Memaparkan catatan dengan label Perihal cikgu-cikgi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perihal cikgu-cikgi. Papar semua catatan

Rabu, 17 Jun 2009

Dibuang asrama? betul la cikgu rahim nih...

Kurang asam punya Cikgu Rahim, aku & geng tak dapat stay kat asrama untuk sesi 98 sbb ada rekod jenayah la kununya. Alah bukan buat apa pun, fly kat Padang Polo pekena taufu fa semangkuk, curi2 keluar town menyelinap dalam keta si Ayie.Apa la sangat. Paling aku tak boleh lupa, menyebabkan senior aku, Suzana (sama cam nama aku) masuk wad, siap nenoneno ambulans datang sebab sesak nafas pas bertikam lidah ngan aku, akma, farita & toyon. gelabah dia kena serang sorang2. ada geng kau berani la nak kenakan kami kan.
yg benarnya dia mmg tak sihat, kebetulan lak kami datang dengan kepala tengah berangin.
Senior sekolah teknik esp geng G7 memang aku sangat menyampah sampai sekarang. Aku bukan takat kena suluh (standard la kan, senior tutup lampu, pastu suluh muka junior sorang2), aku, akma, toyon & farita la yg kena masa kat dorm D4 (nama dorm aku tak ingat). lepas kena suluh, aku rasa, kami tambah berhantu lagi adalah. suka2 main tuduh kami buat perkara yg kami tak buat, apa lagi, alang2 orang dah tuduh, kami buat betul.

Bercerita pasal tak dapat asrama ni, aku pun buat la rayuan. "sila bawa mak & ayah awak sekali" pesan cikgu dlm telipon
memang dia nak kenakan aku. paling aku sedih sampai mak aku terpaksa merayu kat cikgu rahim. waktu tu aku rasa sangat bersalah pada mak aku. tapi betul, senarai kesalahan2 aku tu ada satu jer yg betul, yg lain semua rekaan cikgu @ senior. aku nampak cikgu rahim tu kecik jer kat depan aku. dia dah la memang pendek, jadi tambah ketot time aku tengah panas. Tapi aku memang bertegas depan mak aku, yg aku cuma buat satu kesalahan jer, yg lain2 semua tuduhan tak berasas.

Untuk kawal aku kononya, aku dilantik jadi pengawas asrama oleh Cikgu Aisyah. Alhamdulillah aku ok cikit. Aku tolong cover kawan2 aku yg lain. kalau dema fly, aku cover line. Alah takat gi padang polo layan taufu fa or rileks tengok orang jogging, bukan masalah besarpun. Budak asrama mana boleh pakai jeans kan, aku antara yg suka2 hati pakai g prep. Bertembung dengan ali kuti...j dia egil biji mata kat aku, aku pandang dia balik. Aik takkan nak soh aku bukak jeans depan dia kot, aku lapor sebagai gangguan sexual baru tau. Jeans ni la yg dirotate pakai oleh marziah & arwah nad time nak outing haram.

cikgu rahim ni penah menyebabkan aku pakai helmet. bukan helmet biasa. Benda yg aku panggil helmet ni gunanya untuk timbang pasir, simen & bata masa kelas kejuruteraan awam. Bentuk dia macam penimbang baby kat klinik.
Ikut mood cikgu rahim la kan, time kelas awam, sape yg tertido dlm kelas akan kena hukum. Boleh la plak, time aku mood dia mood nak pakaikan orang helmet.tengah layan senggok, dia datang bawah benda jadah tu, cet...satu jam aku pakai helmet. mati kena gelak ngan kawan2 aku. Aku menyumpah2 sampai ada rasa nak gi buat dajal kat dia, tapi aku kawal diri aku.
Bila aku teringat citer helmet ni, aku gila rasa nak baling ojet ngan benda jadah tu, dema tekan2 perut ketawakan aku. Bengong punya kawan. Dema dah cuba cuit2 kaki aku, tapi aku syok sangat layan ngantok.

Bayangkan kelas awam 2 jam, tengahari lak tu, bengkel awam tu lak panas nak mampus, mana mahunya nak belajar...cewah...alasan!

anyway cikgu rahim ...gua hargai setiap pengajaran cikgu walaupun gua sekarang bukan di aliran awam. atleast dengan pengetahuan gua selama 2 tahun belajar awam di sekolah, gua berjaya mengaplikasi pembinaan rumah gua dengan ilmu yg ada dlm buku awam. kalikasyen gua buat sendiri tau. Nilai estetika ada kat rumah abah gua yg gua bina. Gua sempat jadi buruh binaan nak pastikan pembinaan mengikut spesifikasi.

Sabtu, 16 Mei 2009

Terima kasih cikgu

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

USMAN AWANG1979

Terima kasih cikgu
Sek Keb Behrang
Sek Men Khir Johari Tg Malim
Sek Men Teknk Brash
Matrikulasi Kolej Taj
UPM
UiTM what next?

Ahad, 10 Mei 2009

selamat hari ibu....emak!

Selamat hari ibu..mak

"Sayalah permata anak kesayangan
kebanggaan ayah & ibu
saya dibesarkan dengar kasih sayang
hanya yg terbaik untukku
menjadi harapan dimasa hadapan
sayalah anak yang cemerlang"

Aku perlukan masa nak menulis untuk mak aku. Terlampau banyak, dah 27 tahun & aku mula buat perangai sejak dari dalam kandungan & baru sekejab tadi mak bercerita tentang keletah aku yang....perg.susah nak descriebe. Memang teruk.She's everything!
Tak terbalas segala jasa & pengorbanannya

Orait, pada student teknik brash sesi 97-98, lagu nespray di atas adalah lagu wajib dinyanyikan sewaktu perhimpunan selain lagu sekolah, negaraku & negeri perak. Teringat aku pada Cikgu Rahim yang katik. Aku terlalu menghargai kenangan aku yg lama, dah tak boleh nak patah masa "andai dapat kuundurkan putaran dunia, akan kuubah semua, kata2 & tingkah lakuku"

Selasa, 28 April 2009

Cikgu....

Mengajar...maksud aku pagi2 ke sekolah. Bukan belajar tapi mengajar.
Menarik bunyinya, pergi awal pagi & balik tengahari.
Pengalaman aku mengajar di sekolah dimana aku mula mengenal huruf, memang mengujakan. Budak2 memang jujur.

"Cikgu, saya tak suka cikgu pakai tudung macam ni" Aik?i kecik2 lagi dah pandai komplen.
Bukan, mereka berlaku jujur, jujur pada aku. Kejujuran itu berkurangan bila dewasa.

"Cikgu, nak lukis gambar apa minggu ni " Aku senyum lagi. Mereka perlu diberi tunjuk ajar. Mereka juga ingin berjaya. Mereka perlu diberi suntikan semangat agar dapat mengubah nasib keluarga. Mereka bukan tidak pandai, mungkin ada yg kurang berkeyakinan, bukannya apa mereka masih malu. Takut digelakkan.

"Cikgu, minggu ni kita main rounders boleh?"
Ramai yg berbakat terutama anak orang asli. Berlari mak ai memang laju! Tapi ramai sangat yg malu2. Aku seronok melihat satu komuniti anak orang asli.Mungkin aku anak tempatan, so tak hairan sangat melihat pelajar orang asli yg comot. Bukan semua.Mereka ada yg berjaya. Masih teringat rakan sekelasku pernah ditanya'

"Fauzi kamu nak jadi apa?"
"Saya nak jadi KOMUNIS"
Pengaruh tv ! memang waktu aku di darjah 5&6 , kat tv banyak sangat ditayangkan cerita2 sejarah masa zaman omputeh & komunis masuk malaya.

"Cikgu,macammana nak kira ni?"
Mereka kebanyakannya tak faham konsep. Bahasa isu kedua. Aku perhatikan guru cuba explain dalam bahasa melayu kalau murid tak faham. Mereka tidak berterus-terusan dl loghat inggeris jika mulut anak murid ternganga. Aku tak nafikan ppsmi myebabkan kemorosotan pelajar. Melihat dari sudut positif, secara peribadi aku bersetuju ppsmi. Biar senang mereka dah besar nanti untuk berinteraksi. Jangan bahasa dijadikan alasan untuk anak melayu malu ke hadapan. Tanyalah pada rakan2ku yg mengalami, berpeluh mendefence diri sendiri.

Ke pusat tuisyen pula, kali ni mengajar anak2 remaja.
Keterujaan mereka bersifat lain pula.

"Cikgu, hidup di kampus seronok tak?"
Biar betul budak2 ni. Argh aku pun pernah begitu. Teruja nak masuk u lepas tengok cerita ALI SETAN. Beri mereka cerita2 menarik lepas habis belajar. Masa hadapan mereka jika berusaha juga nasihat2 berguna. Kawan bagaimana yg patut mereka dekati.

"Cikgu, orang kata aliran sains senang dapat kerja, betul ke?
ADOI...Rasa macam nak tumpang, pengsan & tenggelam.
Buat kerana minat & bukan kerana ganjaran yg tak tentu boleh dimiliki. Katakan pada mereka tak mustahil kau akan bertukar bidang, tapi pastikan apa yg kau ingini dalam hidup & kau akan temui kebahagiaan & kejayaan.

"Cikgu, takut la nanti separuh jalan dah kena tendang. Malu satu kampung wooo".
Ni satu lagi. Belum cuba lagi, dah ngaku kalah. Katakan pada mereka, hanya usaha membezakan seseorang (dari segi pelajaran, iman di sisi Tuhan). Semua bermula dari kosong & kau punya 3 tahun untuk berusaha, jangan tunggu di tahun akhir, melangkah saja di kampus, kau terus kena berusaha. Ada mereka yg sangat handal SPM nya masih boleh dikalahkan jika kau berusaha.

Katakan pada mereka yg indah2 agar mereka bersemangat & terus berusaha.
Yang pahit akan mereka tempuh sendiri.

Isnin, 13 April 2009

anak jin putih

Nakal aku masa Form 5 takla senakal aku masa Form 4.
Aku, Toyon, Akma & Farita duduk dalam dorm yg sama. Kami digelar anak Jin Putih. Seangkatan dgn kami ada Geng anak jin Hitam. Pelajar2 senior suka2 ati menggelarkan kami dgn nama begitu..ah ...Lantak arr
Kami memang sangat akrab. Semua benda kami share. Rasa kelakar sbb biskut kering pun dah dikira makanan paling sedap kat hostel. Lepas prep malam, balik ke dorm kami akan bancuh nescafe. Bukan dalam cawan tau tapi dalam mug besar yg dah macam manguk sup. Bancuh untuk 4 orang. Biskut kering cap mangkuk jadi hidangan menghilangkan kelaparan memandangkan makanan di dining yg tak boleh nak di makan langsung! Pastu mesti ada milo yg kami cicah. Mula2 rendam biskut dalam air nescafe, next step cicah dlm milo. Kecur lak air liur aku dibuatnya.
Patutnya kul 11 pm dah kena tutup lampu. Memang kul 11 lampu akan ditutup. Tapi 11 lebih ckit, lampu kami pasang semula. Takkan nak makan dalam gelap kot. Nak dijadikan cerita, satu malam kami kantoi. Tertangkap masa tengah syok jamu selera.
Warden yakni Cikgu Kamariah jerkah kami. Tolak tin biskut bawah katil & kami naik panjat katil. Pastu kami tukar strategi, makan biskut cicah milo kat belakang katil. Berbekalkan lampu suluh ..muahahahaha

Asyik citer bab nakal je ...aku nak citer benda baik pulak,Hi5 Emoticon

Lecehla, nak tak nak kena gak hadiri saringan menjadi imam aspuri. Wajib hadir. Nak cari pelapis bila senior dah keluar nanti. Kami diminta membaca surah2 lazim & ada soal jawab agama ckit2. Benda macam ni bukan boleh buat cincai, takkan aku nak baca surah dengan salah semata2 tak nak jadi imam kan?
Dan keputusannya 3 dari anak jin dilantik menjadi imam aspuri. Bukan senang wei....mula2 aku tolak pastu atas nasihat Kak Ct,aku bersetuju akhirnya. Nakal tetap nakal. Ala kami bukan kaco orang pun!

Ahad, 12 April 2009

Larian paling UMMPH

“Aik, bukan semalam pun u join ke?”ujar Cikgu Tan
“Mana ada cikgu, orang lain kot” ujarku. Macam la Cikgu Tan tak cam muka aku ni. Aku buat muka selamba naik atas bas sekolah. Yeye !ari ni tak yah prep!

Korea lawan Msia..Hoki Piala Sultan Azlan Shah.

“KOREA..KOREA...KOREA”
kami mengajuk penyokong2 Korea bersorak. Aku bukan minat hoki pun, saje malas nak g prep. Ari ni takyah gi latihan umah sukan. Boring la arini nye acara, lempar cakera. Mana maunye aku nak lempar benda tu....tu yg satu lagi kena baling pakai bole keras , pastu letak bawah dagu & humban ke depan. Adoi...Kesian la kat aku, mana laratnya Yop!

Rileks..... minggu lepas Cikgu Edi jaga, arini sure Cikgu Aisyah...tak la takut gua nak monteng.

Masa dlm bas aku dok usha kawan aku main mata ngan si Acob..
“weh, dah arr tu...kang orang perasan, baru tau”
“hehe...kawan aku tu menyerongen jer

Aku pun tak ingat Msia menang ke kalah. Mana idaknya kami hanya mengajuk penyokong Korea yg kecik2 menjerit2 (Ayah dema tengah main kot). Dah ramai sangat orang sokong Msia, bia aku ngan geng aku tolong meriahkan penyokong Korea. Dak Ala yg jadi tekong sorak.

Esoknya masa perhimpunan pagi
“Nama2 berikut sila tunggu di sini, Cikgu Edi ingin berjumpa”.
“Habis kita Roha, classmate merangkap rakan sebilik (shhhhh aku special case ckit, satu bilik 3 orang jer. Aku , maisarah (budak paling baik kat SMTI) & Roha.

Kenapa aku dok ngan budak2 baik?
Hah jawapannya akan datang....

"Lari 10 pusingan padang, "CEPAT...jerit Cikgu Edi.
Dengan baju sekolahnya, rumput padang mak ai, punyalah panjang.
Nak tak nak,kena lari gak...Cikgu Edi tercegat tepi padang. Bila lalu sebelah Cikgu Tan...
“hah, kan dah kena”
“Rezeki jangan ditolak Cikgu”

Wei, baru 3 ni, aku tak larat dah. Tak breakfast pagi tadi. Alasan aku la tuh....

Bila nampak jer kelibat cikgu Edi bla, aku pakat berhenti lari....lenggang kangkung. Syok layan tengok orang kat padang Polo jogging..tengah aku layan tengok auntie buat tai-chi kat padang Polo..tiba- tiba daaa

“Suzana ....,tambah lagi 5 pusingan”
“apa ni cikgu, dah takde daya dah ni”
Berani ke aku cakap macam tu? Senyum kelat, tambah la lagi 5...
BENGONG@#$%^&&%#@!

Note: Sekolah aku terletak bersebelahan Padang Polo kat Ipoh. Tempat orang jogging. Belah kiri sekolah aku Sekolah Agama Izzudin Shah. Jalan ke depan ckit korang boleh jumpa Sekolah STAR

Kat kelas gua paling BODO...

Markah ujian bulanan geografi dah kuar. Aku rileks jer. Penuh yakin kurang2 boleh dapat 6/10. Konpiden giler. Kami beratur sementara menanti rakan2 lain yg tengah ikat tali kasut kat luar surau.Dak lelaki dah naik atas dah.
“Ko rasa ko dapat bepe” Azila kawan baikku bertanya
“Lulus kot” aku tersenyum. Aku takde lah pandai mana. Masa tingkatan 3 biasanya kedudukan aku top 5 kat keseluruhan tingkatan. Tingkatan 1 & 2 top 10 je.

Alah sekolah kat pekan kecil. Budak pandai2 semua dah dapat masuk boarding skool.

Sesampainya kat kelas, budak2 lelaki berkerumun kat papan putih. Bila pelajar pompuan masuk semua dok kat tempat masing2. Yg berbulunya dema gelak2. Sod, Dayat, Mayor, Fairus , Nizam...sapa lagi erk?...

Ada satu kertas tertampal kat papan putih....
Oo kertas soalan hari tu...aku rileks lagi...”Hang dapat bape Nikma?”

“80%. Ngko?”
Entah takde pun ape2 kertas atas meja aku. Semua orang tengah excited ngan markah masing2. Yang kat depan tu, markah jawapan saper?. Aku pun menuju ke papan putih.

Bodoh nyer budak laki..kertas jawapan aku rupanya. Aku amik kertas tu..

HUWAAAAAAAAAAAAA

0%

takde satu pun jawapan aku yg betoi.
MENTAL gua beb!

Adoi, malu tak tau nak cakap arrr..Si Nizam memang syok gelak guling2 kat aku.


BODOH...BODOH ....BODOH....
Memang hang bodoh...sape soh tak study?
Hohoho

PMR gua, gua dapat la gak byk A ;)

Geografi adalah antaranya

Nota kaki: Sat g nak ke OU.
Make over FREE babeh!

Sabtu, 11 April 2009

nakal 2-pengawas asrama yg hampeh

aku macam dah ulang jer diolog kat bawah, tapi takpelah janji aku enjoy, blog aku kan ;)

“Suzana, tak pergi prep lagi!”
“Nak gi la ni mama! Jerit aku kuat.
Confirm dia kat cermin tingkap tengah monitor pelajar aspuri yg masih terhegeh2 kat koridor. Aku masih dalam bilik lagi, baju sekolah pun tak tukar lagi.
Masa dia jerit, aku kena jawab sebabnya nanti dia tau aku tengah layan tido. Suara halilintar dia tu, boleh mengejutkan aku dari tido & automatik aku akan menjawab. Tindakan refleks.
“Lutfi...belum sempat habis nama penuh Lutfiyah dipanggil, Lut dah jawab.
“Tengah pakai kasut mama” huh tu jawapan biasa Lut
Jom..bersiap ala kadar, kami lepak sat kat tangga aspuri...Tengah dok sembang2
“Tak pergi prep lagi!” Alamak kantoi
“kami nak pastikan, semua dah g prep mama” menggunakan jawatan sebagai pengawas asrama sebagai alasan menyelamatkan diri. Padahal yg lain dah lama bla
“dah...dah pergi masuk kelas” dihalaunya kami macam kambing, tu biasa ;)

Tu baru segelintir episod kehidupan aku di sekolah teknik. Belum lagi geng2 aku gam kasut mama Rem sempena April Fool, havoc satu sekolah, Bikin panas la ini mama!

Mama Rem a.k.a Puan Ramlah, mengajar subjek Bahasa Inggeris. Orangya rendah & berisi. Pakar buat kuih kek, kalo nak merasa kuih, jet ckit dia je. Dalam kelas tak yah cakap ar. Kelas selang 5 buah pun boleh dengar dia marah kami.
Penah beberapa kali, buku karangan aku melayang..apa hal? Gatal tulis pakai pen hitam tu kenapa? Terkedek2 la aku kutip buku aku, jawabnya tak bersemak la buku aku.

Mama Ram ada masalah dengan mata dia. Cermin mata dia memang tebal la. Kalo semak buku karangan siap pakai kanta pembesar. Sori la mama, dah half way wat karangan, malas nak tukar pen.Huhu

Khamis, 9 April 2009

KUNJI

Mengajar matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Apa yg menariknya tentang cikgu ni? 1st time aku masuk sekolah teknik ipoh, waktu berselisih dgn dia aku mengucapkan “Selamat pagi Cikgu”. Yelah nama dia KUNJI...betoi KUNJI..unik kan?
Dia jawab” waalaikum salam”.
Aku malu2 biawak . Huh dah terkena ...Islam rupanya. Kejadian berlaku 11 tahun yg lepas, waktu tu aku berada di tingkatan 4.
Tak cukup menarik lagi? Biar aku describe bagaimana orangnya.. Rambut kerinting mcm tak bersikat. Cikgu kena smart kan? Dia adalah sebaliknya, maksud aku rambut, pakaian dia tetap kemas...cool... Alasan dia kuat untuk berfesyen begitu, sebab rambut dia original. Cuma dibiarkan agak panjang. Orangnya sekitar 170 cm, berkulit agak gelap. Muka tak macam Melayu, macam India sangat pun tak gak. Matanya ke dalam, pandang orang macam takde perasaan. Telinga standard, tak capang macam Nabil. Mulut dia kecik, ye ke? Aku lupa lak.....Aku konpius la bab hidung ni, rasanya tak mcm hidung jambu air aku nih, Itu confirm!
Kening lentik ke atas, kira macam pompuan berpantih la.
Satu2nya cikgu yg takkan pakai tali leher pada ari Isnin, waktu perhimpunan. Dia buat selamba dia jer. Hampir lupa lak, dia berkaca mata, tak berbingkai. Ala gaya budak pandai! Kalau diperhatikan, sebagai cikgu lukisan kejuruteraan, dalam poket kemeja dia mestia ada atleast pen tak pun bawa pembaris besar tu kan? Nak tau apa yg ada dalam poket baju dia? BERUS GIGI!.
Kebiasaan pada Cikgu Kunji ni untuk gosok gg lepas makan. Aku ni memang nakal ckit, penah satu hari follow dia dari kantin terus ke bilik guru. SAH cikgu terus gosok gigi. Gigi dia takyah citer arr..Putih tersusun.
Form 5 dia ngajar aku. Kalo tak silap aku, dia ni cakap slow jer, so bila dia ngajor kena la pasang telinga ckit. Malangnya aku tak bape pandai lukisan kejut ni, bagi aku menconteng aku ok la. Bab2 nak imagine ni...huh..lemah otak ckit!
Agaknya dia masih di SMTI ke?Nanti aku periksa
Arh kenangan memang tak boleh dibeli! Sorila cikgu saya terus berubah aliran selepas tu. Kejut (merujuk kpd kejuruteraan) memang bukan jiwa saya...;)

Rabu, 11 Mac 2009

Cikgu paling brutal

Aku simpan buku sejarah Tingkatan 5 aku sampai sekarang. Dalam buku tu selain nota2 sejarah ada banyak DENDA yg aku kena tulis antaranya:

Kesalahan 1
SAYA BERJANJI TIDAK AKAN LUPA MEMAKAI PIN TUDUNG DI MASA AKAN DATANG 100X

Kesalahan 2
SAYA BERJANJI TIDAK AKAN MEMANJANGKAN CUTI SEKOLAH DI MASA AKAN DATANG 100 X

Kesalahan 3
SAYA BERJANJI TIDAK AKAN LUPA MEMBAWA BUKU SEJARAH DI MASA AKAN DATANG 100 X

Paling banyak aku kena kesalahan 1.
Tak terbilang bape kali aku kena denda tu. Saper yg denda aku?
Cikgu edi la
Orangnya sasa, aku yg keding ni, sekali dia tolak jer boleh patah bahu tau. Aku memang takut kat cikgu Edi ni. Takut tapi kenapa buat gak?
Macam ni, aku memang tak suka pakai pin tudung, alah yg kena cucuk kat bahagian tepi kepala tu. Salah cucuk bernanah rambut...hehehe.....
So aku hanya akan pakai sebelum cikgu edi masuk kelas. Pin tu memang sentiasa ada kat bawah meja dlm kelas. Macamne aku boleh kena denda? Abis tu, aku mana boleh dok diam, nak ke toilet la, g bilik guru hantar buku la.
Tetiba terberselisih dengan Cikgu Edi “ Pin tudung mana?”
Kantoi lagi, Ikut mood dia la nak soh aku tulis bape kali tapi maximum 200 x!
tapi aku tak serik2 gak...aku ulang gak kesalahan tu.
Memang ASYIK!

Kesalahan 2
korang paham2 la, budak hostel, kalo dapat peluang balik kampung memang sakan..

Kesalahan 3
Sekali jer aku buat. Nak MATI? Buat la lagi.Aku memang tak sengaja, tinggal atas katil kat hostel

Cikgu edi ni, pantang kat dia orang jalan seret kaki (jalan berbunyi) bila time dia mengajar. Sape yg buat hal jawabnya sama ada kena ketuk ketampi atau dia soh tawaf 7 x kelas yg dia tengah ajar. Kalau satu kelas yg lalu, maka penuhlah kelas aku yg memang dah sempit dgn bil 35 org tu.

Aku ni sejak dari menengah bawah lagi dah rabun. Tapi tak pakai cermin mata. Tak jadi masalah kat SMKJ sbb aku dok kat depan. Masa 5 awam 2, aku dok kat barisan 2 dari belakang. Masalah rabun aku memang menjadi-jadi. Tengah salin nota sejarah, aku mengecilkan anak mata sebab tak nampak tulisan Cikgu edi. Tengah dok leka mengecikkan anak mata terdengarlah suara garau yg amat ditakuti oleh pelajar SMTI.

“Suzana,” kecut perut aku ni beb. Tangan dia tuding kat aku dengan muka dia ala2 si Nazi Jerman tuh...
“Kamu kenapa pandang saya macam tu”
Pas tu aku tak ingat apa lagi yg dia cakap. Dalam hati aku, mampuslah aku kali ni. Dia bla pas ngajar.
Aku tak puas hati. Kelas tamat jer aku terus cari Cikgu Edi kat bilik guru. “Macam ni cikgu, saya rabun sebenarnya, tapi saya tak pakai cermin mata. Saya ...saya...”
“dah tau rabun, buatla cermin mata. Kamu dapat biasiswa tak?
“dapat cikgu”
“esok, minta kebenaran cikgu rahim , keluar outing tempah cermin mata”
“ok”
‘ dah, bla” katanya

Fehhh..lega giler
Loceng berbunyi, Cikgu Edi dah sedia menanti diluar kelas, sementara menanti Cikgu aisyah mengemas barang”
“Tima kasih Cikgu”!

Cikgu Edi masuk,belum sempat salam diberi,
“Suzana,tukar tempat ngan Farhana, Kalo tak nak dok depan, pakai cermin mata”
“Baik cikgu” jawab aku ringkas

Aku pun menempah la cermin mata. Powernya tak la banyak masa tu, dlm 1++.Dah makin tua ni, tak la bertambah banyak sangat.
Leceh la pakai spec ni, nak bersukan susah. RIMAS!
Sib bek sekarang ada contact lens. Tak la perasan sangat ketebalan kanta cermin mata aku.huhu

Rabu, 6 Ogos 2008

nakal-pengawas yg hampeh!

ni babak satu, bab 2 menyusul
cakap pasa nakal ni, teringat kenakalan waktu zaman sekolah...masih terniang2 suara mama Rem (warden aspuri), teriak dekat aku " suzana tido lagi!!!!!!!aku akan menjawab "nak pergi la ni" walaupun hakikatnya aku masih atas katil layan ngantok.Rakan seangkatan adalah Lutfiyah(apa khabar la agaknya minah tu?)...sarung tudung n turun prep.biasanya bawa satu buku jer.sampai kelas nti aku dok lepak, conteng2 kertas.cukup time aku balik...Bab main petang, aku suka giler.kalo tak lenjun baju, memang tak sah! To be honest, aku menyesal masuk sekolah teknik, bukan sekolah tu tak bagus, tapi aku makin leka masa kat sekolah tu.aku bukan pelajar bijak pun, tapi aku rasa, aku agak rajin.but everything change bila aku sampai kat sekolah tu. Result aku amat teruk, tu belum citer bab kena buang hostel lagi...tima kasih cikgu rahim, bagi aku peluang dok asrama lagi. Mana taknya, aku telah memalukan mak aku. mak dipanggil ke sekolah atas alasan aku langgar peraturan. Nana tak berniat nak buat semua tu...nana menyesal. Dek kerana otak agak tak bape bagus, aku amik masa nak catch up apa yg aku belajar masa kat tingkatan 4. Result SPM pun tak bape nak bagus.Aku sambung Matrik, pastu wat Biochem kat UPM..percaya atau tak aku tetap lalai...masa dh keje baru penyesalan tu datang. Tapi aku bersyukur kerana aku masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri.moga ari esok akan lebih cerah untuk aku dan kalian semua....