Ahad, 28 Februari 2010
Perasaan itu mmg BEST
susur ke kiri yang perlu dituju, sudah terlepas...
entah apa yang aku fikirkan
entah apa yang bersarang
gembira?
itu sudah tentu, perasaan kepingin itu sudah tiada lagi
hari ini saja, sudah kali yg kedua kereta kupandu tak ketentuan hala
berat sangatkah yg aku fikrkan?
atau terlalu gembirakah perasaan/
serasanya sedang berada di awangan
mencari titik noktah kah aku?
atau mencari titik pertemuan?
apa selepas ini?
pesan abah tadi, masih segar dibenak
nasihat emak sewaktu pipinya kukucup masih berlegar2 di telinga
ya ..nana tak lupa itu semua, jangan kalian risaukan
bagaimana mahu mencorakkan perasaan suka yang amat sangat
boleh tersenyum sendirian bagai anak kera dapat merebut pisang di tangan orang
"menyerongin" memanjang....itulah yg akan diucap oleh rakan sekelas semasa di
Tingkatan 1-3RK
Biarlah....abaikan aku yang sedang seronok melayan kesukaan
-----SERONOK-----
Khamis, 25 Februari 2010
akhirnya......
aku mencongak2 sendiri mungkin ini yang dinamakan rezeki.........
argh lebihnya takdir dan semuanya ketentuan
Tuhan...
akhirnya....bertemu juga
walau cik google tak pernah jemu membantu
jika keywordnya tidak mengena...bernanah juga kepala
apa yang aku ketahui, bahwasanya ia pernah di google walau semua persoalan belum terjawab....
masih tersimpul rapi, tetap utuh teguh bersatu dalam satu lipatan kemas,
minta dibuka rapi, minta tidak dijejaki........
persoalan samaada adakah ini yang terbaik masih lagi belum terungkai kerna ahli nujum ini masih tidak tamat meramal masa depan
minta Tuhan berikan petunjuk....Amin
Rabu, 24 Februari 2010
yg TERBAIK?
Bila mana kita mengkehendaki sesuatu itu
selalu...terlalu...perasaan ingin memiliki mendesak
tanpa perlu rasa sangsi, jika kita ingin...teramat sangat ingin memilikinya....
kita jadi lalai sehingga membiarkan halangan sebagai sesuatu yang tersangat kecil
hasrat ingin mencapai sesuatu yang tidak diketahui adakah ia adalah yang TERBAIK untuk kita
boleh buat kita lupa jadi manusia tanpa perasaan, mungkin ada hati yang terkorban
kerap....terlalu kerap ia bermain di benak
adakah sesuatu yang dihajati itu adalah yang terbaik....mana mungkin kita ketahui cabaran yang
mendatang. rakusnya jiwa mendapatkan sesuatu itu yang belum tentu benar-benar selayaknya
untuk kita mahupun terbaik dan senang dengan jiwa empunya
adakah dengan memiliki yang kita rasa selayaknya untuk kita bermakna ia juga TERBAIK buat
kita?
uhhhhhhhhhhhh
kerna terlalu ingin memiliki sesuatu itu manuasia jadi rosak
manusia bertukar rakus, jadi ganas
manusia bercakaran, tikam menikam
pijak memijak
malah ada yang berbunuhan
sungguh......aku jadi takut
kerna mereka fikir itu yang terbaik!
Isnin, 22 Februari 2010
keinginan untuk memiliki
kita berkeupayaan untk melakukan sesuatu yang diluar batas, samaada kemampuan dari lahiriah mahupun batiniah
adakah selepas memiliki sesuatu itu, kepuasan akan kita perolehi?
mungkin kepuasan itu sementara ;)
kenapa ia tidak akan kekal lama?
aduh!!!!!!
aku tensen.........
belum bisa membuat keputusan, walaupun antara nak @ tak nak
walau 2 cuma pilihan...
masih buntu...
nak @ tak nak
masih berkira2, keperluan memiliki dan keinginan memenuhi kehendak hati
rasionalnya tentu saja kita ketahui
tapi bila saja ada, bisikan2 halus ditelinga.....
yang rasional bertukar emosional
yang terang bertukar samar
--------diam---------
apa oerlu diperbuat?
nak @ tak nak?
Selasa, 16 Februari 2010
aku bukan M0
seketika terpandangkan alat pengesan mencecah angka 300...maknanya spot itu adalah sel kanser yang perlu dibuang. Bertambah bulat mataku yang buntang melihat aksi seterusnya. Sepertinya aku adalah medical officer....
argh...itu bukan aku!
aku sekadar berdiri seperti mando tua mengawasi kuli membuat kerja...
cuma aku belum berani mahu mengangkat kamera, beretika kah? adakah peraturan yang perlu aku patuhi? kepingin sekali menyelinapkan kamera kecil untuk dikongsi bersama rakan.....surgeon @work.....
sungguh aku takut diawalnya tatkala isyarat mata ku terima untuk turut sama di bilik bedah....sejuk tangan dan seluruh tubuhku.
50-50 antara mahu masuk atau undur diri...
entah kuasa dari mana datangnya, pintu OT ku tolak perlahan dan pengalaman pertama lebih 2 jam menyaksikan sesuatu yang mungkin aku mahupun kalian akan tempuhi nanti...
Saat ini aku jadi gian...mahu ke sana lagi
tiada bertajuk
kerna sering si camar singgah untuk seketika
ia untuk sekejap cuma
hinggap di ranting kering
sekadar mahu melepas lelah
setakat mahu bertegur sapa
atau sebenarnya aku perlu terbang?
agar tidak terus dikongkong kebosanan
----bungkam----
aku hanya boleh melihat ia
dari jauh....
ada ketikanya di sudut tersangat kecil ruang lingkupnya
ada saatnya ia kabur walau dekat di kelopak mata
bagaimana mahu berbicara dengan bintang
sedang bulan tak pernah mahu bertandang
Sabtu, 6 Februari 2010
bila hari ini tak seperti dirancang...
bengang kerja tidak teliti
geram tersangat, the very the very geram!
Isnin, 1 Februari 2010
erti hidup
jika kejam itu yang selayaknya untuk aku, juga aku menerimanya
apa yang aku boleh perbuat? sedang aku terlalu menginginkan DARAH kalian...
"kita akan ambil sedikit, atau kita panggil ia sebagai satu unit (sambil tangan Dr
yg aku tak ketahui namanya lagi merujuk kepada bahagian leher pesakit)dan jika kita
dapati ia telah dijangkiti maka barulah kita buang. Mungkin satu bahagian atau kedua2
nya sekali"(sekali lagi ia merujuk kpd bhgn leher tapi di dua tempat yang berbeza.
Perlu jadi manuasia tidak punya perasaan jika mahu lakukan sesuatu, walau nanti ada yang menderita.
"disebabkan sekarang awak sedang mengandung, kita tunggu sampai kelahiran baby ni, barulah boleh pembedahan dpt dijalankan"
aduh...lagi satu pengalaman ngeri lintas langsung ke telinga yag dilitupi anak tudung.
Betapa mati itu begitu dekat dengan kita, betapa nyawa itu, tiada harganya.
Betapa mereka begitu memanfaatkan setiap detik yang mereka ada.
Betapa golongan yang tabah itu, telah kering airmatanya.
Betapa kita tidak pernah mahu mensyukuri nikmatNya.
Lagi lama aku disini, mungkin aku jadi lebih menghargai apa yang aku miliki.
Harapnya begitu.