Selasa, 16 Februari 2010

tiada bertajuk

berwajah bosankah aku?

kerna sering si camar singgah untuk seketika

ia untuk sekejap cuma

hinggap di ranting kering

sekadar mahu melepas lelah

setakat mahu bertegur sapa


atau sebenarnya aku perlu terbang?

agar tidak terus dikongkong kebosanan

----bungkam----

aku hanya boleh melihat ia

dari jauh....

ada ketikanya di sudut tersangat kecil ruang lingkupnya

ada saatnya ia kabur walau dekat di kelopak mata


bagaimana mahu berbicara dengan bintang

sedang bulan tak pernah mahu bertandang

1 ulasan:

coy berkata...

carilah sinar yg lebih indah dari bintang....