Selasa, 21 April 2009

tiada berjudul

Aku terlalu liat menggunakan sepertiga waktu malamku untukNya. Aku sedar bongkaknya aku akan memakan diri aku kelak. Kedengaran spt aku terlalu mengagungkan dunia. Sepertiga malamku, mendongak langit. Berkhayal & berkhayal lagi
Imsomniakah ini?

Berpeluh aku...apa yg terjadi sebentar tadi? Aku dalam ketakutan yg mendahsyatkan. Aku lihat aku dihakimi & aku merasai kesakitan itu. Betul...Benar ...aku merasainya, aku berpeluh, seperti lepas berlari. Aku berlari mendapatkan emakku. Menjerit memanggil emak, lagi & lagi sehingga dia muncul dek jeritan kecilku yg mengetuk pintu biliknya.
Aku langsung disuruhnya beristigfar,aku disuruhnya berwuduk. Aku akur & malam itu emak menemankan aku. Aku gelisah, aku terfikir jika benar tadi bagaimana?

Meleret sejenak merenung sejadah. masih tidak berganjak dari dudukku. Ibadat itu bukan semata berteleku.
Bangun....malas...argh duduk kembali & terus mengereng...baring.Bersandar pada satu tangan.
Aku bangun & menunaikan kewajipanku.
Memandang siling, kemudian ke tingkap. Aku masih bernafas
Aku tak pernah lupa itu, rohku pernah di sana. Walau ianya mimpi tapi aku yakin ia benar2 terjadi. Dia mahu aku mengerti, Dia mahu aku menginsafi diri.

Tiada ulasan: