Ahad, 29 Mac 2009

earth hour


830-930 pm

ada jugak pasang angan2 nak join earth hour. masalahnya aku dan housemate masih berada di lebuhraya...alah jalan nak gi kuantan melalui Genting sempah tu. Mak ai takkan aku nak padam lampu kot.

Giler bahaya jalan tu, dah la lampu jalan takde, gulap gelita, takkan aku nak menambah statistik kemalangan jalanraya kot!

citernya ke Pekan Pahang, menghadiri majlis kawen housemate.

kenapa kul 8 masih kat highway lagi?

Kami SESAT! maklumlah semua tak penah pergi ke Pekan, map dlm kad lak simple giler sampai kami tak paham pun, kita dimana ni?

kata orang malu bertanya sesat jalan, kn?

ni sebab bertanya lagi kami bertambah sesat!

sorang pakcik ni, confident giler, "anak kena patah balik, nanti jumpa shell amik kanan, kat situlah kg banjir!"

kami pun patah balik, apa yg ada di kiri kanan hanyalah kawasan pokok getah, belah kiri boleh nampak sungai pahang. Bukanke kita dah merentasi sg tu tadi?

tak boleh jadi ni, ok kali ni tanya lak kat orang muda, kot2 la pakcik tadi tak berapa nak ingat sangat. Direction yg diberi sama...tapi sampai hujung kami tak jumpa apa2, melainkan jalan nak balik ke KL or gi Segamat. APE KE HEL nye ni yop!

Try tepon abang Atim, kot2 kali ni tepon kami diangkat.Alhamdulillah abang Atim pick up call!

sebenarnya sebelum ni kami dah dekat sangat ngan tempat dituju.

Pakcik n brother tadi saje je nak sabotaj kami. Kalau idak dah boleh sampai kat umah pengantin awal ckit la, dlm kul 2 camtu. Kami berpusing kat tempat yg sama lebih kurang 2 jam. Sib baik pengantin still berbaju molek lagi, sabar menunggu kedatangan housemate. Tapi takpe bukan kami jer yg sesat, ada lagi kawan2 pengantin sampai time yg same. hahaahaha


Berbalik kepada earth hour. Bagus gak kempen ni. Kenapa hanya buat setahun sekali? Relevan tak nak buat sebulan sekali?Klau kita serius, apa salahnya?

mahu kurangkan pemanasan global. Boleh jimatkan sehingga 10% dari kadar biasa!

Peranan kita sama2 lah jimatkan penggunaan elektrik!



Tiada ulasan: