Jumaat, 17 April 2009

PONDAN kaki tampar?

Diberitakan dalam sembang pagi antara Mazidul sidek & Abby Fana di TV3, seorang pondan telah berjaya ditangkap atas kesalahan menampar perempuan2 cantik.
Giler ke ape?
Maknyah ni dah la mengalami krisis identiti, tambah kesian lagi ada penyakit jiwa. Persoalannya mengapa dia begitu? adakah kerana dia tidak berjaya menukar keseluruhan bentuk fizikal membuatkan dia bertindak sedemikian?
Kelompok kecil golongan ini juga terdapat di IPT. Teringat pada junior di jabatan yg tanpa rasa segan silu mengeluarkan compact powder sambil touch up muka.
Aku melihat ianya adalah kerana kemahuan diri yg tinggi untuk tampil cantik. Aku lebih berbangga kalo kau boleh jadi lelaki sejati. Tak kira lelaki mahupun perempuan mahu tampil menarik. Aku suka mengaitkan golongan ini dengan "personel yg mahukan perhatian".
Golongan kecil ini mampu menarik freshie yg "ala-ala lembut" untuk bertukar kepada lembut secara total.
Semasa di tingkatan 4 aku pun nyaris menjadi mangsa pondan2 tua. Kesan daripada memerhatikan sekumpulan maknyah yg leka membeli perhiasan rambut. Aku & kawan2 dikejar dari dalam sebuah mall di ipoh (aku lupa namanya) tapi berjaya menyelamatkan diri sebaik sampai di Ocean. Traffic light menjadi penyelamat kerana kami berjaya sampai di seberang sebelum lampu oren bertukar merah.
Kekuatan fizikal mereka sama spt lelaki, kita sedia maklum yg mereka memang lelaki. Pengalaman bagai dikejar penjenayah!Kalau aku & rakan2 tertangkap tak mustahil kami akan diganyang cukup2.
70-80% maknyah terdiri daripada melayu!
Ramai yg berpendapat golongan ini tidak mendapat layanan sewajarnya. Memang patut pun kalo mereka tidak diberi layanan untuk menukar status jantina mereka di dalam kad pengenalan.
mereka perlu menerima ketentuan bahawa mereka dijadikan sebagai lelaki. Kecenderungan minat tidak menghalalkan golongan ini untuk melakukan penukaran jantina.
aku kira ramai saja golongan lembut ini berjaya dlm karier tanpa membelakangkan agama.
semoga mereka insaf

Tiada ulasan: