Rabu, 22 April 2009

Mental sekejap....

Sejak dari malam tadi, aku berjanji. Aku takkan memblog untuk hari ini!
Aku mahu fokus pada labwork, sesuatu yg penting pada aku saat ini. Tiada entri pagi, entri tenghari yg terisi, aku kopipes hasil kerjaku malam tadi, seperti biasa penyakit mata susah nak tutup menjadi2 malam tadi. ADOI!

Cuai, memang aku careless!Ternyata aku lalai. Aku beri 100% fokus, menganalisi data ditanganku. Aku bawa diri di ACE, dgn harapan aku boleh LAYAN. Rupa2nya aku perlukan teman untuk bantu, melihat yg aku tak nampak. Terima kasih teman.

Salah itu aku yg cari, di perli tapi belum lagi dimaki. Tapi aku sudah jadi MENTAL.Rasa mau saja aku terjun kolam, basahkan rambut & mandi. Pesan aku pada diri, minta tolong kawan untuk masukkan data. Mungkin tiba2 kau jadi buta warna, lalu abjad bertukar angka.

Alhamdulillah...
aku akui, aku belum sujud lagi, akan kulaksanakan bila aku boleh nanti. Tuhan, aku panjatkan syukur. Kau mendengar aku lagi & lagi.

Aku ingin sekali join amin & komuniti. Tapi aku tiada idea. Aku hilang rasa untuk bersuara kesan hentakan di hati.
ADOI

Tiada ulasan: