Sabtu, 11 April 2009

Ada apa dengan ROKOK?

eee geri betul aku tengok kotak rokok sekarang ni. Tujuan kerajaan buat macamni buat ape abang2?
strategi pemasaran....

banyak la korang nye cantik!
Aku memang alah ngan asap rokok. Umah kat kampung, takde sape berani merokok waima aku tahu adik aku si Tam tu agak kuat merokok. Sape2 dak lelaki yg tumpang keta aku, kalo g mana2 pun diharamkan merokok dlm abang ken kesayanganku. Bayangkan kwn2 lelaki dok 2-3 jam dlm keta (nak g kenduri kawin ke contohnya) terpaksala menyimpan hasrat.

" hang ni tak leh kompromi la nana"marah kawan aku

jawapan aku senang jer
" aku belum kawin lagi, kalo boleh nak la kawin dulu. aku tak nak la nanti bakal anak2 aku tu bermasalah bilamana dia baru mengenal dunia"

"nanti dapat suami lagi teruk ketagihan merokok ni, baru pada muka hang!"
"eleh, aku yakin sangat, aku tak bersuamikan heavy smoker macam hang" aku menempelak. Dalam ati aku berdoa Tuhan menemukan aku yg lelaki yg dapat membimbing aku di dunia & memudahkan perjalanan aku semasa di akhirat. Huhu

Apa yg ade dlm sebatang rokok?

Di antara kandungan asap rokok termasuklah
bahan radioaktif (polonium-201)
bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone)
pencuci lantai (ammonia)
ubat gegat (naphthalene)
racun serangga (DDT)
racun anai-anai (arsenic)
gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati

Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :-
Melahirkan bayi yang kurang berat badan
Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
Lebih terdedah kepada kanser
Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :-
Lebih mudah mendapat lelah
Mendapat jangkitan paru-paru
Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak?

Seorang teman telah menyiapkan tesis masternya & researchnya berkisar tentang drug addiction. An interesting finding ;)
ketagihan merokok ni sama jer ngan ketagihan dadah cuma ianya respond pada receptor yg berbeza. Ni aku kena citer lain coz aku tak bape ingat.

Maybe TPM kita boleh comment!

Nota kaki: Wes TPM, sambung PhD kat oversea la....
We will pray for u. Doakan saya sekali erk!

Tiada ulasan: