Rabu, 2 Disember 2009

bukan ini yang aku minta....

Bukan aku minta simpati kalian,
aku tahu bagaimana menghadapi hidup ini, walau bongkak bunyinya namun aku jujur meluahkannya.

Bagaimanapun aku berterima kasih pada kalian yang dapat melihat kesungguhan aku. Kehadiran aku selepas jam 5, adalah atas kerelaanku sendiri. Siapa mahu menyudahkan kerja2 aku yang masih berbaki? walau ia cuma sedikit, tapi aku tetap kalut mahu menjadualkan diri sendiri. Walau kerja sambilanku tidak berat namun tetap badanku lelah. Pernah cuba untuk memendekkan masa tidur, namun tubuh keringku tidak mampu bertahan lama.

Aku belajar redha dengan apa yg berlaku keatasku. Sejujurnya aku yakin akan ada kemanisan yang bakal aku perolehi suatu hari nanti, cuma bila dan bagaimana bentuk kemanisan itu, tidak akan pernah aku ketahui dan mungkin kemanisan itu datangnya tanpa aku sedarinya. Terlalu berharap agar aku sempat bersyukur dengan nikmat Tuhan itu.

Apa pula dugaan yang bakal aku tempuhi nanti?
Aku bukan mahu mencabar Penciptaku.
Terdetik di hati, bagaimana aku dipilih dengan ujian begini.

Aku kira aku manusia lemah, selalu kabur dengan keinginan diri sendiri.Ada dua jiwa yang bersatu dalam jasadku. Pertembungan emosi antara keinginan sekarang dan kenangan silam selalunya buat aku jadi manusia tanpa perasaan. Bodohnya lagi kenangan jadi pemenang.

Tiada manusia yang mampu hidup dalam kenangan sedang aku masih digari kuat. Minta Tuhan tolong lepaskan perasaan itu. Aku jadi terlalu takut, sangat defensive kepada diri sendiri.Bukan tidak cuba meleraikannya namun aku masih gagal.

Saat ini masih lagi kalut dengan permainan perasaan, sangat keliru dengan apa yang sedang berlaku, masih menyalahkan diri.

Tiada ulasan: