Isnin, 25 Ogos 2008

cikgu & anak muridnya

aku terbaca satu artikel ni, aku tak sure apa yg murid tu tanya pada cikgu dia....dipendekkan citer, cikgu ni pun suruhlah murid dia berjalan menyusuri laluan yg dikiri kanannya adalah bunga2 yg sedang mekar sambil berpesan " kamu petik sekuntum bunga yg cantik di mata kamu tapi dengan syarat kamu hanya boleh memetiknya dalam perjalanan pergi sahaja. Kamu dilarang memetik semasa dlm perjalanan menuju ke arah saya (dlm ertikata lain dlm perjalanan pulang)
so budak yg comot ni pun, pergilah.....nak tau tak... dia tak petik pun walau sekuntum bunga!
so cikgunya pun bertanya ttg bunga tersebut..nak tau apa jawapan anak muridnya?
"saya tengok banyak bunga yg cantik2, tapi saya tak petik dengan harapan bila saya berjalan ke hadapan lagi, saya akan berjumpa dgn bunga yg lebih cantik.malangnya tiada....jawab budak itu dengan kecewa...apakah maksudnya?

ni sama macam org yg terlalu memilih ke?
adakah kita patut sambar apa saja yg datang pada kita?
boleh apply tok pilih calon suami isteri ke?

ps: kecik2 lagi dah pandai memilih

Tiada ulasan: