Khamis, 18 Mac 2010

satu panggilan telefon

belum lagi

panggilan telefon pagi tadi, belum menjanjikan apa2

belum tentu lagi aku berjaya

berjaya atau tidak, memang menggusarkan aku

terlalu buat otak aku ligat menjana kemungkinan

dan kini otakku masih mencari jawapan

jawapan kepada panggila tadi

panggilan yang jarang2 kunjung kpd si calon

moga ia benar

tunggukan saja nanti

mana tahu rezeki aku

mana tahu Tuhan khaskan untuk aku

siapa tahu Tuhan memperkenankan doa aku

Selasa, 9 Mac 2010

beku seketika

belum pun sampai tengahari

otak aku sudah beku, minta direhatkan

bukan berbuat apa2

cuma melalui satu fasa yang tak pernah aku lalui

sungguh...aku buta semua itu

aku tak punya pengetahuan hal yang itu

aku pandang keliling....tiada siapa

mahu mula dari mana , tidak aku ketahui


arghh........

aku genggam buku log menuju ke kawasan kerja

lama aku di situ, melihat sekeliling, mencari kekuatan

minta tolong dengan Tuhan, moga ia akan berhasil

aku labelkan tube2 kecil dihadapanku....

berbual dengan tube kecil itu, minta dia beri kerjasama dengan aku

"tolong jadi ya, please. aku tolol bab ini"


kelibat yang kuharapkan muncul...

entah perasaan lega bagaimana nak aku pamerkan

mata aku tertumpu kearah jari jemari yang sedang bekerja

seketika memandang aku, mengharap agar aku memahami

isyarat anggukan kepala tanda mengerti dan bersedia melakukannya sendirian ku berikan

dan dia berlalu

tapi mengapa tak terucap terima kasih itu?

aku anggap dia faham

walau cuma 5 minit, walau cuma sepotong ayat

ia bisa membuatkan satu jiwa rasa lega

juga kadangkala ada jiwa yg sengsara

betapa sebaris ayat itu boleh meracun jiwa

dan hari ini berakhir dengan gembira

walau untuk sementara

Rabu, 3 Mac 2010

entri hari ini

bukan mahu menjadi yang berkepentingan

tidak bermaksud menuding jari menyalahkan sesiapa

cuma tidak mahu akan rasa kesal itu akan singgah kelak

jangan biar ia bertapak

cuma lebihnya rasa tanggungjawab


bukan mahu mencantas jalan

tidak bermaksud menyinggung hatinya

malah aku cuma diam

biar yang matang mencari jawapan

biar yang matang tak rasa diperkecilkan