Jumaat, 17 April 2009

Lelaki itu

Lelaki itu merenungku..
Lelaki itu matanya bagai mahu memberitahuku akan sesuatu
Lelaki itu sedang kalut dengan perasaannya
Lelaki itu cuba menenangkan gelodak rasa di jiwanya
Lelaki itu sesekali memejamkan matanya

diam untuk seketika

Lelaki itu sudah nekad

Dia berdiri memandangku
Dia kini berdiri dihadapanku
Dia memegang jari jemariku, kasar!
Dia memegang bahuku

Aku jadi kaku
Aku ingin sekali memeluknya
Aku pandang anak matanya
Aku tahan air mataku dari gugur
Aku tahu dia menyayangiku
Aku takut kehilangannya

Sunyi

Jika lelaki itu tiada lagi, bagaimana?
Jika lelaki itu tiada di sisiku, bagaimana?
Jika lelaki itu tidak memaafkan aku bagaimana?

Diam lagi...

Jika tiada lelaki itu, tiada lah aku di dunia!

2 ulasan: