Isnin, 13 April 2009

manusia berfikiran lemah menulis hal sendiri?

“Mungkin ada orang kata, manusia berfikiran lemah menulis hal sendiri, tapi manusia berfikiran besar menulis idea”

Aku terpanggil untuk nak komen kat kata2 diatas. Aku code dari satu blog yg aku suka singgah.

Kenyataan yg aku harus terima, blog aku berkisar tentang aku. Maksudnya blogger beranggapan aku berfikiran lemah la ye?
Cop! Jangan cepat melatah beb. Blogger ni pun sedar yg blog ni membantu kita express our feeling.Part yg tu aku setuju.
Semasa aku bekerja (lebih kurang 4 tahun) aku tak punya masa nak berblog. Yg aku tahu, kerja kerja & kerja. Tension keja memang aku tak nafikan. Internet di opis aku gunakan sebaiknya. Aku hanya membuka yahoo mail ku (sbb emel keje sumer masuk kat company emel) bila perlu & ari sabtu (yg sepatutnya ari cuti) aku datang menyudahkan keje2 yg terbengkalai barulah aku buka friendster.

Apa faedahnya blog?
Luahkan apa yg aku rasa!
Ya itu yg sebaiknya. Aku puas setiap kali membaca kembali setiap entri. Cerita aku cuma berkisar pengalaman aku & rasa tidak puas hati aku. Basically, semua tentang aku.
Tak berfaedah?

Kenapa tak tulis tentang sesuatu yg lebih membawa makna?
Kenapa ya?
Yang tu aku serahkan pada blogger yg minat. Ternyata ramai blogger yg berbakat kat msia ni.Aku hanya baca blog dema & kalo tak setuju aku tingalkan komen. Senang.Malas nak pk benda susah. Research aku sendiri pn dah cukup memeningkan kepala so tak perlula aku berblog benda yg susah2..

“yang senang2 saja, yg penting dia gembira” huhu

Lagi satu, aku boleh asah bakat yg terpendam. Dulu aku minat baca buku Ahadiat Akasah, so berfantasi dengan citer zaman remaja dia. Aku ada tulis citer pendek dalam satu buku, tapi dah hilang...
Masa kat matrik, Miss Yuni (lecturer Bahasa Inggeris ) penah tanya yg aku nak jadi apa. Agaknya sebab tension belajar sains kat matrik, aku jawab aku nak jadi journalist! Hahaha
Sekarang aku tengah asah bakat. Nanti dah bersara dari dunia penyelidikan boleh “merapik meraban”. Memang sesuailah dengan umor nyanyok + dapat lak penyakit Alzheimer.
Satu lagi, manala tau kalo aku dah berjaya kelak, blog ni dah dikira sbg biografi aku, copy & paste jer nanti. Hahah
Oh perasannya aku!
Blog ni jugak mempamerkan ketidakseriusan aku menjalani hidup aku waktu budak2 . So kalo ditakdirkan aku punya anak (minta2la aku bertemu jodoh) nanti, aku tak boleh nak marah sangat ngan anak aku kalo dia nakal. Pasal aku pun sama gak.Aku sedar kekentalan jiwa aku menghadapi perangai senior2 aku kat sekolah dulu mematangkan aku. Tima kasih sekolah teknik yg terkenal dengan double standard!

Kebanyakan entri aku karang masa kat bilik. Bila terlintas je sesuatu kat fikiran aku, aku akan tulis dalam diari kata kunci.Ada masa terluang sambil tengok tv , aku akan buka laptop & mula “Meratip meraban”.

Ni memang TABIAT bukan habitat!
Sekian

Tiada ulasan: