Rabu, 8 Disember 2010

tiada bertajuk

sudah lewat

tapi mata belum mahu pejam, sedang lena sudah melambai mahu datang

masih memandang siling tanpa palitan warna ceria, puih semahunya

hanya satu anugerah belum aku peroleh

yang satu itu paling payah aku temui

dan yg satu itu juga, buat aku tidak tidur untuk malam ini

Tuhan beri aku apa yg kalian ada

Tuhan beri aku apa yang kalian tiada

adilkan?

haruskah aku cari di celah-celah manusia yang ramai?

atau aku perlu merentas lautan?

atau aku perlu tunggu ia datang?

Selasa, 23 November 2010

kelembapan tahap gaban

lembap itu satu fitrah manusia

memang lembap otak yg dah karat nak terima byk benda dlm satu masa

semua benda jadi beban, walau sekecil perkara yg dah diketahui, bila dibelit sana, diputar sini, dah hilang arah tuju terus semua jadi kelam

yang jadi beban lagi bilamana pengharapan selaku pegawai disangkutkan di leher, alah macam tag logo kementerian kesihatan yg simple tp tanggungjawabnya jadi berat, seberat goldbar yg untungnya 2.5% sebulan....

kalo belajar boleh fail subjek, kalau bekerja paling2 pon bos lambatkan kenaikan ka, confirm jawatan ka....leceh amat

tolong....rasa malas nak g kerja!!!!!!!

Selasa, 3 Ogos 2010

kepada penjawat awam

boleh tak bekerja dengan jiwa dan raga?

kalau buat ikut suka, tak mau fikir,

aci dan je

kira boleh la....

ok la tuh..

argh tak kisahlah kot

huru haralah jadinya

kepada sesiapa yg berkenaan

sila rasa bersalah!!!!!!

Selasa, 13 April 2010

testing 1, 2, 3

malas........

sudah lama terbiar, lewat kebelakangan ini aku jadi sangat2 pemalas

ada benda bersarang yang aku sendiri tidak ketahui

mungkin bermacam2 bermain di fikiran sehingga aku sendiri tak ketahui

punca sebenar akan masalah yg paling2 mengganggu

arghhhhhhhh

membiarkan ia di situ tanpa mencari titik permulaan adalah tidak wajar

perlu dirawat walau bukan obat sebagai penawar

apa perlu dicoba semudah 1, 2 dan 3?

Ahad, 4 April 2010

sepatutnya

sepatutnya...

aku masih di teratak abah..

paling kurang , sedang enak menikmati minum petang seperti semalam

sepatutnya...

lepas jam 6, sepulangnya emak dari kelas mengaji, aku mengekorinya ke rumah mak su, paling kurang ke rumah makwe

sepatutnya hujng mingguku ini terisi buat keluarga

sampai bila mahu begini?

mungkn emak berkecil hati, melihat aku awal berpergian

tidak seperti biasanya, isnin pagi baru aku melangkah pergi

sowi.............

Khamis, 1 April 2010

percubaan pertama

kalut...dua hari aku ribut

tak terjanglau dek tangan

itu mahu buat

ini belum siap

argh.........

dah puas mengomel sendiri2

blog pun sudah tak terbela nasibnya

mana mungkin ia membuahkan hasil, jika peruntukan masa untuk aku cuma dua hari

baru semalam aku diminta menyiapkannya

kasar dengusku aku simpan dlm gobok burukku

ikutkan saja..jangan pasalnya di cari

hati tidak sepenuhnya di situ

ia sekadar memenuhi kehendak hati

bagaimanapun ia tatap punya harapan

ia tetap punya tujuan

ia berguna untuk masa hadapan

Khamis, 18 Mac 2010

satu panggilan telefon

belum lagi

panggilan telefon pagi tadi, belum menjanjikan apa2

belum tentu lagi aku berjaya

berjaya atau tidak, memang menggusarkan aku

terlalu buat otak aku ligat menjana kemungkinan

dan kini otakku masih mencari jawapan

jawapan kepada panggila tadi

panggilan yang jarang2 kunjung kpd si calon

moga ia benar

tunggukan saja nanti

mana tahu rezeki aku

mana tahu Tuhan khaskan untuk aku

siapa tahu Tuhan memperkenankan doa aku

Selasa, 9 Mac 2010

beku seketika

belum pun sampai tengahari

otak aku sudah beku, minta direhatkan

bukan berbuat apa2

cuma melalui satu fasa yang tak pernah aku lalui

sungguh...aku buta semua itu

aku tak punya pengetahuan hal yang itu

aku pandang keliling....tiada siapa

mahu mula dari mana , tidak aku ketahui


arghh........

aku genggam buku log menuju ke kawasan kerja

lama aku di situ, melihat sekeliling, mencari kekuatan

minta tolong dengan Tuhan, moga ia akan berhasil

aku labelkan tube2 kecil dihadapanku....

berbual dengan tube kecil itu, minta dia beri kerjasama dengan aku

"tolong jadi ya, please. aku tolol bab ini"


kelibat yang kuharapkan muncul...

entah perasaan lega bagaimana nak aku pamerkan

mata aku tertumpu kearah jari jemari yang sedang bekerja

seketika memandang aku, mengharap agar aku memahami

isyarat anggukan kepala tanda mengerti dan bersedia melakukannya sendirian ku berikan

dan dia berlalu

tapi mengapa tak terucap terima kasih itu?

aku anggap dia faham

walau cuma 5 minit, walau cuma sepotong ayat

ia bisa membuatkan satu jiwa rasa lega

juga kadangkala ada jiwa yg sengsara

betapa sebaris ayat itu boleh meracun jiwa

dan hari ini berakhir dengan gembira

walau untuk sementara

Rabu, 3 Mac 2010

entri hari ini

bukan mahu menjadi yang berkepentingan

tidak bermaksud menuding jari menyalahkan sesiapa

cuma tidak mahu akan rasa kesal itu akan singgah kelak

jangan biar ia bertapak

cuma lebihnya rasa tanggungjawab


bukan mahu mencantas jalan

tidak bermaksud menyinggung hatinya

malah aku cuma diam

biar yang matang mencari jawapan

biar yang matang tak rasa diperkecilkan

Ahad, 28 Februari 2010

Perasaan itu mmg BEST

leka.lalai seketika ketika memandu

susur ke kiri yang perlu dituju, sudah terlepas...

entah apa yang aku fikirkan

entah apa yang bersarang

gembira?

itu sudah tentu, perasaan kepingin itu sudah tiada lagi

hari ini saja, sudah kali yg kedua kereta kupandu tak ketentuan hala

berat sangatkah yg aku fikrkan?

atau terlalu gembirakah perasaan/

serasanya sedang berada di awangan

mencari titik noktah kah aku?

atau mencari titik pertemuan?

apa selepas ini?

pesan abah tadi, masih segar dibenak

nasihat emak sewaktu pipinya kukucup masih berlegar2 di telinga

ya ..nana tak lupa itu semua, jangan kalian risaukan


bagaimana mahu mencorakkan perasaan suka yang amat sangat

boleh tersenyum sendirian bagai anak kera dapat merebut pisang di tangan orang

"menyerongin" memanjang....itulah yg akan diucap oleh rakan sekelas semasa di

Tingkatan 1-3RK


Biarlah....abaikan aku yang sedang seronok melayan kesukaan

-----SERONOK-----

Khamis, 25 Februari 2010

akhirnya......

entah macamana, entah buat kali yang ke berapa


aku mencongak2 sendiri mungkin ini yang dinamakan rezeki.........


argh lebihnya takdir dan semuanya ketentuan


Tuhan...

akhirnya....bertemu juga


walau cik google tak pernah jemu membantu


jika keywordnya tidak mengena...bernanah juga kepala


apa yang aku ketahui, bahwasanya ia pernah di google walau semua persoalan belum terjawab....


masih tersimpul rapi, tetap utuh teguh bersatu dalam satu lipatan kemas,

minta dibuka rapi, minta tidak dijejaki........


persoalan samaada adakah ini yang terbaik masih lagi belum terungkai kerna ahli nujum ini masih tidak tamat meramal masa depan


minta Tuhan berikan petunjuk....Amin

Rabu, 24 Februari 2010

yg TERBAIK?

Bila mana kita mengkehendaki sesuatu itu

selalu...terlalu...perasaan ingin memiliki mendesak

tanpa perlu rasa sangsi, jika kita ingin...teramat sangat ingin memilikinya....

kita jadi lalai sehingga membiarkan halangan sebagai sesuatu yang tersangat kecil

hasrat ingin mencapai sesuatu yang tidak diketahui adakah ia adalah yang TERBAIK untuk kita

boleh buat kita lupa jadi manusia tanpa perasaan, mungkin ada hati yang terkorban

kerap....terlalu kerap ia bermain di benak

adakah sesuatu yang dihajati itu adalah yang terbaik....mana mungkin kita ketahui cabaran yang

mendatang. rakusnya jiwa mendapatkan sesuatu itu yang belum tentu benar-benar selayaknya

untuk kita mahupun terbaik dan senang dengan jiwa empunya

adakah dengan memiliki yang kita rasa selayaknya untuk kita bermakna ia juga TERBAIK buat

kita?

uhhhhhhhhhhhh

kerna terlalu ingin memiliki sesuatu itu manuasia jadi rosak

manusia bertukar rakus, jadi ganas

manusia bercakaran, tikam menikam

pijak memijak

malah ada yang berbunuhan

sungguh......aku jadi takut

kerna mereka fikir itu yang terbaik!

Isnin, 22 Februari 2010

keinginan untuk memiliki

bila keinginan untuk memiliki mengatasi segala2nya....

kita berkeupayaan untk melakukan sesuatu yang diluar batas, samaada kemampuan dari lahiriah mahupun batiniah

adakah selepas memiliki sesuatu itu, kepuasan akan kita perolehi?

mungkin kepuasan itu sementara ;)

kenapa ia tidak akan kekal lama?

aduh!!!!!!

aku tensen.........

belum bisa membuat keputusan, walaupun antara nak @ tak nak

walau 2 cuma pilihan...

masih buntu...

nak @ tak nak

masih berkira2, keperluan memiliki dan keinginan memenuhi kehendak hati

rasionalnya tentu saja kita ketahui

tapi bila saja ada, bisikan2 halus ditelinga.....

yang rasional bertukar emosional

yang terang bertukar samar

--------diam---------

apa oerlu diperbuat?

nak @ tak nak?

Selasa, 16 Februari 2010

aku bukan M0

bau yang menyelinap di sebalik topeng muka yang kupakai cukup memualkan

seketika terpandangkan alat pengesan mencecah angka 300...maknanya spot itu adalah sel kanser yang perlu dibuang. Bertambah bulat mataku yang buntang melihat aksi seterusnya. Sepertinya aku adalah medical officer....

argh...itu bukan aku!

aku sekadar berdiri seperti mando tua mengawasi kuli membuat kerja...

cuma aku belum berani mahu mengangkat kamera, beretika kah? adakah peraturan yang perlu aku patuhi? kepingin sekali menyelinapkan kamera kecil untuk dikongsi bersama rakan.....surgeon @work.....

sungguh aku takut diawalnya tatkala isyarat mata ku terima untuk turut sama di bilik bedah....sejuk tangan dan seluruh tubuhku.

50-50 antara mahu masuk atau undur diri...

entah kuasa dari mana datangnya, pintu OT ku tolak perlahan dan pengalaman pertama lebih 2 jam menyaksikan sesuatu yang mungkin aku mahupun kalian akan tempuhi nanti...

Saat ini aku jadi gian...mahu ke sana lagi

tiada bertajuk

berwajah bosankah aku?

kerna sering si camar singgah untuk seketika

ia untuk sekejap cuma

hinggap di ranting kering

sekadar mahu melepas lelah

setakat mahu bertegur sapa


atau sebenarnya aku perlu terbang?

agar tidak terus dikongkong kebosanan

----bungkam----

aku hanya boleh melihat ia

dari jauh....

ada ketikanya di sudut tersangat kecil ruang lingkupnya

ada saatnya ia kabur walau dekat di kelopak mata


bagaimana mahu berbicara dengan bintang

sedang bulan tak pernah mahu bertandang

Sabtu, 6 Februari 2010

bila hari ini tak seperti dirancang...

geram....pada diri sendiri

bengang kerja tidak teliti

geram tersangat, the very the very geram!

Isnin, 1 Februari 2010

erti hidup

kalau aku dikatakan tamak...aku mengakuinya

jika kejam itu yang selayaknya untuk aku, juga aku menerimanya


apa yang aku boleh perbuat? sedang aku terlalu menginginkan DARAH kalian...

"kita akan ambil sedikit, atau kita panggil ia sebagai satu unit (sambil tangan Dr

yg aku tak ketahui namanya lagi merujuk kepada bahagian leher pesakit)dan jika kita

dapati ia telah dijangkiti maka barulah kita buang. Mungkin satu bahagian atau kedua2

nya sekali"(sekali lagi ia merujuk kpd bhgn leher tapi di dua tempat yang berbeza.


Perlu jadi manuasia tidak punya perasaan jika mahu lakukan sesuatu, walau nanti ada yang menderita.

"disebabkan sekarang awak sedang mengandung, kita tunggu sampai kelahiran baby ni, barulah boleh pembedahan dpt dijalankan"

aduh...lagi satu pengalaman ngeri lintas langsung ke telinga yag dilitupi anak tudung.

Betapa mati itu begitu dekat dengan kita, betapa nyawa itu, tiada harganya.

Betapa mereka begitu memanfaatkan setiap detik yang mereka ada.

Betapa golongan yang tabah itu, telah kering airmatanya.

Betapa kita tidak pernah mahu mensyukuri nikmatNya.

Lagi lama aku disini, mungkin aku jadi lebih menghargai apa yang aku miliki.

Harapnya begitu.