Isnin, 14 Disember 2009

adoi....

semahunya aku rindukan keriangan

yang pernah singgah menjadi teman

juga hinggap seketika sebagai rakan

datang tatkala aku inginkan bahu untuk bersandar


tapi kini..

ia hilang, telah lenyap dari pandangan

berlari meninggalkan aku yang semakin lesu

tak terkejarkan aku akan dirinya

tak terjangkau tanganku menariknya

apalagi mahu aku mengikut rentak lariannya


adoi...

mahu aku berbuat apa?

apa perlu aku berlari mengejarnya menggunakan kuasa kuda?


argh...

mungkin perlu tengok dan lihat saja

biar mata berbicara

mencari perspektif yang betul letak duduknya

biar....

Jumaat, 11 Disember 2009

entri kosong

M.A.L.A.S

menulis...

ada yang mendengar aku hari ini

baca di sini

Khamis, 10 Disember 2009

entah...

entah...

tak pasti mengapa aku perlu emosi!

mungkin lewat kebelakangan ini, aku terlalu sensitif

tersalah kata denganku saja, aku merajuk sendiri

diam dan mahu bersendiri

entah....

mungkin juga aku sudah menginjak usia

mahu diberi perhatian seperti anak kecil minta didodoi, diselimut dan minta dibacakan buku cerita

mungkin saja, aku benar-benar terguris walau dia bukan sesiapa denganku

mungkin saja, aku yang terlalu emosi, mahu turuti kata hati

tolong ya, jangan begini

aku runsing mahu jaga hati semua

sedang kalian memperlakukan aku semahunya

Rabu, 9 Disember 2009

ruang-ruang kosong

Ruang itu telah disediakan cumanya masih belum dibuka

Tunggu ketika yang sesuai bersama batang tubuh yang benar untukku

Catan itu akan kuwarnakan, kan kucorakkan secantik jalur pelangi

Mungkin sudut yang sesuai belum dijumpai

mungkin koordinatnya tersasar lajur serta barisnya

aku yakin tubuh itu sedang mencari pintu masuk atau penanda arahnya diterbangkan angin

haih...

bicara dengan diri sendiri lagi

mahu menenangkan naluri

biar aku rasa aman, tenang kerna aku mencari damai!

aku rindukan ketenangan yg kini perlahan-perlahan mula menusup ke jantungku

moga ia kekal di situ

ia layak aku perolehi

ya selayaknya aku dikurniakan perasaan itu

Tuhan, tolong......dengari aku, fahami aku

walau aku tahu kau selalu mendengarnya...

aku tetap mahu memohon, setiap hari setiap ketika

kerna ianya free

percuma...

sekian

Selasa, 8 Disember 2009

tiada bertajuk

tolong pergi...
aku mahu perasaan itu cepat pergi, ya mahu ia berlari jauh dariku

jujur ....
aku tidak tertahankan beban itu
selalu saja aku sebak setiap kali berbicara dengan Penciptaku

acapkali aku kesalkan apa yang terjadi

tapi apa yang boleh aku perbuat?

sedang semuanya sudah direncana

sedang semuanya bukan bidang kuasaku


berlari aku menjauhi
tetap ia tidak berganjak
pegun bersama jasad berjiwa kosong

akankah kekal begitu?
setia mendatangi tubuh kecil ini?
datang mendepani tanpa mengira aku bagaimana kiranya?

Isnin, 7 Disember 2009

oh..ini rupanya kosong yang hilang

kosong yang hilang itu telah aku jumpai..
ya semalam! aku perolehi kosong yang aku cari..

mengingatkan aku bahawa aku akan kehilangannya lagi

lebih selesa jika tiada?
lebih gembira jika ia tak kembali?

jika itu buat aku gembira, apa salahnya

tapi bagaimana jika sebaliknya?
bagaimana jika ia terus menghantuiku?
bagaimana jika ia mengekoriku?

ah, tak mungkin!

sesuatu yang aku harus pegang yang ksong terus kekal...

cuma bukan hak mutlakku

ia akan hilang dari pandangan
tapi bukan lenyap di hatiku

mungkin ia akan datang dengan warna berbeza
mungkin ia akan terbang membawa seribu rahsia

pandangan matanya kabur
suluhan jiwanya mengelirukan
tidak seiringan alunan langkah serta bisik bicaranya

Jumaat, 4 Disember 2009

hilang sesuatu

kosong

ada yang kurang, mungkinkah dapat dikembalikan? kemana ia menghilang?
aku sedang meraba dalam terang
nampak! tapi kabur dari pandangan.

mungkin yang kurang itu cuma perasaan

ya, ia kosong...

bingung! kerana yang hilang itu kosong

Rabu, 2 Disember 2009

bukan ini yang aku minta....

Bukan aku minta simpati kalian,
aku tahu bagaimana menghadapi hidup ini, walau bongkak bunyinya namun aku jujur meluahkannya.

Bagaimanapun aku berterima kasih pada kalian yang dapat melihat kesungguhan aku. Kehadiran aku selepas jam 5, adalah atas kerelaanku sendiri. Siapa mahu menyudahkan kerja2 aku yang masih berbaki? walau ia cuma sedikit, tapi aku tetap kalut mahu menjadualkan diri sendiri. Walau kerja sambilanku tidak berat namun tetap badanku lelah. Pernah cuba untuk memendekkan masa tidur, namun tubuh keringku tidak mampu bertahan lama.

Aku belajar redha dengan apa yg berlaku keatasku. Sejujurnya aku yakin akan ada kemanisan yang bakal aku perolehi suatu hari nanti, cuma bila dan bagaimana bentuk kemanisan itu, tidak akan pernah aku ketahui dan mungkin kemanisan itu datangnya tanpa aku sedarinya. Terlalu berharap agar aku sempat bersyukur dengan nikmat Tuhan itu.

Apa pula dugaan yang bakal aku tempuhi nanti?
Aku bukan mahu mencabar Penciptaku.
Terdetik di hati, bagaimana aku dipilih dengan ujian begini.

Aku kira aku manusia lemah, selalu kabur dengan keinginan diri sendiri.Ada dua jiwa yang bersatu dalam jasadku. Pertembungan emosi antara keinginan sekarang dan kenangan silam selalunya buat aku jadi manusia tanpa perasaan. Bodohnya lagi kenangan jadi pemenang.

Tiada manusia yang mampu hidup dalam kenangan sedang aku masih digari kuat. Minta Tuhan tolong lepaskan perasaan itu. Aku jadi terlalu takut, sangat defensive kepada diri sendiri.Bukan tidak cuba meleraikannya namun aku masih gagal.

Saat ini masih lagi kalut dengan permainan perasaan, sangat keliru dengan apa yang sedang berlaku, masih menyalahkan diri.

Didalam dunia yg SERBA TAK PATUT ini

Renungkan apa yang ingin disampaikan;click di sini

Selasa, 1 Disember 2009

Hidup sebagai AKU

Perjalanan hidup aku walau cuma 28 tahun, cukup panjang
Keterlaluan jika aku katakan tiada yg seumur denganku telah melalui pengalaman hidup yang mendahsyatkan. Ngeri bunyi bicaranya. Aku percaya, insan diluar sana, diduga dengan derita yang lebih berat, sedang aku tika ini masih boleh tersenyum bila segala rasa yang bersarang di dada dapat aku curahkan. Bercakap dengan blog sama sekali berbeza jika kau mula menutur kata dihadapan seseorang yang kau percaya. Terima kasih mendengar leteranku.
Kalian buat aku rasa comfort.
Ya, aku perlu redha dengan segala apa yang berlaku. Cumanya aku manusia yang menzahirkan perasaan, bukan merungut!
Tidak! bukan itu maksud tujuan aku bercerita, aku sekadar mahu kalian sama kongsi apa yang aku rasa.

Maaf jika tutur kata aku, bersifat sangat membenci Tuhan. Tidak sama sekali!

Walau aku sudah besar, tapi aku belum cukup matang. Takkan berulang untuk kali kedua, janji aku pada aku. Kerna aku sifatnya mudah "serik" atau lebih tepat lagi "mudah belajar" dengan apa yang berlaku keatas diriku. Dengan ini, aku membuat perjanjian dengan diriku, mahu jadi orang besar punya kematangan fikiran.Saat ini Dia mendengarnya dan aku benar2 berharap restu dariNya.

AMIN