Isnin, 20 April 2009

senyum kelat si dara

Resam balik ke kampung, berkumpul beramai2, kebetulan berbincang akan majlis kenduri sepupuku yg bakal menjelang...aku tambah tension!

Soalan favorite pakcik & makcik yg caring...anak dara ni bila lagi?
Adoi...aku tak boleh lari, muka aku yg selalu merah bertambah merah!
kalian tolong fahami aku untuk 5 detik boleh tak?cukup 5 detik, aku tak minta lebih, sekali lagi 5 detik..
ibuku memandang, aku tahu dia faham yg tersirat disebalik senyum kelatku.
Terima kasih mak yg sangat memahami!

Dia selalu menjawab bagi pihakku. Dia selalu menyelamatkan aku.
Terima kasih sekali lagi ibu kesayanganku!

Aku bukan manusia kejam, menidakkan jika adikku ingin berumahtangga dahulu. Teruskan dgn niat sucimu.
Hey, aku tumpang hepi jika kalian hepi dgn pasangan masing2.

Aku minta kalian waktu & selepas detik itu, kalian ada hak ke atasku. Jika itu kalian fikir yg terbaik buatku, aku dengan lapang dada menerimanya. Aku masih menunggu gerangan putera itu melutut dihadapanku persis cerita dongeng hikayat raja2 dahulu.

Aku angau lagi....
aku tak suka bersendiri,lagi pula aku tahu aku akan layu & tidak sekuat aku.
tapi ditengah sesak manusia, jiwa aku tetap kosong
cuba berlapang dada, intai sini & sana

aku ditaman mencari tenang
kalut yg datang
mengarut!
Ketenangan air tasik buat aku jadi bertambah kacau.

Aku beradoi sekali lagi
Hepi tetap hepi
aku ada aku yg menyayangi aku & hidupku
aku ada aku yg kuat mempertahankan aku
aku ada aku yg sentiasa leka dengan urusanku
buat aku rasa selesa dengan diriku
buat aku gembira dgn hidupku
buat aku ketawa dgn peelku

Tiada ulasan: