Selasa, 21 April 2009

Saya lepaskan awak


Anak sudah 4, semua dara sunti. Walau cuba mempertahankan cinta yg disemai sejak di usia remaja, istana itu roboh jua. Kini sudah bertalak dua. Kenapa perlu merayu? Kenapa perlu menagih janji? Orang itu bukan selayaknya buat usu.
Kasih manusia akan pudar ditelan masa. Kasih yg tak berbaja akan hilang serinya. Sayang dihulur jika tak disambut takkan memberi makna. Orang itu, tak tahu menghargai. Takkan pernah belajar dari kesilapan. Orang itu memualkan aku. Hilang rasa hormat yg kutumpahkan padanya. Benar, kerana orang itu buat usu menangis, menderita. Suratan ini bukan usu pinta. Kelembutan usu buat orang itu merobek hati usu sesuka hatinya.Keruntuhan ini buat aku lebih berhati2. Aku pernah berada di fasa yg sama, cuma aku tidak bertalak.Sakit, memang pedih!Aku hanya mendengar tanpa bersuara kerna ku juga sedang menangis, sedang memujuk hati, sedang enak2 dengan perasaan sendiri.
Pulanglah usu, kami menanti.

Tiada ulasan: