Selasa, 31 Mac 2009

Waktu lapang!


Apa korang tulis dalam diari?
Aku? Biasalah Menconteng!

Isnin, 30 Mac 2009

Kantoi...main web cam mak tih erk!


Layan je la anak buah aku yg sorang ni. Pantang jumpa kamera!Masa bukak web cam tadi, ingat nak betulkan tudung, ternampak aksi2 dia. Boleh tahan gak!Ni bahan bukti, cadang nak MMS kat dia yg berada di Perlis...
GANAZ!!!!!!!!!
AYU
COVER IDUNG TU







GIGI SAPER PALING CANTIK?



http://www.4shared.com/file/51138428/cdc14453/Sheila_On_7-Buat_Aku_Tersenyum.html

Ahad, 29 Mac 2009

lunch + tea time


chocolate marble cheese cake & a glass of ice lemon tea!
I lost my appetite!

earth hour


830-930 pm

ada jugak pasang angan2 nak join earth hour. masalahnya aku dan housemate masih berada di lebuhraya...alah jalan nak gi kuantan melalui Genting sempah tu. Mak ai takkan aku nak padam lampu kot.

Giler bahaya jalan tu, dah la lampu jalan takde, gulap gelita, takkan aku nak menambah statistik kemalangan jalanraya kot!

citernya ke Pekan Pahang, menghadiri majlis kawen housemate.

kenapa kul 8 masih kat highway lagi?

Kami SESAT! maklumlah semua tak penah pergi ke Pekan, map dlm kad lak simple giler sampai kami tak paham pun, kita dimana ni?

kata orang malu bertanya sesat jalan, kn?

ni sebab bertanya lagi kami bertambah sesat!

sorang pakcik ni, confident giler, "anak kena patah balik, nanti jumpa shell amik kanan, kat situlah kg banjir!"

kami pun patah balik, apa yg ada di kiri kanan hanyalah kawasan pokok getah, belah kiri boleh nampak sungai pahang. Bukanke kita dah merentasi sg tu tadi?

tak boleh jadi ni, ok kali ni tanya lak kat orang muda, kot2 la pakcik tadi tak berapa nak ingat sangat. Direction yg diberi sama...tapi sampai hujung kami tak jumpa apa2, melainkan jalan nak balik ke KL or gi Segamat. APE KE HEL nye ni yop!

Try tepon abang Atim, kot2 kali ni tepon kami diangkat.Alhamdulillah abang Atim pick up call!

sebenarnya sebelum ni kami dah dekat sangat ngan tempat dituju.

Pakcik n brother tadi saje je nak sabotaj kami. Kalau idak dah boleh sampai kat umah pengantin awal ckit la, dlm kul 2 camtu. Kami berpusing kat tempat yg sama lebih kurang 2 jam. Sib baik pengantin still berbaju molek lagi, sabar menunggu kedatangan housemate. Tapi takpe bukan kami jer yg sesat, ada lagi kawan2 pengantin sampai time yg same. hahaahaha


Berbalik kepada earth hour. Bagus gak kempen ni. Kenapa hanya buat setahun sekali? Relevan tak nak buat sebulan sekali?Klau kita serius, apa salahnya?

mahu kurangkan pemanasan global. Boleh jimatkan sehingga 10% dari kadar biasa!

Peranan kita sama2 lah jimatkan penggunaan elektrik!



Sabtu, 28 Mac 2009

tagged

wujudnya blog ni pun sekadar suka2, mengisi waktu lapang kalau lab work tak banyak. so kepada sesiapa yg tagged tu, gua berhutang dengan lu. Nanti ada masa terluang, gua layan tagged tu.

Jumaat, 27 Mac 2009

ada berani?

ternyata kamu tidak punya keberanian berhadapan dgn manusia sekecil aku. Aku bukannya sesiapa yg mampu merubah dunia tapi aku tahu kamu tak berani menghadapi realiti.

Selasa, 24 Mac 2009

KEBUN

kat sebelah ni pokok durian erk


banjaran titiwangsa
lawatan hujung minggu aku
round kebun



Ahad, 22 Mac 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

OK la kan, Dunia & akhirat kena balance! Semalam gi layan OIAM ngan adik aku. Hari ni belajar cara2 nak menguruskan jenazah.


Pucat sat muka dia masa practice mengkafankan

Ustazah diasak dgn pelbagai soalan









sempat posing masa rehat. undergrad tgh wat latihan. Aku memang suka amik gambor

Ustaz nak mula demo



Tima kasih Ustaz & Ustazah!




















Sabtu, 21 Mac 2009

OIAM


suasana dari belakang

vokalis COCO ...best giler!


yg beraksi di malam itu



Satu2nya peserta non malay!

Rabu, 18 Mac 2009

tagged

1. if someone says, "Will u marry me..." u say?
AKu tak MaraH -Arrow....HUHU

2. how would u describe urself?
Puisi Tentang Seseorang-Melly (Dian Sasterawardoyo)
ku lari ke hutan kemudian menyanyiku

3. what do u like in a girl / boy?
Si Gadis Ayu-Black Dog Bone..Adoi betoi nih!

4. how do u feel today?
Wajah siapa di hati -Azlina Aziz

5. what is ur life's purpose?
Makhluk Tuhan paling seksi-Mulan Jameela---Keje giler!

6. what is ur motto?
Kisah seorang Biduan-Dahlan Zainuddin

7. what do ur friends think of u?
Tulus - Radja

8. what do u think of ur parents?
Cinta -Kris Dayanti

9. what do u think about very often?
Untuk Pertama Kali-Kris patih

10. what is some good advice for me?
Suka Duka Kita - Spider

11. what do u think of ur best fren?
Kau atau Aku-Elyana

12. what do u think of the person u like?
matahari-agnes monica

13. what is ur life story?
dari kekasih kepada kekasih-hattan

14. what do u want to be when u grow up?
Bgaikan matahari-hujan

15. what do u think of when u see the person u like?
Hanya di radio-headwind...hanya di radio ku merasa perhubungan cinta...

16. what will u dance at ur wedding?
ayat-ayat cinta-rossa

17. what will they play at ur funeral?
Kasih tercipta -Faizal Tahir

18. what is ur hobby / interest?
Tak ada logika--agnes Monica

19. what is ur biggest fear?
Bertakhta di hati-farah diya

20. what is ur biggest secret?
Jatuh cinta lagi-matta

21. what do u think of ur friends?
Bila rindu bertandang lagi-hattan

22. what did u do last night?
Janji manismu-aishah

23. how would u describe ur mom?
Juwita- saleem iklim

24. what do people assume when then first look at me?
Bagaikan puteri-Farra...yg ni tak boleh bla

25. will I have a happy life?
Hampa-to'ki

Rabu, 11 Mac 2009

Cikgu paling brutal

Aku simpan buku sejarah Tingkatan 5 aku sampai sekarang. Dalam buku tu selain nota2 sejarah ada banyak DENDA yg aku kena tulis antaranya:

Kesalahan 1
SAYA BERJANJI TIDAK AKAN LUPA MEMAKAI PIN TUDUNG DI MASA AKAN DATANG 100X

Kesalahan 2
SAYA BERJANJI TIDAK AKAN MEMANJANGKAN CUTI SEKOLAH DI MASA AKAN DATANG 100 X

Kesalahan 3
SAYA BERJANJI TIDAK AKAN LUPA MEMBAWA BUKU SEJARAH DI MASA AKAN DATANG 100 X

Paling banyak aku kena kesalahan 1.
Tak terbilang bape kali aku kena denda tu. Saper yg denda aku?
Cikgu edi la
Orangnya sasa, aku yg keding ni, sekali dia tolak jer boleh patah bahu tau. Aku memang takut kat cikgu Edi ni. Takut tapi kenapa buat gak?
Macam ni, aku memang tak suka pakai pin tudung, alah yg kena cucuk kat bahagian tepi kepala tu. Salah cucuk bernanah rambut...hehehe.....
So aku hanya akan pakai sebelum cikgu edi masuk kelas. Pin tu memang sentiasa ada kat bawah meja dlm kelas. Macamne aku boleh kena denda? Abis tu, aku mana boleh dok diam, nak ke toilet la, g bilik guru hantar buku la.
Tetiba terberselisih dengan Cikgu Edi “ Pin tudung mana?”
Kantoi lagi, Ikut mood dia la nak soh aku tulis bape kali tapi maximum 200 x!
tapi aku tak serik2 gak...aku ulang gak kesalahan tu.
Memang ASYIK!

Kesalahan 2
korang paham2 la, budak hostel, kalo dapat peluang balik kampung memang sakan..

Kesalahan 3
Sekali jer aku buat. Nak MATI? Buat la lagi.Aku memang tak sengaja, tinggal atas katil kat hostel

Cikgu edi ni, pantang kat dia orang jalan seret kaki (jalan berbunyi) bila time dia mengajar. Sape yg buat hal jawabnya sama ada kena ketuk ketampi atau dia soh tawaf 7 x kelas yg dia tengah ajar. Kalau satu kelas yg lalu, maka penuhlah kelas aku yg memang dah sempit dgn bil 35 org tu.

Aku ni sejak dari menengah bawah lagi dah rabun. Tapi tak pakai cermin mata. Tak jadi masalah kat SMKJ sbb aku dok kat depan. Masa 5 awam 2, aku dok kat barisan 2 dari belakang. Masalah rabun aku memang menjadi-jadi. Tengah salin nota sejarah, aku mengecilkan anak mata sebab tak nampak tulisan Cikgu edi. Tengah dok leka mengecikkan anak mata terdengarlah suara garau yg amat ditakuti oleh pelajar SMTI.

“Suzana,” kecut perut aku ni beb. Tangan dia tuding kat aku dengan muka dia ala2 si Nazi Jerman tuh...
“Kamu kenapa pandang saya macam tu”
Pas tu aku tak ingat apa lagi yg dia cakap. Dalam hati aku, mampuslah aku kali ni. Dia bla pas ngajar.
Aku tak puas hati. Kelas tamat jer aku terus cari Cikgu Edi kat bilik guru. “Macam ni cikgu, saya rabun sebenarnya, tapi saya tak pakai cermin mata. Saya ...saya...”
“dah tau rabun, buatla cermin mata. Kamu dapat biasiswa tak?
“dapat cikgu”
“esok, minta kebenaran cikgu rahim , keluar outing tempah cermin mata”
“ok”
‘ dah, bla” katanya

Fehhh..lega giler
Loceng berbunyi, Cikgu Edi dah sedia menanti diluar kelas, sementara menanti Cikgu aisyah mengemas barang”
“Tima kasih Cikgu”!

Cikgu Edi masuk,belum sempat salam diberi,
“Suzana,tukar tempat ngan Farhana, Kalo tak nak dok depan, pakai cermin mata”
“Baik cikgu” jawab aku ringkas

Aku pun menempah la cermin mata. Powernya tak la banyak masa tu, dlm 1++.Dah makin tua ni, tak la bertambah banyak sangat.
Leceh la pakai spec ni, nak bersukan susah. RIMAS!
Sib bek sekarang ada contact lens. Tak la perasan sangat ketebalan kanta cermin mata aku.huhu

Jumaat, 6 Mac 2009

thanks ALLAH

Perasaan bercampur baur...yg pasti aku tersangat hepi.
Rasa lebih hebat dari jatuh cinta!
SYUKUR!
KAU mendengar doaku & kau memakbulkannya.
Orang yg tidak berdoa adalah mereka2 yg sombong.
Ayat ni kuar dari mulut Dr Izi kat Hot fm waktu aku drive nak balik dari lab.

So kawan2 jgn henti2 berdoa k

Isnin, 2 Mac 2009

tension!

tension yang amat sangat.
Rasa nak menangis tapi air mata aku tak mau keluar.
Rasa nak menjerit, tapi aku kehilangan suara
pada siapa harus aku muntahkan isi hati aku ni?
aku hanya budak hingusan yg korang boleh perbodohkan...
stop claiming here n there without knowing the cause of problem
do you really understand what 's going on?
are u really an engineer?
are u well trained?
are u really understand what happening?
to whom should I loud?
I am sick of this!
I am SICK!
i AM SICK!
I am SICK!