Jumaat, 25 November 2011

ya itu namanya kebetulan

sebetulnya namanya kebetulan

sedang sangat2 mahu mengelak

terserempak juga...tapi mata ini tetap malu

jika mata bertembung, takut nanti disangkanya aku ini tiada malunya

arghh...elakkan saja dari sirna itu menembusi

jadinya...tundukkan pandanganmu wahai si gadis

----bungkam----

saat ingin sekali berpapasan

tiada pula muncul tubuh badannya

benar mungkin peluang itu muncul sekali sekali

atau hanya sekali?

kelak nanti bagaimana ya?

---sigh---

begini...mungkin perlu serab keberanian persekitaran

agar self esteem yg berterbangan dapat dikumpul dan di lepaskan

bila perlu....cube yer...

mana tau ianya berbuahkan hasil berbentuk strawberi ;)

senyum!

Selasa, 8 November 2011

tentang hari semalam

cukup sukar mahu menulis sebaris ayat

isinya tentang semalam...nov 2011..tanggalnya 1

semalam itu memang indah dek pandangan mata

semalam itu walaopon permulaan yg baek, belum menjanjikan apa2

tentang aku, halnya dia


---senyum----

tandanya aku suka...suka bangat!

perihal engkau, aku masih kabur

mungkin stagenya kita sama, cuma aku lebih tranparen

atau engkau sebenarnya biasa2 saje

sedang aku...bagai mahu runtuh jiwa

hingga gugupnya jantungku, boleh didengar

sampai ke telinga tikus2 yg berkeliaran

aku anggap ianya special

kuntum senyum itu untuk aku

yg aku balas itu juga sebetulnya untuk engkau

---wow---

Selasa, 2 Ogos 2011

oMG!

bukanlah nak memilih sangat

cuma mahu yang lebih kurang sebaya

statusnya seperti aku juga

takut nanti anaknya kucincang lumat....manalah tahu jika hantu menguasai jiwa

@ mungkin 90% kerna factor yg aku tidak mengenalinya ;)

maaf kawan, aku rasa ini yang terbaek...menolak terus tanpa perlu aku berselindung

beri kamu seribu alasan

buat kamu gantung harap pada aku

utk lihat aku dan dia bahagia

haih

aku rasa ianya kelakar..

berharap juga, yang keluar dari mulut kamu itu juga gurauan semata2

maaf, bukan mahu bersenda dengan perkara yg seriyus

mungkin tika itu terik mentari buat aku katakan tidak

dan di saat aku rasa aku normal, jawapannya juga sama ...oh tidak!

takdir kita mungkin sebagai kawan dan bukan bersaudara

"makcik" oh tidak...kau akan kekal memanggilku selaku namaku saja

-titik-

Isnin, 1 Ogos 2011

ramadan datang lagi

alhamdulillah

ramadan datang lagi

moga ia bakal membawa sejuta rahmat kepada kita semua

mengharapkan yang terbaek untuk diri sendiri, kaum keluarga, sahabat handai

serta muslimin dan muslimat

aku bermohon kepada Mu Ya Allah

Kau "mendengarkan" kami

---Amin---

Sabtu, 16 Julai 2011

penat la menunggu

kalo boleh pilih,

aku mahu "dia"

kalau boleh di tudingkan dengan jari

"mahu yang "itu"

yang baek2 saja

kalau boleh "dia" tahu tanpa perlu berbicara

Oh Tuhan, alangkah indanya

kalau boleh bounce macam iphone dgn i phone

uhhhh...memang aku tak percaya

ia perlu dengan kata2

tanpa bicara kata, tak terungkai tanda tanya

dengan sorotan mata, belum tentu sampai ke jiwanya

----haih-----

sukar rupanya, nampak paling ringan

yang paling ringan mcm gas di atmosphera tulah yang tersangat berat menghukum jiwa

tolong aku, bantu aku

meringankan jiwa

ombak didasar hati ini sudah 13.2 skala tsunaminya

buk...

terhentak di tembok batu....

haih....bangkitlah dari realiti

kena menunggu lagi, kerna aku bukan "Khadijah" isteri nabi

----senyum kelat----

Rabu, 27 April 2011

a pity girl

what a pity gurl

i am talking about myself

aku ada masa tapi tiada minit

aku punya tenaga tapi tiada kudrat

aku kaya idea, tapi kalah dgn upaya

aku selalu usaha, tapi tiada jaya

aku miliki pilihan,tp ia tidak mendamba

aku mahu siapkannya

Letih, malas jadi penghalang

aku menci a pity gurl tu

sbb itu aku yg pity kan diri aku sendiri

aku tidak mengantuk tapi mahu tido

zzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz

Sabtu, 23 April 2011

Bila mak kata....

Nana takde dosa dgn mak....

Maknanya confirm ke nana msk syurga?

Kalau mak awal2 lg dah halal segala, yakin

Ke semua amalan diterima?

Haih.... Mmg malas mau pikir ini semua

Kalo tetiba je maut menjemput,bagaimana?

" memula diri nana dikejar harimau,sedaya upaya

Nana melarikan diri dr dijadikan habuan. Jalannya

Adalah dgn memanjat ke atas pokok menggunajan tali

Yg sedang digigit oleh tikus,hampir mahu putus.dibawah ada

Gaung yg bisa membuatkan sesiapa yg terjatuh ke dalamnya

Maut. Tersenyum sendiri melihat kn sarang lebah yg kebetulan

Ketika mendongak terus menitis ke dlm mulut.dek kerana leka

Dgn manisnya madu itu,maka jatuhlah juga nana kedlm gaung.

Kesimpulan? Uhuk

Sabtu, 19 Mac 2011

KEBERUNTUNGAN

itu yang sepatutnya aku rasakan

betapa mereka itu buta2 saja kerjanya

sesuatu yang bukan tahu di akal fikirannya

nah ditenyehnya saja, pedulikan asal bertenyeh,

sedang basicnya saja, mereka tiada

aku? tiada yang lebihnya

Isnin, 14 Mac 2011

panggilan telefon 2

alhamdulillah

mahu aku ceriTakan tentang panngilan telefon yg dulunya ku terima

kini sudah lebih 6 bulan aku berkhidmat sebagai penjawat awam


moga rezeki yang dikongsi bersama keluarga diberkati

AMIN

panggilan telefon 2