Khamis, 9 Oktober 2008

peringatan utk diri sendiri

masa tak boleh nak diundurkan semula..semua tinggal kenangan. Tiada lagi gelak tawa, hanya wajah2 sedih yg dapat aku lihat. Kalau dulu, suasana akan jadi tak terkawal, gamat dengan hilai tawa kini sebaliknya. "malas la mamak nak tangkap gambar, nanti kilan (korang) sodih". Takde ape yg pelik bila mamak respond macam tu....

Malam berbeku berjalan, mamak hanya memandang kami yg tengah kelam kabut dari jauh. Biasanya dia akan heboh complain sana sini. Bukannya apa, tu adalah sebahagian dari cara mamak melayan anak buahnya....masa tu tak rasa apa pun, tapi sekarang ni, bila pk balik.....ya tu adalah petanda.

Pada pakcik pian, mamak ada menyatakan yg lepas ni dia takkan guna lagi kereta, bilamana pakcik pian tanya pasal lama mana lagi hutang dgn bank. Setelah ketiadaanya barulah semua perasan akan petanda2 terseabut. Mana la nak terpikirkan perkara2 macam tu. Hari ahad abah, mak, makwe & pakwe hantar mamak ke HKL selepas arwah mengadu sakit dada sebelum berlangsungnya acara pertunanngan Anzalna. Aku hanya sempat bertanya khabar arwah melalui emak.

Mak sejak dari jam 1 pagi lagi telah menelefon aku. Bukan setakat tu jer, pakcik, makcik, sepupu sepapat, abang, adik aku telah cuba menghubungi aku.

Pagi tersebut memang terfikir nak menelefon arwah bertanya kan khabar.Bateri telefon pulak dah habis. Samapai kat lab, aku cocok telepon tok charge,tak perasan plak yg charger tu sebenarnya charger yg dah rosak. Dlam jam 10, Wani yg tengah jaga pameran kat BioMalaysia menelefon menyampaikan berita kematian mamak.

Aku tak terkilan sangat sebab masih sempat menziarah beliau buat kali terakhir.

Kepada kawan2ku diluar sana, pastikan hp ada ada bateri k


Tiada ulasan: