Isnin, 13 April 2009

Gua percaya kata lu, tapi.....

Amin, gua percaya kata lu


sukar nak menerima teguran mahupun kritikan dari sahabat/teman/kawan. Biar kritikan itu datang dari kenalan jauh atau orang yg baru kita kenal 5 minit yg lalu. Malas nak komen lebih2 kat blog awak, nanti awk ingat saya suka provoc pulak ;).

Ada masa sat g, saya tulis kat blog saya pengalaman sendiri.....TUNGGU.......

PEACE no war

Hi5 Emoticon

Bukan nak provoc mamat yg bernama Amin ni. Happen to me masa aku budak2 kecik, zaman undergrad kat UPM. Tiba2 seorang teman bernama sahabat mendekati aku. Bertanya jika aku jujur padanya, katakan apa sahaja yg dia rasa kelakuannya yg tidak manis di mata aku.



Dengan ikhlas aku katakan "hang begitu & begini". Aku tak berkenan hang buat begitu & begini, kita kan pompuan"...



Apa jadi selepas tu? Antara kami seperti ada tembok kecil yg memisahkan. Hampir satu semester kami renggang, ada je jalan dia mengelakkan diri dari aku. Mana perginya sahabat? Esok pun aku boleh dapat kawan baru, tapi sahabat? Bukan boleh beli beb. Ramai yg menyedari keakraban kami yg mula longgar. Sementelah pula, dia berlainan course, aku try cari dia kat fakulti pun takde. Kesibukan aku menyiapkan projek Tahun Akhir buat aku lupa seketika apa yg terjadi.

Lama aku memikir "salahkah aku?, dia cakap sbg kawan aku ada hak nak nasihati dia.

Bila fikir2 balik, kenapa aku tak pandai nak jaga perasaan sahabat baik aku sendiri?

Tipula kalau aku cakap aku tak tersinggung kalo ada orang yg cakap "aku begitu & begini". Aku bukan kayu yg tak punya perasaan. Tapi cara mana kita menangani isu ini amat penting. Rasa macam Dr Tuah Iskandar plak!

Satu hari, dia datang ke bilik aku

"Nah, amik ni baca". Artikel dalam sebuah majalah dari seorang pakar motivasi.

Aku pun membacanya. Tersenyum aku dibuatnya.

"Poyo la hang, ari tu hang cakap aku boleh kutuk hang, walaupun pedih, hang akan terima"

"Ye la, apa yg kau cakap tu betul. Tapi pastu kan, aku cakap hang macam bagus. Bila balik bilik, aku pk balik memang hang cakap, banyak yg betul. Tapi aku malu beb, nak jumpa hang balik. Sampai la aku jumpa artikel ni"



Aku akui, sukar menerima kritikan dari seseorang yg rapat dengan kita. Boleh perang besar woooo.Bila menginjak dewasa ni, aku katakan pada diri aku "terima sahabatmu seadanya, dia akan berubah"

Persoalan bila dia akan berubah, kita serahkan pada Allah.

Jika berkeras juga nak berterus terang, pastikan kau memberitahu kepadanya dengan cara yg paling berhemah. Mungkin ketika bergurau bersamanya atau kau perangkap dia dengan situasi.

Jangan mulakan ayat "Jom kita dok sekejap aku ada hal nak cakap ngan hang pasal "habitat" hang........bla...bla..bla

Pengalaman macam ni, tak boleh nak beli kat mall. Hampir suka abad hidup kat dunia ni, banyak ajar aku erti hidup & kehidupan.

Tiada ulasan: