Sabtu, 11 April 2009

nakal 2-pengawas asrama yg hampeh

aku macam dah ulang jer diolog kat bawah, tapi takpelah janji aku enjoy, blog aku kan ;)

“Suzana, tak pergi prep lagi!”
“Nak gi la ni mama! Jerit aku kuat.
Confirm dia kat cermin tingkap tengah monitor pelajar aspuri yg masih terhegeh2 kat koridor. Aku masih dalam bilik lagi, baju sekolah pun tak tukar lagi.
Masa dia jerit, aku kena jawab sebabnya nanti dia tau aku tengah layan tido. Suara halilintar dia tu, boleh mengejutkan aku dari tido & automatik aku akan menjawab. Tindakan refleks.
“Lutfi...belum sempat habis nama penuh Lutfiyah dipanggil, Lut dah jawab.
“Tengah pakai kasut mama” huh tu jawapan biasa Lut
Jom..bersiap ala kadar, kami lepak sat kat tangga aspuri...Tengah dok sembang2
“Tak pergi prep lagi!” Alamak kantoi
“kami nak pastikan, semua dah g prep mama” menggunakan jawatan sebagai pengawas asrama sebagai alasan menyelamatkan diri. Padahal yg lain dah lama bla
“dah...dah pergi masuk kelas” dihalaunya kami macam kambing, tu biasa ;)

Tu baru segelintir episod kehidupan aku di sekolah teknik. Belum lagi geng2 aku gam kasut mama Rem sempena April Fool, havoc satu sekolah, Bikin panas la ini mama!

Mama Rem a.k.a Puan Ramlah, mengajar subjek Bahasa Inggeris. Orangya rendah & berisi. Pakar buat kuih kek, kalo nak merasa kuih, jet ckit dia je. Dalam kelas tak yah cakap ar. Kelas selang 5 buah pun boleh dengar dia marah kami.
Penah beberapa kali, buku karangan aku melayang..apa hal? Gatal tulis pakai pen hitam tu kenapa? Terkedek2 la aku kutip buku aku, jawabnya tak bersemak la buku aku.

Mama Ram ada masalah dengan mata dia. Cermin mata dia memang tebal la. Kalo semak buku karangan siap pakai kanta pembesar. Sori la mama, dah half way wat karangan, malas nak tukar pen.Huhu

Tiada ulasan: