Isnin, 1 Februari 2010

erti hidup

kalau aku dikatakan tamak...aku mengakuinya

jika kejam itu yang selayaknya untuk aku, juga aku menerimanya


apa yang aku boleh perbuat? sedang aku terlalu menginginkan DARAH kalian...

"kita akan ambil sedikit, atau kita panggil ia sebagai satu unit (sambil tangan Dr

yg aku tak ketahui namanya lagi merujuk kepada bahagian leher pesakit)dan jika kita

dapati ia telah dijangkiti maka barulah kita buang. Mungkin satu bahagian atau kedua2

nya sekali"(sekali lagi ia merujuk kpd bhgn leher tapi di dua tempat yang berbeza.


Perlu jadi manuasia tidak punya perasaan jika mahu lakukan sesuatu, walau nanti ada yang menderita.

"disebabkan sekarang awak sedang mengandung, kita tunggu sampai kelahiran baby ni, barulah boleh pembedahan dpt dijalankan"

aduh...lagi satu pengalaman ngeri lintas langsung ke telinga yag dilitupi anak tudung.

Betapa mati itu begitu dekat dengan kita, betapa nyawa itu, tiada harganya.

Betapa mereka begitu memanfaatkan setiap detik yang mereka ada.

Betapa golongan yang tabah itu, telah kering airmatanya.

Betapa kita tidak pernah mahu mensyukuri nikmatNya.

Lagi lama aku disini, mungkin aku jadi lebih menghargai apa yang aku miliki.

Harapnya begitu.

Tiada ulasan: