Isnin, 13 April 2009

anak jin putih

Nakal aku masa Form 5 takla senakal aku masa Form 4.
Aku, Toyon, Akma & Farita duduk dalam dorm yg sama. Kami digelar anak Jin Putih. Seangkatan dgn kami ada Geng anak jin Hitam. Pelajar2 senior suka2 ati menggelarkan kami dgn nama begitu..ah ...Lantak arr
Kami memang sangat akrab. Semua benda kami share. Rasa kelakar sbb biskut kering pun dah dikira makanan paling sedap kat hostel. Lepas prep malam, balik ke dorm kami akan bancuh nescafe. Bukan dalam cawan tau tapi dalam mug besar yg dah macam manguk sup. Bancuh untuk 4 orang. Biskut kering cap mangkuk jadi hidangan menghilangkan kelaparan memandangkan makanan di dining yg tak boleh nak di makan langsung! Pastu mesti ada milo yg kami cicah. Mula2 rendam biskut dalam air nescafe, next step cicah dlm milo. Kecur lak air liur aku dibuatnya.
Patutnya kul 11 pm dah kena tutup lampu. Memang kul 11 lampu akan ditutup. Tapi 11 lebih ckit, lampu kami pasang semula. Takkan nak makan dalam gelap kot. Nak dijadikan cerita, satu malam kami kantoi. Tertangkap masa tengah syok jamu selera.
Warden yakni Cikgu Kamariah jerkah kami. Tolak tin biskut bawah katil & kami naik panjat katil. Pastu kami tukar strategi, makan biskut cicah milo kat belakang katil. Berbekalkan lampu suluh ..muahahahaha

Asyik citer bab nakal je ...aku nak citer benda baik pulak,Hi5 Emoticon

Lecehla, nak tak nak kena gak hadiri saringan menjadi imam aspuri. Wajib hadir. Nak cari pelapis bila senior dah keluar nanti. Kami diminta membaca surah2 lazim & ada soal jawab agama ckit2. Benda macam ni bukan boleh buat cincai, takkan aku nak baca surah dengan salah semata2 tak nak jadi imam kan?
Dan keputusannya 3 dari anak jin dilantik menjadi imam aspuri. Bukan senang wei....mula2 aku tolak pastu atas nasihat Kak Ct,aku bersetuju akhirnya. Nakal tetap nakal. Ala kami bukan kaco orang pun!

Tiada ulasan: