Jumaat, 17 April 2009

Kalau aku bisa putarkan waktu...

“ Andai dapat kuundurkan putaran dunia
Ingin ku ubah semula
Kata2 & tingkah laku ku "

Mendengus aku sendirian memikirkan kesudahan cerita hidupku. Aku tak mungkin bisa kembali ke suatu masa dahulu dimana aku sentiasa berada dlm tawa yg menyenangkan. Aku menyalahkan diri...bukan sekali, bukan dua tapi selalu!
Di kiri kanan, ya ada teman...tapi aku bersendirian

Dia sengaja mencabar aku. Dia selalu mengasak aku. Dia kerap memerhatikanku. Dia sentiasa akan mencari salahku. Dia sedang menunggu aku mengalah. Dia mahu aku mengalah. Dia ingin lihat aku kecundang. Dia akan ketawa terbahak saat melihat aku tertiarap. Dia adakalanya sangat sejuk. Dia selalu hangat dengan kebencian. Dia mampu mempengaruhi mood aku agar terpengaruh dengan perasaannya. Agar aku rasa gelombang kemarahannya. Dia mahu aku mengerti yg dia mahu aku pergi tanpa perlu zahirkan perasaan. Dia mahu aku mengerti sendiri yg dia mahu aku pergi.
Aku tak mampu untuk mengatakan tidak & aku tiada kuasa mengatakan TIDAK. Aku makin kecil di matanya. Aku selalu memaksakan diri mengatakan ya. Aku tersepit antara aku & dia, antara keteguhan pendirian & kemahuan diri
Antara esok & semalam.
Antara kemahuan hati & fikiran
Aku akan bertahan, berjanji aku pada aku. Aku WAJIB bertahan. Akanku kentalkan hati
Berjuang, aku akan terus berjuang. Undur setapak pun, takkan!
Semalam milik kau tapi ingat esok kepunyaanku.
Hari ini bermaharajalelalah kau, Ingat hari ini saja
Esok aku Raja!

Tiada ulasan: