Isnin, 20 April 2009

Terima kasih sahabat!

aku menoleh ke belakang, rupanya aku sukakan pujian

Mahu dipuji atau dicaci?

Aku memilih untuk dipuji. Aku jadi lebih bermotivasi bila bekas boss aku menampal kertas kecil disertakan dgn "good job" pada laporan analisisku. Hilang penat 12 jam bekerja.Bukan pujian yg aku harapkan cuma secebis penghargaan. Betapa aku lelah dgn peelnya.argh memang tak terkata....

Biarkan jika dia sekadar mengambil hatiku kerna dia telah mencuri masa senggangku. Aku maafkan dia.

Mungkin lelaki itu manis mulutnya. Mungkin dia seenaknya berkata2.

Aku kesal tidak berkongsi duka, atau mungkin dia tahu aku begini orangnya

"sikap kamu yg sebegini bisa merosakkan nama baikmu"

aku takkan pamerkan kebodohan pada mereka yg tidak cerdik akal

Tuhan membutakan hatinya, lantaran air suci tidak pernah singgah di anggota badannya.

Hanya pada Maria aku berkongsi cerita. Dia ada waktu aku gundah gulana. Dia disisiku bertukar cerita. Terima kasih sahabat!

Tiada ulasan: