan;click di sini

Selasa, 1 Disember 2009

Hidup sebagai AKU

Perjalanan hidup aku walau cuma 28 tahun, cukup panjang
Keterlaluan jika aku katakan tiada yg seumur denganku telah melalui pengalaman hidup yang mendahsyatkan. Ngeri bunyi bicaranya. Aku percaya, insan diluar sana, diduga dengan derita yang lebih berat, sedang aku tika ini masih boleh tersenyum bila segala rasa yang bersarang di dada dapat aku curahkan. Bercakap dengan blog sama sekali berbeza jika kau mula menutur kata dihadapan seseorang yang kau percaya. Terima kasih mendengar leteranku.
Kalian buat aku rasa comfort.
Ya, aku perlu redha dengan segala apa yang berlaku. Cumanya aku manusia yang menzahirkan perasaan, bukan merungut!
Tidak! bukan itu maksud tujuan aku bercerita, aku sekadar mahu kalian sama kongsi apa yang aku rasa.

Maaf jika tutur kata aku, bersifat sangat membenci Tuhan. Tidak sama sekali!

Walau aku sudah besar, tapi aku belum cukup matang. Takkan berulang untuk kali kedua, janji aku pada aku. Kerna aku sifatnya mudah "serik" atau lebih tepat lagi "mudah belajar" dengan apa yang berlaku keatas diriku. Dengan ini, aku membuat perjanjian dengan diriku, mahu jadi orang besar punya kematangan fikiran.Saat ini Dia mendengarnya dan aku benar2 berharap restu dariNya.

AMIN

Selasa, 24 November 2009

karut

karut!
sebetulnya aku (kami yang pasti) tertipu. Saat aku menelan tiap bicaranya, aku sangka dia jujur mahu memperbetul. Kabur tentang tujuannya.
Dia mahu apa sebenarnya?

Sedang aku tidak pernah terlintas tentang sesuatu yang berhubung dengan jiwa.Bukan itu agenda utama aku saat ini.Adilkah menuduh aku begitu? Belum kau kenal lagi aku jika kau rasa aku mudah mencair.Jangan pernah kau menuduh aku semahunya, jika telahan kau sekadar mahu menutup kesalahan kau yang sebenarnya.

Mahu tertawa semahunya, tidak cukup bijakkah berfikir sebelum menyatakan yang aku begitu dan begini? Sudahkah kau selidik, tentang kebenarannya? Kau meneka yang dusta. Ramalan kau tidak mengena sedang aku sedap terlena mendakap bantal untuk terus memikirkan hari esok.

Ahad, 22 November 2009

apa yang aku renungkan?



apa yang aku renungkan?

akan gembirakah?
bersediakah aku?

renungkan

Jangan beri mereka wang, beri saja mereka kemahiran. Mereka kena bantu diri mereka. Masih ada lagi golongan yg susah hidup. Tiada bekalan air bersih & elektrik. Aku tak jelek jika mereka tidak bijak janji mahu berusaha. Tambah sedih lagi kalau punya anak yg cukup anggota, masih gagah, kaki masih kuat, tangan juga punya dua tapi tak tahu nak membantu ibubapa. Berusahalah kakak, abang & adik . Sanggup kau biarkan ibumu terbongkok2 mencuci lantai jamban awam. Bukan masalah hina atau apa kerjanya, tapi aku geram lihat kau duduk berbaring menghadap tv & ketawa.

Sabtu, 21 November 2009

bila aku jadi aku

saat tersalah tafsir akan maksud seseorang...
saat kalut membaca pemikiran seseorang

itulah aku bila aku jadi aku

mula rasa digunakan
mula rasa ada yang mengambil kesempatan

tersudut memikir celaru kotak fikiran
realiti maksud tersirat

sedang sebenarnya tiada apa-apa yang pentingnya
sedang semuanya hanya telahan yg tiada bicaranya

jadi aku yang selalu telan apa yang aku rasa
selalunya menyakitkan

semahunya aku mahu jerit saja
biar lepas, biar kataku nanti tiada beralas

adilkah begitu?

tapi adilkah pada aku jika aku kekal membeku?

Ahad, 15 November 2009

mahu bicara apa

Mahu bicara apa..
tentang hidup yang tenangnya kian menghilang
tentang jiwa yang hangatnya sudah dingin membeku

aku tenggelam dalam kekalutan perasaan

bila mahu tamat?
sedang ia belum mahu jumpa pengakhiran

mungkinkah akan kecundang
jika berterus-terusan tenggelam kalut lalu jadi ribut

entah! aku kabur mahu bicara apa
perasaan yang bercampur mahu fikir semua dalam satu masa
mahu rebut segala

runsing mahu jaga hati siapa
resah sedang aku sendiri tidak tenteram jiwanya

Selasa, 10 November 2009

aku yang kejam

nak diluah mati emak, tak diluah mati bapak

rangkap itu sesuai untuk aku bicarakan tentang aku dan saudara sedarahku

sudah terlanjur berbicara,bahasaku tidak kena dengan jiwanya.

walau niatku baik tapi berbunyi keras kerana aku begitu orangnya
cakap terus, tak berselindung, biar dia faham

haihh
alih2 lain jadinya

aku kira kesalahan aku...
mengapa tidak aku biarkan saja?
mengapa tidak aku lihatkan dulu kesudahannya?

terburu-burukah aku dengan tindakanku?
kejam sangatkah kata2 yang keluar dari mulutku

walau gerak kaki ku keras
tapi aku tetap wanita, cepat tersentuh terus luluh cumanya masih kental menahan ketidak tenteraman jiwa


Sabtu, 31 Oktober 2009

cerita seorang kawan

perlukah kawan?
bagaimana kalau kawan itu sekadar mahu mencari kekurangan, senang dia nanti menikam kita?

kalau kawan itu benar2 sahabat, kurangnya kita disimpannya sedang kelebihan kita dipegangnya..

bukan dia selayaknya kau panggil rakan, jika kau jadi bahan caciannya

bukan dia selayaknya kau berkawan, jika kau diperlakukan dia semahunya

Jumaat, 30 Oktober 2009

memang poyo

1245 pm memandu kearah pusat bandar untuk mengisi minyak kereta....

enjin kereta tersengguk2, apakah?mengapakah?

seperti yg bermain di kotak fikiran, KENARIKU KEHABISAN MINYAK!

Padan muka aku! tak boleh nak salahkan meter minyak, memang dah lama begitu, abah aku pun dah membebel soh pergi betulkan...aku buat2 tak dengar.

Bantuan rakan2 diperlukan saat ini, dan rakan opis dihubungi
Tima kasih Pora yang datang bersama cermin mata gelapnya..Minyak bernilai RM 3 di sumbat ke dalam tangki...
kereta dipandu menuju petrol pam berhampiran. Minyak diisi penuh ;)

Tangki minyak telah dipenuhkan oleh abah kesayangan pada petang ahad sebelumnya sekembali dari membeli barang di tanjung malim. Timing salah, banyak sangat berjalan sampai ke puncak alam menyebabkan kehabisan minyak...masih berfikir keperluan membetulkan meter minyak...adakah perlu? hahaha

petangnya....
nak tak nak aku sujud gak di lantai surau yang tak beralas sejadah
lupa membentang sejadah @ orang sebelah dok tarik?
tak ...tak...tak...... aku gurau

bengong betul, tahap kesengalan yang memuncak...kecelaruan fikiran agaknya!

Rabu, 21 Oktober 2009

bebas macam burung

tak terikat dengan sesiapa
tak bergantung dengan duit sesiapa
tak rasa berhutang kerja dengan sesiapa

suka2 hati nak buat atau tak
ikut mood...ikut suka aku
rasa BEBAS sangat2
rasa BAHAGIA teramat

kalau rasa dengan buat begini, aku kan mengalah
mengundur diri...
silap beruk la....

jadi aku saat ini memang memenatkan!
tapi aku PUAS dengan kehidupan sekarang
moga Tuhan beri aku kekuatan
hadapi hidup ini...

AMIN

Khamis, 13 Ogos 2009

matta...

pertamaku melihatmu
bergetar rasa hatiku
berdebar-debar jantungku
mungkin ku suka padamu

ketika ku melihatnya
berdetak-detak di dada
mungkin itu suatu pertanda
bahwa ku suka padanya

Khamis, 6 Ogos 2009

bagaimana ya?

Bagaimana mahu bagitau kat dia
tentang hati, tentang perasaan

bagaimana nak pandang mata dia
kalau mata takut untuk bertembung mata

jika hati katakan ya, manakala mata malu berbicara

Isnin, 27 Julai 2009

Wanted!

Kamu yang aku cari

Berkulit cerah....
Tinggi...
kemas

Ya, kamu yang dalam group itu
salah seorang dari kamu

Kamu itu mungkin berkereta
kamu itu mungkin juga tunangan sesiapa
kamu itu mungkin juga suami sesiapa
atau kamu itu
ayahnya si kecil bernama Mira

kamu itu siapa ya?

Sabtu, 11 Julai 2009

buat sesuatu yg tak mahu aku lakukan

hidup ni jelas rumit kalau kau fikir untuk merumitkan!

mulut membebel macam2 tapi kaki tangan tetap melakukan dalam ketidakrelaan hati

memaksa diri untuk melakukan sesuatu yg hati katakan tidak!


Itukah yg dinamakan paksaan? atau lebih kepada dorongan semangat yg berjaya melawan rakusnya hati mempengaruhi minda?
atau itu sekadar lakonan dalam kehidupan.....

ya bersandiwara untuk menyelamatkan satu situasi yg tidak diketahui lagi
adakah ini perlu?

apakah ini tidak dikira berdosa?

kategorinya apa?

tipu sunat?

mereka kata aku stress, berat hatiku mengatakan tidak! aku mahu nampak kuat.mahu tipu diri, mahu tipu mereka disekelilingku.

emosi celaru menambahkan garis-garis halus diwajahku yg makin melewati usia

Khamis, 9 Julai 2009

Quitters sometimes win?

Quitters sometime win

Lu pikir la sendiri!

Siapa erk?

sape dia?
muncul secara tiba-tiba, kadang-kadang jarang-jarang
kalau aku ke sana hari-hari, akankah aku berjumpa dengannya lagi?

pandang dari jauh lebih best, lebih cool!
ops.....
kenal lebih rapat. tak thrill
please la act spt di Form 5, admire diam2. walaupun akhirnya kantoikan diri sendiri. aku kantoi gak!

tadi, masih tiada berteman
keseorangan
di mana teman? isteri mungkin?

ops sudah...sudah berita paham...jangan banyak pikir

rancangan tergendala sebentar

Khamis, 25 Jun 2009

cukup bagus?

how bagus is bagus?
apa definisi bijak?
penafsiran bodoh itu pula bagaimana agaknya?

melihat keperluan memiliki kebijaksanaan akal fikiran, luas maksudnya. Samaada sedar atau tidak, kebijaksanaan seseorang bukan berdasarkan berapa banyak buku falsafah , sejarah, kimia, mahupun biologi yg dibacanya. Lihat dari ruang lingkup yg berbeza. Kagum ya aku kagum mereka2 yg punya kesempatan membaca buku2 falsafah dan code pembacaan mereka untuk dikongsi bersama blogger yg lain. Tapi bagaimana jika ada yg menganggapnya sbg poyo or berlagak, mahu tunjuk pandai?
terserah bagaimana penerimaan mahupun cara mereka berfikir(maksud aku si pembaca). Jangan biarkan emosi mengawal gerak kamu. Dalam konteks lain pula, pandangan rakan mahupun blogger yg lain dirasakan tidak relevan, lari dari maksud penulis atau sebenarnya penulis itu sendiri telah meletakkan satu pendirian yg mana pada yg membaca" SILA AMBIL INI PENDAPAT BULAT2"Jangan kau berani menentang idea tulisanku! wakakaka

Ok serius kembali...

Orang ini aku labelkan pengecut. realistik la jika mahu bersuara lantang. Kau mungkin pemimpin masa hadapan tapi jgn menidakkan pendirian orang. Perlu ada seni dalam penegasan dan jangan sewenang-wenangnya merasakan kau tahu semua. contohnya begini "bla....bla..bla itupun jika kau faham maksud Mada......"

ini ayat memperkecilkan seseorang pada hemat aku.
kenapa aku kata begitu?
sebabnya...mudah! tidak menjadi keperluan kau untuk menjatuhkan orang lain. Ambil pendekatan rasioanal. Aku suka membaca tulisan tangan Faizal Tehrani. Ya mungkin kerna dia punya seni meyakinkan aku dengan caranya dlm setiap entrinya & buat aku duduk sejenak & terfikir berfikir

Tingkat ilmu bagaimana dikira cukup bagus untuk apa yg aku bebelkan diatas?
aku rasa keupayaan kau buat pembaca berfikir adalah tingkat kebagusan tak terjangkau tanpa perlu mendedahkan ketidakcerdikan kau mengekpresikan diri yg kau bijak sebenarnya

Sekian bebelan aku untuk hari ini

Boleh tak?

perlu ke word verification masa leave comment on blog orang. pertama-tamanya sebab, konfem dema tahu or kenal huruf. buat aku tak paham blogspot ingat aku ni buta huruf.
aku dok pk gak ape ke jadahnya benda ni?
ok kalo takat nak tapis comment b4 approval dari pemiliknya, itu relevan!
aku rasa blogspot mencabar kebolehan mengingat aku terhadap huruf konsonan & vokal aku.
cuba la buat teka teki ke, sifir ke as a word verification supaya hanya tingkat tertentu manusia mengikut kepandaian tertentu boleh bagi komen kat korang. Ni aku tujukan khas pada blogger yg rasa dia sangat bijak berbicara hal politik ;)
Contohnya, kalo entri harini tentang politik malaysia, word verificationnya mestilah soalan berbaur politik. Siapakah TPM yg dikonspirasikan untuk dijatuhkan sekitar tahun 1998?
Mengarut betul aku hari ni.
kenapa word verification buat aku marah?
sbb aku baru nak angkat punggung buat keje, alih2 kena duduk balik coz komen aku tak masukkan word verification, apa dia hingat aku tak sekolah ke?

Nota kaki: Aku tidak mengalami PMS, cuma geram dengan Q-TOF je

Rabu, 24 Jun 2009

welcome to the real world!

anak buah aku tambah sorang lagi...Lahir subuh 22 Jun 2009. Bayi lelaki yg beratnya tak aku ketahui, lahir secara pembedahan. semua sekali anak buah aku sekarang dah jadi 5, bulan 9 insyaallah akan tambah lagi sorang. Nak bagi nama apa ni? aku lak yg penin pikir nama baby. aku memang suka sibuk sikit bab bagi nama ni...perasan ada jiwa la ni!
Pemilihan nama anak ni pada aku biarlah ada makna & ringkas. Letak nama pjg2, alih2 dipanggilnya Bob contohnya, kan tak berbaloi tu. Ingat nak cadangkan letak nama abah, Ismail. Tapi tambah Junior (Jr) wakaka.....Ish tak buleh, nanti takkan aku nak panggil nama abah kot kt anak buah aku...giler kelakar lak kang.
Busy body la aku ni....aku suka nama Adam, tapi tu tok anak aku nanti...muahaha

Isnin, 22 Jun 2009

complicated?

tak paham...
jenuh aku pk but still dunno the answer!

kalo mak nasihat aku, takde belok kiri or kanan..straight je....do and don't kat aku. tapi takdela ckp inggeris kan...

hidup ni selalunya tak adil!
melampau
sangat jahat kehidupan
sangat sukar mencari kejujuran
paling payah kenali mana seteru mana teman

hidup ni kita yg mengcomplikated kannya
atau lebih tepat lagi...pada org yg mengkomplikatedkannya
hidup itu harus dinikmati
bukan ditangisi!

hidup ini sememangnya jujur
cuma kartun hidup punya nyawa punya jiwa yg meracuninya
disemburnya racun, macam pokok tuaian abah yg kulewati hujung minggu yg lalu

pucuknya hijau ditempat redup, daunnya menguning di terik mentari
bukan kerna sudah tua? tanyaku pada abah
tersenyum dia, mahu aku berfikir sebelum berkata2
melalut pulak aku dah...peh!

hidup satu perjuangan
bukan persaingan
jgn mengkomplikatedkannya

tak percaya? aku peduli apa
boleh percaya pada apa yg kau nak percaya (ayat si amin ahmad)-bahagian comment
tapi jangan babitkan orang
jgn pandu orang ke jalan kesesatan
kalo kau nak terjun lombong, jgn diangkut anak bini

aku tak berminat la nak pergi berperang
mahu angkat senjata?
memang bukan aku!
aku bukan penembak tepat pun
main baling selipar pun aci tipu
wakaka mcmne nak jd kapten pasukan ?

seminit aku rasa ,aku kaya!

huh....rasa macam orang kaya jap...minumanku bernilai RM1000.
Nasib baik ada printed contoh kat mg tu, kalo idak, aku bawa mug tu gi shopping, beli Macbook berharga RM 5k...macam Sha baru beli...(ayat jeles untuk Sha)

Sabtu, 20 Jun 2009

Lelaki, gitar & wanita

Lelaki with gitar, personally aku rasa sangat cool....
tambah best, bila lelaki mainkan gitar & lagukannya untuk wanita...
memang aku boleh jatuh cinta, tapi takdela nak kawin dengannya jika lelaki perompak or penyamun.
sekadar mengagumi jari jemari mereka!
Gitar tu pun bentuknya macam wanita, so bila wanita petik gitar, aku jadi jeles.
Aku kagumi wanita yg terror main gitar, kamu nampak sangat menawan bersama gitar.
aku memang tak pandai main gitar tapi memiliki gitar, kenangan dari wan. gitar dihadiahkan kepada aku coz kesian kat aku yg terkial2 cari note. Wan soh aku main setiap hari, tapi semua separuh jalan sbb masa membataskan aku.... alasan standard aku.
Lelaki & wanita punya perasaan yg berbeza. Pemilihan pasangan bagi lelaki & wanita urut berbeza.
Bagi perempuan, cukup sekadar lelaki itu ada look
cara dia bawa diri walaupun tak handsome but still nampak menarik! bonus jika lelaki ada paras menarik. Wanita boleh admire dengan lelaki yg punya persona. cukup punya manis!
Bagi lelaki pula berbeza
manakan tidak, lelaki mahukan wanita yg punya paras yg menarik.
yg lain2 jatuh no dua.
aku pilih jalan selamat (pada pemikiran aku)
tak mahu seseorang yg dikenali, handsome mahu dijauhi,takut nanti lelaki itu jadi rebutan, rumahtangga boleh bergoncang
mahu yg bijak, tak semestinya punya master or PhD, bijak kawal aku, menidakkan kata2 aku pada tempatnya
punya minat yg sedikit berbeza, agar nanti hidup tak bosan.kalau byk sangat persamaan, hidup jadi bosan.

Jumaat, 19 Jun 2009

trust no one

Hati2 bersalut dengki or penuh muslihat banyak dalam dunia ni. Rambut orang sekarang ni pun bukannya semua hitam , hati lagi la tak tau boleh nak bayangkan pasal benda semua tersorok kat bahagian badan. baca ini untuk lebih mengetahui tentang hidup & kehidupan.Demi mengejar sebuah kejayaan kena berusaha dengan cara baik.

Rabu, 17 Jun 2009

Dibuang asrama? betul la cikgu rahim nih...

Kurang asam punya Cikgu Rahim, aku & geng tak dapat stay kat asrama untuk sesi 98 sbb ada rekod jenayah la kununya. Alah bukan buat apa pun, fly kat Padang Polo pekena taufu fa semangkuk, curi2 keluar town menyelinap dalam keta si Ayie.Apa la sangat. Paling aku tak boleh lupa, menyebabkan senior aku, Suzana (sama cam nama aku) masuk wad, siap nenoneno ambulans datang sebab sesak nafas pas bertikam lidah ngan aku, akma, farita & toyon. gelabah dia kena serang sorang2. ada geng kau berani la nak kenakan kami kan.
yg benarnya dia mmg tak sihat, kebetulan lak kami datang dengan kepala tengah berangin.
Senior sekolah teknik esp geng G7 memang aku sangat menyampah sampai sekarang. Aku bukan takat kena suluh (standard la kan, senior tutup lampu, pastu suluh muka junior sorang2), aku, akma, toyon & farita la yg kena masa kat dorm D4 (nama dorm aku tak ingat). lepas kena suluh, aku rasa, kami tambah berhantu lagi adalah. suka2 main tuduh kami buat perkara yg kami tak buat, apa lagi, alang2 orang dah tuduh, kami buat betul.

Bercerita pasal tak dapat asrama ni, aku pun buat la rayuan. "sila bawa mak & ayah awak sekali" pesan cikgu dlm telipon
memang dia nak kenakan aku. paling aku sedih sampai mak aku terpaksa merayu kat cikgu rahim. waktu tu aku rasa sangat bersalah pada mak aku. tapi betul, senarai kesalahan2 aku tu ada satu jer yg betul, yg lain semua rekaan cikgu @ senior. aku nampak cikgu rahim tu kecik jer kat depan aku. dia dah la memang pendek, jadi tambah ketot time aku tengah panas. Tapi aku memang bertegas depan mak aku, yg aku cuma buat satu kesalahan jer, yg lain2 semua tuduhan tak berasas.

Untuk kawal aku kononya, aku dilantik jadi pengawas asrama oleh Cikgu Aisyah. Alhamdulillah aku ok cikit. Aku tolong cover kawan2 aku yg lain. kalau dema fly, aku cover line. Alah takat gi padang polo layan taufu fa or rileks tengok orang jogging, bukan masalah besarpun. Budak asrama mana boleh pakai jeans kan, aku antara yg suka2 hati pakai g prep. Bertembung dengan ali kuti...j dia egil biji mata kat aku, aku pandang dia balik. Aik takkan nak soh aku bukak jeans depan dia kot, aku lapor sebagai gangguan sexual baru tau. Jeans ni la yg dirotate pakai oleh marziah & arwah nad time nak outing haram.

cikgu rahim ni penah menyebabkan aku pakai helmet. bukan helmet biasa. Benda yg aku panggil helmet ni gunanya untuk timbang pasir, simen & bata masa kelas kejuruteraan awam. Bentuk dia macam penimbang baby kat klinik.
Ikut mood cikgu rahim la kan, time kelas awam, sape yg tertido dlm kelas akan kena hukum. Boleh la plak, time aku mood dia mood nak pakaikan orang helmet.tengah layan senggok, dia datang bawah benda jadah tu, cet...satu jam aku pakai helmet. mati kena gelak ngan kawan2 aku. Aku menyumpah2 sampai ada rasa nak gi buat dajal kat dia, tapi aku kawal diri aku.
Bila aku teringat citer helmet ni, aku gila rasa nak baling ojet ngan benda jadah tu, dema tekan2 perut ketawakan aku. Bengong punya kawan. Dema dah cuba cuit2 kaki aku, tapi aku syok sangat layan ngantok.

Bayangkan kelas awam 2 jam, tengahari lak tu, bengkel awam tu lak panas nak mampus, mana mahunya nak belajar...cewah...alasan!

anyway cikgu rahim ...gua hargai setiap pengajaran cikgu walaupun gua sekarang bukan di aliran awam. atleast dengan pengetahuan gua selama 2 tahun belajar awam di sekolah, gua berjaya mengaplikasi pembinaan rumah gua dengan ilmu yg ada dlm buku awam. kalikasyen gua buat sendiri tau. Nilai estetika ada kat rumah abah gua yg gua bina. Gua sempat jadi buruh binaan nak pastikan pembinaan mengikut spesifikasi.

Ahad, 14 Jun 2009

bosan memblog?

buat pertama kalinya aku merasa bosan amat untuk berblog.
mengapa ya?
aku tidak ketagihan lagi
mungkinkah kerana tiada yg menarik dlm blog yg aku kunjungi?
atau jika aku melawat blog rakan2 pun ianya sama, berkisar kehidupan yg merumitkan!

rasa kebebasan untuk berblog tersekat.
berwaspada dengan sekelilingi...apa gunanya blog jika kebebasanku di sekat?

takut nanti bom meledak, satu asia rasa bahang peperangan!
perlu ada blog alternatif untuk menyulam rasa.
biar petir berdentum, kilat menyabung, aku tetap aman.

penyerahan...seorang ayah

berat menyerahkan seorang anak gadis yg telah dibesarkan hampir 30 tahun pada seorang lelaki yg baru dalam hidupnya. Adakah lelaki itu akan menjaga anaknya dgn baik? atau hidupnya bakal dipersiakannya?
adakah lelaki itu lebih bagus darinya? mampu menangani dan mengawal anaknya sebijak dia mengatur anak gadisnya? adakah lelaki itu mampu meminjamkan lengannya sebagaimana dia meminjamkan lengannya sehingga usia anak gadisnya menjangkau 12 tahun?
pada dia hanya dia yg betul2 faham karenah anak gadisnya.
mampukah lelaki itu menjadi kawan gaduh anak gadisnya nanti? anak gadisnya selalu saja mahu menang, tapi selalu saja beri laluan padanya untuk berhujah. anak gadisnya enggan dipujuk, selalu lepaskan rasa hatinya dan kemudian berlalu, mengunci diri. esok bersarapan bersama & buat2 spt tiada apa yg berlaku. itulah anak gadisnya...mahu sj dimanja, tak boleh beri layanan lebih kepada adiknya. cukup cemburu, maklum sudah terbiasa dimanja, dah pandai berfikir baru punya adik.
mampukah aku lepaskan anak gadisnya pada lelaki yg mengaku menyintainya? samakah kasih lelaki itu sepertimana aku mengasihi anakku?bertahankah sayangnya pada anak gadisku? berkekalankah rasa cinta di hati lelaki itu nanti?
penyerahan ini tidak tahu bila akan berlaku, tapi suatu hari nanti aku pasti menyerahkannya walau tanpa aku rela. aku berharap lelaki itu akan mampu memberi bahagia buat anak gadisku...Amin

Sabtu, 6 Jun 2009

Ini semua dugaanNya....ojet a.k.a Ina

Pagi2 telepon mak berbunyi,bukan nak cakap ngan mak, tapi si aku.

Ayah Ojet meninggal.
Hari ni hari perkahwinannya!

Aku rasa berat kepala lak, bagaimana jika aku menghadapi situasi yg sama?

Jumaat, 5 Jun 2009

memang best...aku memBERAT

Pharmacist pandang jer kat aku bila aku terjerit kecil tatkala tengok jarum penimbang mencecah 50kg...aku boleh senyum masa drive macam org sewel sambil layan adik aku bercakap.
Maknanya 2 minggu lepas, bila aku tak berapa berselera nak makan maybe ia menjangkau 55kg?
memang patut, jeans koyak kesayangan aku yg aku hantar repair kat uptown shah alam dah tak muat...aku punya excited nak sarung balik jeans yg koyak kat lutut alih2 tersekat kat peha!Memang geram....
akibat banyak berjalan turun naik tangga ACE<----> Pharmacogenomicc Lab <---->ACE telah menyebabkan otot2 peha jadi pejal.Takpe, aku memang suka.

Ironinya, perut aku telah berjaya kembali ke asal, tidak seperti 2 minggu lepas, dah 2 minggu juga tak minum 100 plus (minuman peberet). Tambah nak kurangkan minum bila semalam terbaca in "urban health" that 1 study proved; energy drink boleh meningkatkan blood pressure & heart rate which could proved harmful to people with a herat related condition. kerana apa? kerana adanya cafeine n taurine.

Tengah usha vitamin yg ok pada harga & masuk akal pada label claim.
aku bukannya penggemar multivitamin sgt, tp bila dah makin tua ni aku rasa patut ambil untuk tampung keperluan badan....coz aku tahu assay untuk active ingredient is not stable.

Label claims multivitamin kat pasaran, mak ai..kekadang memang tak patut!Almaklumlah kat Msia, produk di kategorikan bwh supplement terlepas satu peringkat kat BPFK which so called Annex 1 or 2 (aku tak ingat, tapi salah satu darinya).

berhati2 mengambil produk makanan

Selasa, 2 Jun 2009

aku perlukan 48 jam sehari!

aku lembab? mungkin!
atau masa berputar terlalu cepat?..itu mustahil....

aku perlukan jam lebih dari orang lain, mahu 25 jam kalau ia membantu aku menyiapkan 2 validation & satu paper!

Mahu goreng apa untuk buat paper kalau tak punya masa nak betul2 take my sweet time tok menelaah. Selalunya baca mana yg patut, pastu buat.
Huh nak come out ngan paper,?semput ni!

Training
bagaimana mahu kata tidak jika dengan menidakkan kau akan diletopkan?
Kawan ada yg dah kena, belum sampai ditelingannya, baru melalui tali dah terbakar satu daerah. kalau aku katakan tidak, satu daerah batang padang boleh hangus, rentung!

kau ada agenda kau sendiri, aku cuma mahu siapkan projek aku secepat yg mungkin. TITIK

Ahad, 31 Mei 2009

hala tuju baru?

kemana hala tuju aku selepas ni?

kalau lisa dgn bioinformatik slps ini, aku mahu kemana?

saat aku menulis entri ni, hati aku tidak pada klinikal work, mahupun pada teknologi tinggi yg demandnya sungguh bagus untuk aku. tambahan pula ia teknologi yg mahu diterokai oleh semua orang, mahu tunjuk siapa bagus, siapa terror mahupun siapa lebih bijak hasilkan yg baru, ngetop.org akademik mmg ego! bagak!

aku dah tawar hati, mahu cari bidang lain yg lebih rileks. malas?

bukan...aku mahu kerja dalam situasi tenang, tapi tetap mahukan tekanan kerja.aku dah fikirkan satu, tapi macam bosan pulak.

option kedua ni, nampak menarik, berkait dengan alam, boleh lihat ciptaan Tuhan. mahu terokai dunia, dilaut atau di darat? itu belum tahu lagi. aku tengah cari jalan, tinjau peluang. sedikit sukar sebab aku tiada basic. bole jual ke Bac aku di bidang biokimia, Msc aku nti di bidang Farmasi?

Kalau Dr...ala aku lupa lak nama dia...dari UM boleh buat satu Bsc, 2 Msc & 1 phD dalam lain2 bidang, for sure orang lain pon boleh, cumanya perlu usaha lebih sikit, kerja kuat dan berkorban byk dari orang lain.

Aku dah terbayang dah, aku boleh hangkut kamera, amik gambar semut atas daun, periuk kera tengah telan manusia...hehe lawak je.

aku tengah excited cari info, tapi mak ai lambat loading...

kalau selama hari ni aku fikir aku cuma ikut flow yg Tuhan tentukan, tapi mulai saat ini aku kena tentukan haluan hidup aku. dimana aku selepas ini, aku wajib aturkan.percaturan yg buat aku bingung. sukar membuat keputusan.
atau option ke3 , berhenti setakat ini sahaja. cukup punya Msc?

Khamis, 28 Mei 2009

how sweet...kesian kat blogger boy

sweet memang sweet...
letak cincin dlm desert, antara plot dalam cerita blogger boy, 1st episod di 8TV. Aku dh dapat agak citer ni, sure lelaki ni tak dapat awek ni....tak sempatpun habiskan manisan tu.garu kepala la si Budi mengenagkan proposalnya yg tak menjadi.
sah. Zehan mana nak ngan mamat yg baru nak merangkak. takat cikgu tuisyen jer kan...kata dia laa kot.

"yg sakit bukan hati, tapi ego kau!"

betul...betul...betul...

Mak gua ingat gua nak lagi kat mamat bengong tu, boleh jalan laa!
why don't depan org yg kita pernah cintan bangat, rasa nak mati waktu ditinggalkan dengan alasan keluarga kununya atau yg benarnya sbb ada awek yg meliuk lentok kat sebelah. Kita berlakon gagah.

Wajib beb, tunjuk sikit byk lagi ikan2 diluar sana yg sedang mengintai umpan kau. Dah besar kan? susah nak berlakon jadi manusia paling kuat semangat?
Cuba dulu beb, gua pun penah buat, siap berlakon2 lagi depan kwn, padahal dia hanyalah classmate gua. sampai konpius gak ar kawan gua ni.

"apahal lak minah ni dok manja2 ngan gua ni" tu mungkin kata hatinya sambil garu kepala

Betul! aku rasa, kerana keegoan juga buat aku jadi kuat.

Teringat kat mak yg baru tepon aku kejab tadi.
"orang depan dah nak kawin, kiri dah, kanan dah, belakang umah bulan depan, yg tengah2 ni bila ?"

"kenapakah, apakah?

kalau mak aku yg tanya aku tak la berangin sangat, sbb dia mak aku. tapi kalo makcik aku tanya,mau aku buat2 muncung.

rileks mak, ni bukan menda main2.ramai yg cakap perkahwinan adalah perjudian.ada orang nak kalah judi? mana ada kan? semua pasang strategi. nak dapat boyfren mungkin boleh, tapi nak pastikan dia adalah terakhir dlm hidup kita, bab tu yg penin.

aku percaya kata2 wonderpet.
"apa yg penting kerjasama!"

cerita aku dan Hatta designer cam sama jer!

aku ingat aku jer MENTAL , rupa2nya org lain pun sama
sebab musabab kekecewaan mmg confirm tak sama kan.
aku bersetuju dengan dia...rezeki Tuhan yg beri. BERKICAULAH KAU MURAI, aku cenderawasih TERSENYUM semahunya

click untuk ke blog Hatta Dolmat (fesyen designer).

Aku tidak berseorangan.

Rabu, 27 Mei 2009

Ya Allah, kembalikan semangatku

Doa aku dalam 12 jam yg lalu semoga Allah mengembalikan semangatku yg telah hilang. Aku mahu damai. Usir segala syak wasangka dlm benak aku yg buat aku jadi kacau.

Rasa gusar ini bertapak sejak seminggu yg lalu. Aku terlalu memikirkan satu emel yg buat aku jadi begini....MENTAL.
aku punya perasaan, dan kerana itu aku patut ada perasaan TERASA dan TERGURIS. Aku juga manusia biasa, tak punya apa2 untuk dibanggakan. pesan aku pada semua, dapatkan sesuatu dengan usaha sendiri, jangan bergantung kepada sesiapa. manis mulutnya di awal perkenalan, kala hubungan masih mekar, jgn cepat kau terpedaya.

aku sudah kenal isi dalamnya.
baru sekarang, sudah terlambat.
tidak boleh berpatah, sehabis daya kena tamatkan permainan.
sementara itu aku perlu kuatkan jiwa untuk menuju ke garisan penamat.

waktu ini,aku cuma ada sedikit lagi untuk ku kejar, aku perlu berlari jika perlu.

Semoga Tuhan menyelimuti aku dengan semangat. Semangat yg telah hilang sepanjang perjalanan menuju kejayaan.

Isnin, 25 Mei 2009

cara lepaskan GERAM!

Setelah mengalami tekanan perasaan yg agak membiulkan kepala otak. Hari Sabtu aku ambil peluang merayap ngan adik n housemate aku.
Terhegeh2 mencari no!

mula2 dok tolong adik2 mencari no, alih2 bila aku main, aku rasa paling bodo...kak ni ni,.... dak kecik yg aku tolong, tolong aku balik. TQ adik


Mari tiru aksi Pak NIL


Tidak berkesempatan bergocart! Hanya selected caller jer dapat peluang


SEPAH memang sempoi.Tak plan pun nak pergi concert free ni but then disebabkan ingin berjumpa sepupu n anaknya yg turut serta menemani suami yg bertugas pada mlmnya. sekali lagi kami ke dataran bazaria.

Aniq yg sedang sibuk melayan belon batman

Jumaat, 22 Mei 2009

emosi ku tidak stabil

Emosi...mahu lari, enggan berterusan begini. benci dengan situasi yg macam haram! airmata aku dh pun gugur setitis dua titis, aku kuatkan hati...jangan menangis dan aku berjaya kawal emosi walau dada aku sudah sarat. itu tadi, saat ini aku mahu menangis lagi...
biarlah, lakukan semahumu.jika itu buat kau bahagia, jika dengan begitu kau rasa aku lebih derita. aku masih cuba faham permainan kau. aku belum tersungkur lagi.bila nanti sayap kau koyak, kaki kau tempang baru kau tahu kuasa Tuhan.

aku mahu terbang ke awan.

Khamis, 21 Mei 2009

hidup bukan pilihan

bagaimana aku buat pilihan untuk diri,?adakah jalan yg aku pilih betul? pilihan ada banyak, sampai nanti tak tahu mahu pilih yg mana.kalau ada dua option , pun bingung mahu pilih yg mana.. satu mungkin baik untuk diri dlm jangka masa pendek dan satu lagi adalah sebaliknya. Contoh kat diri aku pun banyak. Berhenti keje & sambung belajar sbb dah rasa bosan kununnya bekerja sampai lewat malam...sampai bila mahu begini pada asalnya.

Pergila sambung belaja yg kunun untuk masa depan yg gemilang....sekarang terkangkang sudahnya....mana masa untuk siapkan projek sendiri, geran MOSTI lagi...padan muka aku. masa melepak bersama kwn2 yg sambung belajar sebaik habis degree, nampak mcm ok je. rilek2.

takdelah balik lewat bangat.hidup teratur jer.

aku?
aku jadi lintang pukang,
hidup terus haru biru,
hati tunggang langgang,
jalan kelam kabut,
otak semak samun,
badan tambah kurus kering

inikah pengorbanan?
inikah jumlah yg aku perlu bayar untuk jadi lebih baik?
tak adilkan?
ada ke keadilan dalam dunia?

Setan dah menari kat atas kepala aku ni. mulalah aku pk ,
kalaula aku bekerja, takdelah teruk sangat (SETAN MENARI LAGI)
takde org nak ungkit perkara yg tak perlu. aku bukan goyang kaki beb. Aku bukan salah pilih jalan, cuma denainya agak semak tidak bertebas, terpaksa la bersusah menyusurinya. Tapi aku yakin ada cahaya untuk setiap jalan yg aku pilih.

Hidup penuh dengan pilihan samada kau sedar atau tidak, samada mahu damai atau perang.kau yg pilih, bukan aku bukan sesiapa. selayaknya itu kerja Dia. cuma tak tahu babak seterusnya,buat aku suspen , terus jadi kaget.

tapi tak thrill juga kalu aku dah tau perjalanan hidup aku. tak surpise!

apa saja pilihan yg kita buat kita berharap yg terbaik untuk kita & kalau melibatkan orang, harap ia juga membahagiakan pihak ketiga. Jalan lurus atau bengkak bengkok itu takde menda. Hadapi dengan senyuman walau pilihan yg aku buat perit ceritenya. Kekadang nak citer kat orang pun akan digelakkan...tu la engko...ayat2 mementalkan org akan keluar dr mulut musuh or org yg tak setuju ngan apa yg kamu lakukan.

Kita tahu yg terbaik untuk kita. Bukan mereka bukan sesiapa. Kita tahu apa yg kita mahukan dalam hidup, kitab untuk kita dah ada, sedang menari ikut rentak, bergerak bersama masa.sebagai manusia kena sabar dengan ujian yg datang bersama pilihan yg kita buat. ada sinar disebalik kegelapan itu.
Kegelapan itu nanti buat kita jadi kuat, gagah, macho , kental.takkan jiwa kacau kalau tersalah pilih, cuma perlu cari jalan keluar.boleh u turn, belok kiri, masuk kanan, undur? Jangan sekali...dah memang TAK BOLEH! Tapi yg pasti kena kedepan, toleh kebelakang pun jangan, kalau ia menyakitkan.

Hidup perlu terus beb.kalau mahu hepi je, nanti kita tak tahu menghargai.
Begitu juga dengan hidup, ia bukan pilihan.

ada masa lagi? baca ini dan ini

Rabu, 20 Mei 2009

OTAK LELAKI?..Pergh...

Cet..seorang teman memanjangkan emel. Tengah mengoogle emel masuk & aku click. Emel lawak, perlu baca, maklumlah tengah cari tenang sambil layan sengal.

Aku pompuan miliki otak lelaki?

JOM ikut gua

Korang laki ka pompuan..this is the fact!! ....uji minda..
Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia..
dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....

Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F ' s dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
OK? berapa banyak?
tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS

Salah,
sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF". Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F ' s pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN

Ini apa makna?
Lelaki kurang detail?
Aku akui tumpuan tidak pada perkataan OF, sibuk sangat cari F dari perkataan yg len.

Bodo sekejap..maknanya aku fikir mcm lelaki berfikirkah?
Aku bingung...tolong
Dalam banyak hal, aku kira aku remeh, suka pikir yg tidak2. Mahu aku saja betul...biasalah aku pompuan..memang tak puas hati.kenapa aku kira 3 jer huruf F.

Sengal fikir...best gak berfikir cara lelaki...patut aku boleh lepak ngan kwn2 lelaki lama 2 kot. adakah disebabkan ini?

konpius aku mehhhh!

sebal "ANAK WAYANG"

Sebal

otak bingung, jiwa kosong.mahu ke taman, tapi sudah pekat gelapnya. pergerakan seakan menyonsang. kalut lagi, hati menyepi...argh bingung lagi.

mimpi semalam menyegar di minda, kekal...tak mahu padam.benarkah?bukankah ia mainan tidur?

kucari hujung gebar, kupilin, kupintal agar jadi kecik. kini sudah bersudut, kuselit dicelah kuku. letak di ibu jari, mahu kukumam dalam mulut, hisab ibu jari .....pasti enak tidurku seperti zaman kecilku. nyot2 ibu jari sampai pagi.

hari ini ribut, memekak perkara tak perlu. bebelan tidak menentu.
aku rimas, bosan...
membentak itu adakah perlu? tutur sopan, aku faham ..cukup, sudah...aku sudah bosan

babak seterusnya apa?
masih ikan bilis & jerung besar?
hidup aku selaku ANAK WAYANG

MALAS....berlaku jujur, kelak boleh hancur,dipijak.

Sori aku sedang BERLAKON

Adoi...minta ampun, aku terpaksa. tolong aku jadi "ANAK WAYANG" berjaya, cemerlang.rangkul anugerah drama queen, aku mahu...hohoho

Ahad, 17 Mei 2009

Kurang peka

Kebelakangan ni aku sibuk melayan blog sendiri.
Senang citer, layan sengal!


Dah lebih dua bulan tak buka facebook n frenster. Takat nak hai2 macam tu ngan kawan lama aku kurang gemar. Sebabnya aku lebih suka kalau dapat berborak lama2, share citer dulu. Tapi masa mereka untuk aku telah dicuri oleh suami mahupun boyfren masing2. Aku tak bermaksud kawan2 sekarang membosankan. Cuma aku mahu ingat kenangan lama. Kawan aku sekarang, akan jadi kenangan yg aku ingin pada satu ketika nanti. Nah, sekali lagi aku tak tahu menghargai!


Aku tak sedar mereka yg berada disekeliling aku menghargai aku saat ini. Buat diri rasa ingin mengalirkan airmata. Aku sandarkan bahuku pada mereka, berkongsi cerita.Mahu mereka faham aku. Mahu aku faham mereka. Mendengar keluh kesah aku, cukup buat aku berasa lega. Berbicara dengan blog, buat aku rasa, aku sentiasa betul, walhal perkara mungkin adalah sebaliknya.
Untung punya kawan!
Tapi kalian harus maafkan aku kalau aku kurang peka.
Kadang2 aku selfish.
Maafkan aku yer.
Sori! ampun!
Lagi2, saat ini...jiwa kacau
mahu tenang
mencari damai
dihujung ada cahaya
terlalu jauh untukku gapai
tak sempat untukku kejar
Biarlah...

underestimate?



Jgn ingat org diam, mereka tak tahu. Mereka mungkin tidak mahu "sesuatu" menjadi lebih BESAR.
kerana ia buat aku BOSAN
Nanti aku boleh SAKIT OTAK
Aku jadi PUSING
Bisa buat aku PENING
Takut nanti hatiku BENGKAK
Aku RIMAS
Aku mahu hepi2 layan blog
Bukan cari SENGKETA


T.I.T.I.K

Sabtu, 16 Mei 2009

Terima kasih cikgu

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

USMAN AWANG1979

Terima kasih cikgu
Sek Keb Behrang
Sek Men Khir Johari Tg Malim
Sek Men Teknk Brash
Matrikulasi Kolej Taj
UPM
UiTM what next?

Rabu, 13 Mei 2009

bila resah...

Bila resah..ingat saat indah.....

Time resah jgn lah ingat perkara sedih. tambah kusut kepala hotak lagi adalah.
Jangan dengar lagu2 sedih ataupun yg terlalu bingit, mahunya pecah kepala.
Uh memang susah nak fikir perkara yg menarik yg pernah kita alami, banyaknya yg perit.Jangan terbawa2 dengan emosi sendiri, takut nanti hati jadi mati. Kalau mati dalam iman takpe, ni mati kejong.

Bila rindu ku sebut namamu...

Nak sebut nama siapa?
Abang angkat yg tangkap cintan kat gua masa form 3, dah kawin dan punya anak satu. Cute baby dia.
Secret admire gua masa form 5, baru jer kawin bulan 3 hari tu.
ex-boyfen gua? huh gua tak suka nak citer pasal dia.Gua menyampah!

Jeles tengok budak2, sebab dema tak bermasalah
Bila besar nanti, kau rasa jugak apa yg aku rasa sekarang
Giler jahat aku ni

Selasa, 12 Mei 2009

Aku selalu jer tumpas..tapi takpe

Melewati blog yg sering aku kunjungi (artikelnya disini) membuat aku terfikir bahawa aku perlu banyak lagi belajar dan BERSABAR, membuat aku mengakui untuk kesekian kalinya bahawa Tuhan Maha Adil. Pernah tak kita terfikir kesukaran beliau cuba menyampaikan ilmu menerusi blog beliau?
Aku selalu menganggap bahawa aku saja yg selalu diselubungi kekecewaan dan sentiasa bermasalah dgn kerja2 penyelidikanku. Aku selalu merasa tak pernah cukup dengan ertikata yg lain tamak dengan apa yg aku ada. Setiap manusia diuji dengan rintangan yg berbeza. Percayalah kawan, kita sentiasa diuji.

"Hadapi dengan tenang jiwa"

Isnin, 11 Mei 2009

khas buat bakal adik iparku

bakal adik iparku...lelaki..A*e
Aku rasa nama betul kau bunyinya agak kelakar, tapi aku lupa.

Habiskan kau punya study dulu

kalau dah keje, baru kau tau susahnya nak kumpul 9K tok pinang adik pompuan aku yg cun & santun

Aku tak kisah korang nak langkah bendul, siapkanlah sepersalinan untuk aku, walaupun aku tahu kau tak mampu nak sediakan Handbag Ferragamo mahupun LV untuk aku. Tapi jgn lak korang beli kat Petaling street barang yg kununnya berjenama semata2 kerana aku mahukan yg branded. Korang beli jer kat JUSCO atau SOGO time jualan mega. Bonia pun ok pada aku.

Kalu korang bertekak jgn kaco idup aku yg aman ni. Akak tak berminat nak jadi PBB, sebab nanti bila aku sound hang yg bakal jd adik ipar aku, hang masam muka, kata aku tak nak beripar duaikan hang, anak buah kepada Cikgu Bahasa Inggeris aku satu ketika dulu.

Aku rimas hang soh adik aku buat laporan..."dah sampai rumah ke belum?"

Aku tahu tu tanggungjawab aku untuk hantar & ambil adik aku balik keje. Tima kasih la menyusahkan telinga aku dengar bunyi hp. Insyaallah dia selamat lagi dengan aku. Aku sekarang ni dah jadi part time driver. Uh takpe, satu masa nanti ko kan ganti tempat aku. Pandai la ko nanti nak manage masa. Ko kan tau adik aku tu, sangat slow mempersiapkan diri cuma aku belum jahat tinggalkan dia kalau dia terlambat.

Kalo time gaduh, aku rasa agak malang, sbb nanti dia malas nak masak. Tambah geram lagi kalo aku balik lewat, aku penat,tengok muncung dia, aku 10 kali penat. Terus aku rasa nak terbalikkan kuali kat dapur umah ko.

Kalo dia tak angkat telipon, jgn memandai-mandai pegi tepon abah aku kat kampung. Kau tau sape nanti yg kelam kabut?

Hah tau pun, aku la yg susah! Nanti mak abah aku ingat dia ilang, padahal dia senang lenang kat opis. Kau tolong lah jgn buat mcm tu lagi, next time kau buat lagi, aku pancung kau sampai mati.

Tapi kadang2 best gak tengok adik aku buat kau gelabah,aku ketawa berdekah2, dia pun ketawa sama. Memang patut pun kami buat mcm tu.

Sekarang aku dah boleh ingat sikit2 no hp kau..mampus aku tak nak angkat tepon kau.

Kalau kau belikan dia hadiah, kau pastikan aku boleh tumpang sama. Saiz aku besar sikit jer dari dia. Aku share banyak benda dengan dia tapi aku jarang share pasal kau, sebab aku rasa korang budak2 lagi. Masih berhingus nak bercinta. Atau aku jeles sebenarnya? Aku tak pasti

Kau takdelah teruk sangat kat mata aku walaupun kau takde gigi akibat kemalangan jalanraya. Sumpah aku dan abah tahan ketawa waktu kau datang beraya.Untung kau dah pakai gigi palsu.
Aku ingat lagi, kau datang pakai baju melayu hijau,mesti kau rasa kau sangat hensem waktu tu. Abah aku muncung mulut kat ko, "tu bakal adik ipar nana, amacam?"

Aku ok jer. Janji adik aku suka.

Tima kasih tolong belikan barangan CNI minggu lepas, ko mesti nak amik hati aku kan? Bagus, nanti boleh aku dera kau lagi.

Semalam aku ada cakap kat mak aku soh kau, dia, adik lelaki aku & pasangannya naik pelamin sama2. Nasib kau memang tak baik, sebab adik aku tak nak share pelamin. Uwek...kena la kau kerja keras kumpul duit.

Buat bakal adik iparku, AWE---Aku doakan kau cepat kawin dengan adik aku.

Ahad, 10 Mei 2009

selamat hari ibu....emak!

Selamat hari ibu..mak

"Sayalah permata anak kesayangan
kebanggaan ayah & ibu
saya dibesarkan dengar kasih sayang
hanya yg terbaik untukku
menjadi harapan dimasa hadapan
sayalah anak yang cemerlang"

Aku perlukan masa nak menulis untuk mak aku. Terlampau banyak, dah 27 tahun & aku mula buat perangai sejak dari dalam kandungan & baru sekejab tadi mak bercerita tentang keletah aku yang....perg.susah nak descriebe. Memang teruk.She's everything!
Tak terbalas segala jasa & pengorbanannya

Orait, pada student teknik brash sesi 97-98, lagu nespray di atas adalah lagu wajib dinyanyikan sewaktu perhimpunan selain lagu sekolah, negaraku & negeri perak. Teringat aku pada Cikgu Rahim yang katik. Aku terlalu menghargai kenangan aku yg lama, dah tak boleh nak patah masa "andai dapat kuundurkan putaran dunia, akan kuubah semua, kata2 & tingkah lakuku"

Sabtu, 9 Mei 2009

kenduri kawin..



Manusia bergelar insan

Aku tak hairan dgn gelagat manusia yg kabur dalam terang, yg pekak diselubungi bingar.
Aku tahu bukan aku sja yg faham satu2 ilmu & aku mengerti jika dia emosi. Tapi aku takkan pernah mahu mengajar manusia yg kau begitu & begini.
Aku keliru kala berhadapan dengan makhluk Tuhan yg fanatik lagi taksub. Aku selalu meletakkan limit dimana aku harus berpijak, sempadan mana harus aku waspada.
Aku tahu dimana titik yg aku perlu noktahkan. Tak perlu berperang kerna nanti, aku lagi bodoh dari bimbo lagaknya.

Jumaat, 8 Mei 2009

Leif Bertilson-3rd edition



Habis sudah our seminar. Its very beneficial to all of you. We are PROMISE!
By understanding the importance of genotyping, Pharmacists will tailor the theraphy for patients individually.

Hope Pharmacists can play a role to convince the Doctor in Malaysia :)

Ramai yg tak menyedari kepentingan genotyping di Malaysia meskipun diluar negara ia telah menjadi rutin. By knowing the genotype of the patient, we will help to individualised treatment to patient. Namun begitu, bukan semua penyakit memerlukan kaedah genotyping. In some cases, the level of metabolite that may formed in the patient body after its metabolised may help the cliniciant to predict the dose required.

We are really appreciate kedatangan Father of Pharmacogenomic , Prof Leif Bertilson to our lab n shared his expertice in Pharmacogenetic. He drive us to move forward n berusaha.

Rabu, 6 Mei 2009

Selasa, 5 Mei 2009

Leif Bertilson-Father of Pharmacogenomic!

Leif Bertilson, bapa Pharamcogenomic!

Antara paper tulisan beliau sila baca disini.
Banyak sumbangan beliau dlm Pharmacogenomic. He involved in research sejak aku belum lahir lagi. His research byk berkaitan dgn Polymorphism n drug metabolizing enzyme.

It was a great experienced to hv him in our workshop today. Disebabkan aku yg jaga registration caunter this morning, so akulah org pertama yg jumpa dia n hai-hai dulu.Cik Fazleen awak tak dikira tau!

So everybody speak Swedish! Tipu aku tipu! Buat loghat Swedish..hahaha
Sama macam Soldana came to our lab n we all tukar loghat jd Italiano....Mama mia!
How hepi he is when sorrunded with all girl. He say that all of us seem like his grandchid. Mana taknya siapa yg duduk di kiri kanan masa bergambar akan dirangkul. Wakaka

"Black are beautiful, but you have to compete with Malay girls". Dia buat lawak n jangan perasan lawa!
Black is referring to Immaculate (Africa). That time aku n Lisa were there n we tertawa kecil.

He is a joker, very nice man & a lovely datuk"
Everybody was thinking to furher study in Karolinska Ins right?
kena perform la bcoz networking baik punya with our supervisor.
Good to dicuss with him n dia akan tenung mata kita, waktu bercakap dengannya.

Aiyaaa serius best. Don't feel the same masa Soldano dtg. Maybe that time, ada ramai yg len so we a bit shy to talk to him.

Isnin, 4 Mei 2009

penat

Tersangat penat, mata letih, kepala berat, badan basemm..tak shower lagi.
Tambah sakit jiwa bila masuk keta terbau ikan masin makanan kegemaran yg bonda ku tapau dari kampung. Mcmlah kat s alam takde jual! Bukan takde , tapi semua aku nampak same jer. Semua yummy

Kepenatan yg melampau ini melebih dari berjayanya aku tak tido 2 hari minggu lepas. Ptg semalam berkepenatan menolong makcik aku yg buat kenduri.

Bermalas-malasan depan tv 2 jam sambil buat peta. Malam terbongkang tapi tak mau tido. Malas menggoogle, buka emel reply comment, giler apa kul 2 tak tido lagi. Giler pasal sok kena bangun pagi drive sendiri nak balik shah alam. New comment masuk lagi, malas nak layan, nanti berpanjangan, stop disitu. TITIK

Aik,dah kul 2335 jam laptop, masih disini layan HP, aku mau mimpi, berjayakah aku menidurkan diri?

Aku cuba, kalau tak berjaya, adalah entri awal pagi

Ahad, 3 Mei 2009

Aku & RM 1 juta

aimehhh..kalo la ditakdirkan aku dapat RM 1 juta mcm Tomok hasil usaha gigihnya di OIAM, apa aku nak buat?Confirm duit tu takkan aku perolehi dengan menyanyi kerana suara aku yg sedap ni, hanya akan menyumbangkan lagu. MENYUMBANGKAN?

Manala tau tetiba kerabat DiRaja datang ke rumah mencari keturunannya yg telah dihalau dari istana suatu masa dulu. Dan akulah cucunda yg dicari selama ini.

Pernah aku bercerita ngan housemate, kalaulah ditakdirkan perompak bank tercicir karung hasil rompakan mcm dlm citer Jutawan Fakir lakonan Apek Senario...alakah indahnya. Bezanya si Apek akan pulangkan duit tu semula, aku? aku tak kot. Aku simpan beb!..Sorok dalam bantal, pengalas kepala tika tidur.Hahaha

Ye la itu bukan mencuri, ingat senang ke nak sabit kesalahan mencuri, susah oooo. Undang2 Jenayah Islam ingat senang dilaksanakan ke? Jgn men2 hukum Islam, sebab tu la kot, Hudud sukar nak dilaksanakan di Malaysia.

Dengan asbab itulah, duit tu tak pernah terpelanting kat depan aku atau jatuh atas bumbung keta kenari aku.

Apa aku nak buat dengan RM 1 juta? Macam2 boleh dibeli kalau selera kecik. Tapi kalau selera besar tambah pulak dengan rege brg yg dah makin mahal. RM 1 juta tu boleh beli 5,6 benda jer.
Jawapan standard seperti hantar mak abah g haji, sedekah --alah benda yg baik2 tu aku tak nak citer. Citer yg aku nak jer, keinginan hati yg ingin dipenuhi.

Aku kepingin bangat pakai honda. Kalau ikut tangga gaji aku nanti, selayaknya hanya mampu pakai honda city jer. Dah ganyut nanti, baru boleh pakai Accord gamaknya.Harga kete tu pun dlm RM142K. Status seseorang boleh dilihat mll kereta yg dipandunya. Aku cukup jeles tengok pompuan muda pakai keta besar menjalar. Selalu aku tanya dlm hati, "dia keje apa?" Tapi kalau nmpk muda sangat, dengan senang hati aku cakap "keta bapa dia tu". Kalau dia meletop, otak jahat ni confirm pk, sure suami dia kaya.

Ingin sangat memiliki rumah tepi sungai dlm kawasan kebun. Perghhhhhhhhhhh


Kebun tak susah nak cari, sekarang ni modal nak buat rumah kayu mcm kat mini malaysia melaka. Cuma duit je takde. Rumah style Johor or Perak memang cool. Redup beb. Ntah kan dapat entah kan tidak.

Kalau boleh lagi, tak jauh dari situ ada kandang kambing. Aku memang minat bidang penternakan, ,masalah aku limitation masa. Dulu pun aku penah ikut abah jaga kambing. Experience yg sangat best. Tambah comel bila tengok anak2 kambing yg baru lahir,belajar berjalan. Penah satu hari, anak kambing yg selalu aku peluk2 mati akibat tak sihat. Pengalaman menyusukan anak kambing dengan susu botol...huh...memang happening.

Memandangkan ia akan mengundang bau, mungkin aku kena letakkan ia jauh sikit dari rumah. Ye la kan, rumah tu tempat rehat2, kalo ada bau kurang menyenangkan, alahai!

Montessori!

Haha buka montessori. Kenapa bukak montessori? Ini plan aku & Wong Mei Peng, rakan sekerja semasa di Appeton.

Nah korang saksikan lah apa yg berlaku pada anak2 zaman ni. Kena sepak/ pijak ngan maid, alahai kesian. Takut acuan tidak betul.Hire maid indon, besar nanti terikut loghat indon. Satu hal la plak!

Smart learning

Kena kenali potensi si kecil. Mudah nak melentur kanak2 seawal usia yg boleh. Otak mereka berada dlm active stage di usia ini.
Ramai sangat nak kejar kekayaan, biar aku tolong mereka menjaga anak mereka dengan cara yg sepatutnya. Bukan dengan meninggalkan mereka dengan maid yg tak tentu lagi kasih syg mereka.

Aku rasa itu je yg boleh dibuat dengan RM 1 juta. Selebihnya simpan tok hari tua.

Doa aku walaupun aku tak punya RM 1 juta, namun aku mampu realisasikan sekurang2nya punya montessori sendiri!

AMIN....

Sabtu, 2 Mei 2009

Goreng Pisang vs Pakcik kopiah putih

Bukan niat aku nak mengaibkan sesiapa, sekadar berkongsi cerita perihal manusia.

Yihaa masa berkampus di UPM, memang kami suka sekali membeli pisang goreng, perut sentiasa terbuka, asyik minta diisi jer. Gerai goreng pisang kegemaran kami adalah di pintu pagar belakang, berdekatan masjid UPM. Goreng pisang pakcik tu, memang kelassssssss. Siap dengan kuah kicap hitam style org johor n melaka.

Kalau diperhatikan, goreng pisang yg biasanya dimakan waktu 5-6ptg, kini dah jadi hidangan tengahari. Selitar jam 12 mereka dah beroperasi.

Sekitar jam 1, cuaca agak panas, membuatkan tekak kami minta dibasahkan, dengan air sejuk. Argh lega!

"Jom cari goreng pisang" dan kami pun bergerak menuju gerai goreng pisang selepas selesai menikmati makan tengahari di Padang (pelajar UPM sedia maklum dgn tempat ni).

"Goreng pisang 2 hinggit, eh 5 hinggit la pakcik". Teringat kat kwn2 yg menanti di bilik. Syok ni sambil makan goreng pisang pastu mengumpat. wakaka

Fina bersuara " Eh, tu org tengah sembahyang jumaat kan?"

Kami semua mengiakan. Tak dapat menangkap lagi maksud Fina.

"Pakcik goreng pisang kopiah putih tak g sembahyang jumaat?"

Berderai ketawa kami dlm keta.

Adoi.........pakcik....pakcik, kantoikan diri sendiri.

Sejak dari itu, kami panggil pakcik tu, pakcik tak sembahyang jumaat. Sorii arrr pakcik. Saya tau ari tu je pakcik tak gi sembahyang jumaat. Takde la kami check minggu yg berikutnya samaada pakcik g solat ke idak. Harap2 kami salah.

Fina, kitak memang kelakar. Kamek tau kitak sik tahu kewujudan blog kamek.
Kenak senyap tanpa berita?

entri petang..dari semalam aku disini


Huh..dari semalam aku disini. Diruang tamu, ruang lepak sekeluarga, ruang gelak ketawa juga space kecil tempat aku tido waktu siang & juga malam. Depan tv semestinya. Depan TV berskrin besar yg aku beli & aku parkin' di kampung.

Semalam & ari ni, tak berganjak walau seinci. Berani adik aku nak alihkan. Hohhooo. Dia tumpang sekaki meluncur tapi sekejap, sekejap. Bukan macam aku yg melekat. Bosan mengadap laptop, mata aku beralih ke tv. Tiada yg menarik selain Diari AF. Bosan hidup tanpa keluarga. Aku mengadap Ela, Ela toleh kat aku. "Akak, kita nak masak apa?" Alih2 dia masuk bilik air berejam. Akak jugak yg kena masak menggantikan tugas emak.

Sengaja aku sorokkan comforter yg masih disini, malu beb! Mana boleh tunjuk semua, simpan sikit....tok diri sendiri.

@#%^$@#$
Perit kan perasaan menyukai seseorang?
Bodohkan aku punya perasaan begitu?
Bengongkan kalut sendiri2 layan gundah dijiwa?
Sewelkan punya cinta tiada berjiwa?
Abaikan aku, abaikan perasaan aku...

Bagaimana nanti hidup aku tanpa mereka?Sekarang pun aku sudah berasa sunyi. Sepi, lengang pondok batu abah, hasil kerja tangan kami sekeluarga. Aku pernah jadi pekerja contract, angkat batu bata, menolong abah menyiapkan pondok burok kami. Waktu itu aku baru tamat belajar, Nah khidmatku diperlukan. Bergelap sekejap kulitku yg merah.

Kata mak, anaknya yg perempuan cuma aku yg boleh dibawa berlasak. Ke kebun melihat hasil tuaian abah. Maknanya mak punya 3 anak lelaki (Along + Tam + aku)---wakaka

Kakak aku? Huhhhh penggeli, pembersih..bagus

Adik perempuan aku? Alamak...sopan giler, skali tengok dah tau dia lembut orangnya.

Kata abah, cari suami yg tahu susah..

Mendalam, menikam!

Aku mahu yg kental jiwanya. Boleh lawan bicara walau wavelength berbeza. Tak perlu mengiakan saja apa yg aku kata. Bertegas dengan aku pada tempatnya, bukan membuta tuli. Buat aku rasa bengong sesekali, buat aku dihargai acapkali. Pastikan aku gembira , mahu dibahunya tika aku berduka. Mahu aku dekat dihatinya kala dia sengsara.Mahu miliki semua yg dia ada. Mahu segala miliknya. Huh....bermimpi lagi.

Apa punya mimpi daaa

mimpi yg menggangu tido aku malam tadi

1) Diterminate oleh Prof Bakar, tapi Prof Zaki yg jadi penyampai.
Persoalannya apa kena mengena Prof Bakar dgn Pharmacogenomic?
Kenapa lak aku nak diterminate? Tak perform? Argh giler nye mimpi! Tak pernah2 aku mimpi pasal lab, tetiba jer mimpi bongok mcm ni. Sempena hari pekerja kotnya. Bangun tido pagi hati aku pedih, mcm lepas nangis. Ngek betoi...Adoi.....Mcmne kalo mimpi itu betul? Babai PROMISE. Psstttt....Method yg aku da dpt, aku bawa lari sekali. Aku peduli apa! Giler aku wat tau. Tonggang tonggeng sengsorang, abaikan masa santai aku, tu belum kira waktu tido yg aku dah korbankan.

2) Menerima msj di Plurk dr seseorang yg aku tak kenali. Tapi ayatnya bisa. Maksud sender lebih kurang begini." aku ada masalah hati (kecewa), ada sentiasa di Plurk n menanti2 kehadirannya.
Bengong betul. Haih. Tadi aku da check plurk, manala tau ada mesej aneh. Tapi masa aku check tadi aku tengah mamai, nanti aku kena check semula. Aku ada penyakit hati? Adakah ini dinamakan kecelaruan fikiran?

Oh tak mungkin!

Jumaat, 1 Mei 2009

Dialog hati

Selalu...selalu aku tanya pada aku. Siapa aku 10 tahun nanti. Berjayakah aku, di puncakkah aku?

Puas aku yakinkan hati, aku miliki sesuatu yg aku sendiri tak tahu, yg aku harus cari tapi sampai sekarang aku tak ketemui.

Selalu aku tanya pd diriku, degilkah aku? keras hatikah aku?selfish sangatkah perangaiku?

Ello...aku tak mengalami krisis identiti ok.

Terkadang aku amati, aku selalu salahkan diri sendiri atas perkara yg terjadi. Bodoh aku kadangkala memakan diri. Selalu bukan sesekali.

Bila menyudutkan diri, aku jadi emosi!

Mahu berbual dlm rahsia, tapi dengan siapa?
Ingin bingar, tapi dimana?
Perlukah aku teman untuk bicara?
Membantukah bingar dlm gelodak rasa yg lara?

Bila menyudutkan diri, aku terasa sunyi

Lidah ku terkunci
Hatiku jadi mati
Degup jantungku seakan terhenti
Otakku tak mampu berfungsi lagi

Tersudut membawa diri, aku ingin lari

Di awan, mahu bercanda
Ke bintang mencari cahaya
Di bulan ingin berbicara


Ruang yg besar, ku sudutkan lagi. Jadi kecil & bertambah kecil.
Kukecilkan lagi, dan kini hanya muat-muat untuk aku & diriku
Nah...aku selfish rupanya
Penyakit hatiku menyerang lagi
Lagi parah dari HLA yg mungkin aku hidapi

kenduri kawin lagi

Balik kg dah jadi rutin hidup aku. Masa keje kat s alam setiap minggu aku balik, ni dah sambung study, kena jimat2 sikit la. Pulus sudah susut.Tapi bila angin tak betul aku melanda, aku belasah je, petrol abah aku kasi penuh. tima kasih abah!

Time abah & mak ada lagi ni la, aku kena balik selalu. Time single, nanti kalo dah kawen aku kena bahagi dua lak. Fuyooo...mengelamun jauh aku nmpknya.

Mak & makcik aku tengah sibuk, almaklumla sepupu aku nak kawin. Tahniah Abang Co ot! Menghantar ke utara Perak. Aku tak ikut la, penat nak drive sendiri.

Anyway, tak ikut pun masih boleh berbakti.
Minggu depan kena balik lagi, kali ini menyambut pengantin lak, time tu baru happening. Family aku mmg besar.Faham2 je la suasana nya. Time kenduri kawen, otak gua jd serabut. Adoi...mmg kalut.

Khamis, 30 April 2009

abah..abah...abah

aku baru je jejak punggung di kampung......yayay

Damai, amai, best memang best!

Cerita ibuku" mak tengah sembahyang zohor, dengar bunyi blender. Beri salam & menuju ke dapur, tergelak ibuku bila melihat air carrot tersedia diatas meja . Aku pun gelak sama.

Haih, mana penah dibuatnya air carrot sendiri2. Apa sudah jadi?Abah balik dari masjid kami terus diam.

wakakaka abah...abah...abah...

nak buat apa erk?

jenuh gua pk hari ni apa gua nak buat 8-5 pm. This week gua tak produktive langsung, hanya mengadap laptop. Gua tunggu nak discuss ngan supervisor gua pasal my validation, gua jadi sengal.Nampaknya semua keje berjalan ngan lancar. Mak gua pn dah buat pulut kuning bagi meraikan gua. Terima kasih mak & abah, nanti gua ganti balik...tu janji gua, bila gua dah mula keje semula. Gua tau gua dah byk menyusahkan mereka setahun ni, gua terpaksa & gua syukur parent gua memahami hasrat gua.

Takkan gua nak start hari ni, jawabnya gua akan terlewat nak balik kg. Gua bukan reti nak stop kalo gua dah mula buat keje. Makan pun gua boleh tangguh.
plan gua minggu depan dah gua atur, gua harap ia mencapai matlamat.

Rabu, 29 April 2009

Reach that peak,LCMS- keriangan para scientist ini menyanyi



I would say, this is we called appreciation. Thank for those people who write this song n make sciene interesting! At 1st aku hanya tahu kewujudan lagu PCR. It was amazing. Biasanya pelajar di aliran sains dikaitkan dengan mereka yg berambut huru hara dgn keadaan diri yg tidak terurus spt digambarkan dalam tv doklu2. Menghadap buku 24 jam. Itu semua cerita dongeng. Tapi tak dapat dinafikan, ada yg begitu tapi peratusannya sedikit. We do have our sweet time for ourself. Melayan sengal pastinya. Kami seperti kalian juga, enjoy but then maybe masanya tidak sepanjang kalian. Bosan jadi kami? memang agak bosan kerana kami bermain dengan absolute thing.Biasanya diselubungi kebingungan yg dahsyat. Still i love my job!

But it was fun.
Apa yg fun?The stupidity in scientific research. If we are not feel stupid means we are not really trying! (Jurnal of cell Sc.Bermula sebagai teori & cuba dibuktikan melalui penyelidikan. Seperti yg pernah aku tulis dulu, tafsiran org yg berjaya adalah mereka yg melakukan sesuatu.

Layanlah keriangan para scientist ini menyanyi.

PROTEIN SYBTHESIS DANCE
nanodrop it like its hot
do the double helix
PCR song
DNA replication song
regulaten' gene

Selasa, 28 April 2009

Cikgu....

Mengajar...maksud aku pagi2 ke sekolah. Bukan belajar tapi mengajar.
Menarik bunyinya, pergi awal pagi & balik tengahari.
Pengalaman aku mengajar di sekolah dimana aku mula mengenal huruf, memang mengujakan. Budak2 memang jujur.

"Cikgu, saya tak suka cikgu pakai tudung macam ni" Aik?i kecik2 lagi dah pandai komplen.
Bukan, mereka berlaku jujur, jujur pada aku. Kejujuran itu berkurangan bila dewasa.

"Cikgu, nak lukis gambar apa minggu ni " Aku senyum lagi. Mereka perlu diberi tunjuk ajar. Mereka juga ingin berjaya. Mereka perlu diberi suntikan semangat agar dapat mengubah nasib keluarga. Mereka bukan tidak pandai, mungkin ada yg kurang berkeyakinan, bukannya apa mereka masih malu. Takut digelakkan.

"Cikgu, minggu ni kita main rounders boleh?"
Ramai yg berbakat terutama anak orang asli. Berlari mak ai memang laju! Tapi ramai sangat yg malu2. Aku seronok melihat satu komuniti anak orang asli.Mungkin aku anak tempatan, so tak hairan sangat melihat pelajar orang asli yg comot. Bukan semua.Mereka ada yg berjaya. Masih teringat rakan sekelasku pernah ditanya'

"Fauzi kamu nak jadi apa?"
"Saya nak jadi KOMUNIS"
Pengaruh tv ! memang waktu aku di darjah 5&6 , kat tv banyak sangat ditayangkan cerita2 sejarah masa zaman omputeh & komunis masuk malaya.

"Cikgu,macammana nak kira ni?"
Mereka kebanyakannya tak faham konsep. Bahasa isu kedua. Aku perhatikan guru cuba explain dalam bahasa melayu kalau murid tak faham. Mereka tidak berterus-terusan dl loghat inggeris jika mulut anak murid ternganga. Aku tak nafikan ppsmi myebabkan kemorosotan pelajar. Melihat dari sudut positif, secara peribadi aku bersetuju ppsmi. Biar senang mereka dah besar nanti untuk berinteraksi. Jangan bahasa dijadikan alasan untuk anak melayu malu ke hadapan. Tanyalah pada rakan2ku yg mengalami, berpeluh mendefence diri sendiri.

Ke pusat tuisyen pula, kali ni mengajar anak2 remaja.
Keterujaan mereka bersifat lain pula.

"Cikgu, hidup di kampus seronok tak?"
Biar betul budak2 ni. Argh aku pun pernah begitu. Teruja nak masuk u lepas tengok cerita ALI SETAN. Beri mereka cerita2 menarik lepas habis belajar. Masa hadapan mereka jika berusaha juga nasihat2 berguna. Kawan bagaimana yg patut mereka dekati.

"Cikgu, orang kata aliran sains senang dapat kerja, betul ke?
ADOI...Rasa macam nak tumpang, pengsan & tenggelam.
Buat kerana minat & bukan kerana ganjaran yg tak tentu boleh dimiliki. Katakan pada mereka tak mustahil kau akan bertukar bidang, tapi pastikan apa yg kau ingini dalam hidup & kau akan temui kebahagiaan & kejayaan.

"Cikgu, takut la nanti separuh jalan dah kena tendang. Malu satu kampung wooo".
Ni satu lagi. Belum cuba lagi, dah ngaku kalah. Katakan pada mereka, hanya usaha membezakan seseorang (dari segi pelajaran, iman di sisi Tuhan). Semua bermula dari kosong & kau punya 3 tahun untuk berusaha, jangan tunggu di tahun akhir, melangkah saja di kampus, kau terus kena berusaha. Ada mereka yg sangat handal SPM nya masih boleh dikalahkan jika kau berusaha.

Katakan pada mereka yg indah2 agar mereka bersemangat & terus berusaha.
Yang pahit akan mereka tempuh sendiri.

Hidupku yang begini

Aku mahu ke bintang, berbual dengan bulan tentang rahsia. Bermesra dengan awan buat seketika. Dimana kejora? Aku mencari....ia tiada lantas aku bergossip dengan matahari yg sentiasa panas.
Lekas! aku tidak boleh berdiam lama dengan matahari takut nanti kulitku yg gelap jadi hitam.

Aku terjun ke lautan akibat kepanasan. Mengejar nimo yg sedang menyanyi. Nimo berenang menyelamatkan diri. Terignat cinta lamaku si pari-pari. Bz berchatting bersama teman barunya si sotong kurita janda tak pernah berlaki.

Aku suka lagi daratan, ada laptop selaku teman, ada manusia yg boleh dijadikan rakan. Ada cinta yg belum dimliki.

bahagian tubuh kamu yg paling penting?

Mata? paling penting...bukan
Telinga? bukan.....

Bertanya seorang ibu kepada anaknya, bahagian tubuh mana yg paling penting
Anaknya menjawab,
"telinga"
"Salah"kata ibunya

Meningkat dewasa, ibunya bertanya soalan yg sama
Jawabnya:mata
"jawapanmu salah lagi anakku". Tapi kamu makin matang.

aik salah lagi? sehingga tiba di suatu hari, di hari kematian datuknya. Bilamana pada hari tersebut dia melihat ayahnya menangis.

Ibunya memberitahu bahawa pada hari ini, dia perlu memberitahu anaknya jawapan kepada soalannya itu.

"BAHU" adalah bahagian tubuh kamu yg paling penting.

Kenapa? Disanalah tempat org yg kita sayang bersandar, bercerita, mengeluh & menangis. Kau patut rasa, kau sangat disayangi jika kau ada bahu untuk menahan kepalamu.
Jadilah pendengar yg baik kepada rakanmu. Mereka tidak pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka beerti.

Hidup ini indah jika kita tahu menghargai.
Tapi ia amat menyakitkan andai kita ambil sambil lewa.

Isnin, 27 April 2009

virus selsema babi

Walaupun dengan makan babi takkan menyebabkan hang dapat selesema babi, jgn la makan pula. Pelik & bukan ajaib cara penyebaran penyakit melalui manusia.

lotih!

aku rasa Hi5 Emoticon tapi aku belum Hi5 Emoticon lagi.

Hi5 Emoticon Jam dah pukul 8...layan buletin utama dulu la sambil layan Hi5 Emoticon & cari idea depan laptop.semalam satu hari Hi5 Emoticon
jom kita Hi5 Emoticon.

Ahad, 26 April 2009

Forensic

Kenangan masa interviu jawatan Pegawai Forensik di Putrajaya buat gua senyum sorang2. Soalan mula2 wa kena letakkan diri mcm pelakon CSI, macamne nak pastikan bahan bukti dan macm2 lagi la. Gua dapat jawab laa.
Seorang lagi penemuduga bergelar Dato' tanya kat gua samaada gua ni boleh ke nak berdepan dgn mayat. Mesti tak percaya ngan gua nih. Gua kecik beb!
Bukannya apa, gua rasa gua bagi jawapan paling bodoh tapi realistik kepada soalan yg diajukan pada gua.
Apa yg buat gua gelak adalah jawapan yg gua beri
'kalo letak mayat ngan orang hidup kat depan saya, saya takut lagi kat orang hidup tu"(Dalam bahasa Inggeris)
Dia ketawa berdekah2, kawan gua yg tunggu gua kat luar bilik heran dengar org dlm bilik ketawa menggila.sure penemuduga paham apa yg sedang bermain di minda gua nih.Mana ada org mati kena cekik ngan hantu kan? terkejut dengan serangan jantung pasai tengok citer hantu memang ada.
Gua tak dapat pun jawatan tu, ngeri bila gua ingat balik jawapan gua. Gua memang penakut. Siap ada orang bertaruh ngan gua. Kalu gua terima jawatan tu, gua dapat habuan.Punyala gua kecik amat dimatanya. Cessss!
Gua pun tak tau kenapa gua boleh jawab macam tu.
Bercerita pasal CSI, banyak tipu orang beb. Senang giler nak wat analisis. Tunjuk mesin GCMS, yg high tech, boleh temui jawapan sekejap giler berdasarkan teori. Criminal mind gua boleh terima lagi. Hahaha gua tau CSI tipu gua, sbb tu gua tengok gak citer tu. Nak tau bahagian mana gua kena tipu.

Sabtu, 25 April 2009

Terjemahan "BERJAYA"

Berjaya dlam hidup sekarang ini ialah lambang orang yg bekerja keras. Hanya org yg bekerja keras & kuat berusaha akan menikmati kejayaan.Dan hanya yg berani saja akan mampu menterjemahkan dlm bentuk benda. Dan hanya org yg betul2 larat, berkeupayaan dan berkemapuan saja yg sanggup memiliki benda yg jarang2 orang mampu memilikinya-Tuah Iskandar

Berjaya dlm hidup, bila diterjemahkan dalam bentuk material-punya kereta, rumah, wang besar, tapi kalau isteri mesti nak yg kecil. Dia miliki semua yg besar kerana dia berusaha bagaimanapun semuanya dengan izinNya. Pernah mengalami situasi dimana kita dah habis daya melakukan yg terbaik, org kata pulun habis tapi masih belum bertemu sinar, masih buntu mencari jawapan.Itu namanya dugaan. Jalan yg patut kau tempuh agak berliku tapi aku pasti kau akan pelajari sesuatu.
Takkisahlah cara mana nak berjaya. Ada yg sanggup tikam kawan sendiri asalkan impian terlaksana.
CGPA 4.0 pun belum tentu boleh berjaya bila melangkah ke alam pekerjaan. Kau perlu buktikan dgn menghasilkan sesuatu. Takat prong prang prong prang sana sini....tak payahla. Buktikan kau boleh melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama, research kau misalnya atau apa2 saja
Kau belum berjaya jika kau belum membuktikan apa2. Ya sumbangan yg boleh dilihat!

otak kanan vs kiri

Bercerita tentang kreativiti. Aku mahu tahu samaada aku menggunakan otak kanan atau kiri.
Aku mahu berkarya tapi aku tak cukup puitis.Maknanya aku menggunakan otak kiri! penggunaan otak kiri aku dibuktikan melalui penglibatan aku dalam analitikal.
Manusia punya dua bahagian otak iaitu otak kanan & otak kiri.
Otak kiri-Logikal (binder,disintegrant, flow aid, self lubricant, proven, relaible, quality)
Otak kanan-kreatif (innovative, problem solvin, versatile, consistent, simpilifying, cost lowering, time saving).
Seniman di kaitkan mgunakan otak kanan manalaka scientist dikatakan menggunakan otak kiri-kecerdasan analitik.
Terdapat mekanisme buka & tutup merujuk kepada cara otak berfungsi. Kedua-duanya bekerjasama dalam penafsiran, bagaimanapun hanya ada satu otak sahaja akan dominan dalam satu2 masa.
Sering berlaku percanggahan pendapat, adalah kesan dari cara otak memproses maklumat.
Aku terpanggil mencari tentang otak ni, selepas memerhatikan anak buah aku. Aku beranggapan dia mungkin ada masalah spt Albert Einstein. Bukan masalah pun, sebab Albert Einstein genius.
Aku lakukan beberapa ujian berpandukan rujukan yg aku cari di internet. Aku dapati dia normal. Aku perhati lagi, dia memang beza ckit dengan 3 orang anak buah aku.
Aku buat ujian lagi, penentuan samaada dia menggunakan otak kanan atau kiri. Dia kidal & biasanya org dalam kategori ini menggunakan otak kanan. Sah, Wina menggunakan otak kanan. Cumanya aku mahu mencari bagaimana kita yg dewasa mahu melatih anak untuk menggunakan kedua2 otak secara optimum. Apakah cara untuk meransang penggunaan otak kanan & kiri.

anak cipanzi

Berita dalam negara-8 ekor anak cipanzi dikhuatiri mengalami stroke & pecah kepala apabila seekor badak air cuba melenyek mereka. Dalam usaha menyelamatkan diri tersebut, 2 daripada cipanzi telah berjaya melepaskan diri apabila tempat persembunyian mereka diserang.Bagaimanapun 6 yg lain, agak bernasib malang kerana sempat ditanduk dengan kepala oleh badak air tersebut. Hasil kerjasama yg erat antara 6 cipanzi ini telah melemahkan badak air tersebut. Menurut sumber2 yg boleh dipercayai, sejak akhir2 ni, badak air makin mengganas & menggila. Ia juga telah merosakkan perasaan haiwan2 lain di dalam hutan.
Ini kerana pelawaan badak air untuk menonton terminator dibantah oleh cipanzi.

oh tidak! kacau aku kalut

Renungan matanya buat aku terpana. Aku tak kenal pun dia tapi serasa ia berada di sebelahku, saat ini, ya detik & tika ini. Dekat dihati ;)
Siapa dia masih menjadi tanda tanya. mungkin bakal putera yg bakal bertakhta di hati. Adoi...takut, aku jadi kecut!

Aku ingin lari, tukar, nak lompat katak!

Lari dari memikirkan tentang dia, ya tentunya tentang seseorang.
Aku mahu dia lompat agar aku dapat menumpang di belakangnya untuk ke tempat yg tinggi.Mencapai bintang mungkin? atau mahu aku gapai pelangi?Itu pun sudah cukup tinggi.
Berdua?Itu pasti.

Atau mungkin melihat kelip-kelip berlantaikan padang, berawankan bulan?
Kenapa tidak berdua-dua melayan sengal di taman?
mungkinkah menyaksi matahari terbit esok hari?
Itu cuma imaginasi. Manusia yg kalut dengan perasaan sendiri

Jumaat, 24 April 2009

seminit tidak terlambat, sesaat tidak tercepat

Tuhan membantu kami kelmarin. Ya kami dilambatkan olehNya untuk sampai ke destinasi. Maklumlah tujuan kami murni. Semalam sekali lagi, kami ditolongNya. Kali ini dia terlambat & sepatutnya kami bersyukur.
Selalu aku tidak memahami. Pelik, mengapa begitu adanya dia?Dapat menghidu. entah2 dia pasang cctv..sape tahu
aku buat2 tak reti.Nasibku baik kerna aku punya kotakku sendiri. Melayan extraction untuk validation. Moga result linear lagi.
Cukup semalam aku dihenyak, cukup!
Dia pandang aku, dan anak mataku larikan. Argh..bertembung jua. Biarkan

tiada berjudul

Masih bengkak
Aku takut ia berdarah
Bagaimana kalau ia mengeluarkan nanah?
Mustahil
Ia bukan jangkitan
Juga bukan luka kesan gigitan
Esok
Bengkaknya masih begitu
Lukanya kini makin dalam
Mahu aku ke doktor atau dukun?

Khamis, 23 April 2009

Terlanjur cinta



waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema

mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan

malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

reff:
aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta

mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

sedap perkataan puing-puing
kalo ikut makcik google makna tu runtuhan (sumber :scrib)
aku takde kamus dewan. Betul kot. Lama gak aku baca petikan tu, aku rasa betul.Hehehe
macam tengah belajar bahasa lak.
Bahasa Indonesia sangat klas! I like...

Orang seni (golongan berkarya) sensitif sangat aku rasa. aku tersalah join komuniti kot, patutnya join young scientist club ke ;)