Khamis, 9 April 2009

SERAM

"Akak g lab tak malam ni?"
"G pas makan,ingat nak g jap,awat?
"Su nak ikut akak la"
Aku ok jer, atleast takde la aku takut sangat & tergesa2 nak balik awal. Sampai kat lab aku pun start la buat keje.Si Su dari tadi tengok je la apa yg aku buat, nak tolong tak pandai katanya. Tapi minat di bidang sains memang mdalam.

"Su, jom kita g lab bawah"
aku pun angkut beg aku yg berisi laptop & jurnal2 yg jarang sangat aku ulang baca. Sampai kat bawah, aku pun tengok la hasil yg aku perolehi..alamak separation tak bagus lagi...apa nak buat erk? Mulut aku membebel mcm2 ngan Su, walaupun dia tak paham masalah aku, tapi aku buat2 macam dia faham. Tengah syok2 ngadap HPLC, aku perasan Su tak menyahut pun bila aku panggil nama dia. Aku toleh kat dia yg berada di belakang aku waktu tu. Asal dia ni, senyap jer? Mata dia fokus pada satu arah...Sahla dia da nampak.
Aku nak bagitau yg Su ada kelebihan, dia bole nampak apa yg kita tak nampak. Aku malas lagi nak tanya, kang aku yg kecut perut.
Aku ajak Su balik, jam dah menghampiri kul 12 malam. dalam keta aku terus tanya kat Su apa g dia nampak..."saya nampak dia kuar tadi" jelas Su lagi

Adoi, aku ingat lab tu clear. Kat lab aku di bhgn blkg tu, aku penah kena sekali. Aku memang tak nampak, tapi orang kata kalau tengkuk meremang, tandanya....
Aku sampai pucat lesi dibuatnya. Nasib baik Akmal ada. Aku berlari mendapatkan Akmal kat lab bawah masa tu. Rekod tok ari tu, aku balik ke rumah kul 5 pagi. Pasalnya takut nak drive balik.

Aku dah lama perasan yg aku ni PENAKUT. Nak kata selalu disogokkan dgn citer2 hantu, tak jugak. Bila aku pk kelakar gak kalo aku balik kampung time malam, abah aku kena tunggu kat simpang traffic light. Jalan masuk menuju ke rumah aku memang gelap!
Benda jadi kalut, time abah aku amik aku ngan motor. Tu takpe lagi, mungkin dia malas nak bawa keta dia tu....Siap pakai jubah putih...alahai abah, kalo yer pun dari masjid, tukarlah dulu baju tu.abah kan tau anak abah ni mcm ne.

Kalo tengok dari lahiriah aku, memang aku ni nampak brutal...tapi aku akui aku seorang yg penakut!

2 ulasan:

Just^me berkata...

eh kiter pun pernah la kat lab bawah tuh..meremang bulu roma tau! macam ada orang tgk kat belakang...buat tak tau ajer...tapi lama2 takottt!!! aper lagiiii cabuttttttt!!!!!!!!!!!

n berkata...

CABUT!!!!!!!!