Rabu, 15 April 2009

Kadang2 aku fikir hidup ini tidak adil

kadang2 aku fikir, hidup ini tak adil

Aku bukan bosan dengan hidup aku. Pernah juga aku terfikir tak cukupkah apa yg aku miliki sekarang? Aku ada keluarga yg sentiasa memberi sokongan mahupun kasih sayang. Aku punya teman yg mampu berkongsi cerita.

Masa bekerja (dulu) di Melaka, ramai yg tak percaya aku masih single....

kakak2 yg prihatin melihat anak dara meningkat usia, punya kerjaya yg bagus (menurut mereka) ke hulu ke hilir bersendirian.

Teruk sangat ke kalau tak berboyfren ? So yg tolong mencarikan aku teman pun ramai...Tima kasih yer semua.

Realitinya pemuda diluar sana agak takut dgn wanita zaman sekarang. Aku tak nafikan mereka2 yg ada kualiti semua dah jadi milik orang. Takkan nak gi rapat2 ngan suami orang pulak...Cari nahas, nanti ada lak yg masuk paper kena kerat 21. Bikin panas satu malaysia.

Kalo ada pun, mereka tak berani nak dekat dengan kita. Takut kononnya taraf pendidikan berbeza. Alamak brother, come on la. Kalau you all ada daya usaha nak majukan diri, orang pompuan memang tak kisah. Point aku kat sini....takkan pompuan kena berhenti berusaha semata2 nak tunggu lelaki kejar mereka.

Tapi jangan la korang asyik nak melepak kat kedai kopi macam ahlil politik pastu balik rumah terus buat taik mata. Istri mana tak marah beb!

Pendapat kawan baik aku lagi (kawan baik aku ni lelaki)
Pompuan suka mengungkit. Betul ke?
Dia cakap lagi. Pompuan bila marah tak berfikir panjang. Ikut suka jer nak cakap ape. Pulak nanti terkeluar la isi hati yg dah lama terbuku pasal perkongsian hidup dimana istri byk jadi tukang support dari segi kewangan.
Kadang2 kata fahd ada betulnya....

Dia kata lagi, kalo dapat istri yg bekerjaya selalu kena makan kat luar.Dengan kata lain tak merasa air tangan istri.
Put the things this way...
kita sama2 penat bekerja, jangan nak harap istri dapat masak gulai kepala ikan waktu malam, tunggu la hari cuti. Kalo dia masak jgn la banyak komplen. Lagi cantek kalo korang tolong dia kat dapor, tolong kaco gulai pun dia dah rasa dihargai.
Masalahnya lelaki ni (bukan semua) suka dok melepak layan tv, istri ni terhegeh2 la kat dapur nak masak. Kalo ada anak pulak, tolong tengok2 kan anak pun dah cukup. Ingat tanggungjawab istri hanya melayan suami, yg lain sebenarnya tanggungjawab suami.
aku rasa ramai kakak/istri kat luar sana jealous ngan lelaki..aku pun sama!

Ok, kita tengok berapa ramai wanita bekerjaya mencecah usia 40 tahun tak berkahwin (aku belum termasuk lagi arrr).
Tak yah gi jauh2, dekat2 ngan aku ni pun ramai. Cukup melayu, cina india, semua antar satu wakil. Tuhan tak berlaku adil ke pada mereka ke? ...eee kalo tetiba la Tuhan panah petir kat aku...

Kata fahd lagi..hang memilih sangat..
Tak rasa ke memang kena pilih? Bukan yg teruk2 pun kami minta. Bukan yg kaya pun kami hajati....
cuma seorang suami yg dapat melindungi & membawa ke jalan yg diredhai.

2 ulasan:

DreamCatcher berkata...

n, saya sgt bersetuju!!! dilema ini juga menghantui saya! terima kasih kerana melatakkannya ketengah. (thank you for putting it on the table, ada betul ka itu ayat?)

n berkata...

kita sama2 berdoa yg terbaik ok?
AMIN