Memaparkan catatan dengan label Embun Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Embun Cinta. Papar semua catatan

Rabu, 9 Disember 2009

ruang-ruang kosong

Ruang itu telah disediakan cumanya masih belum dibuka

Tunggu ketika yang sesuai bersama batang tubuh yang benar untukku

Catan itu akan kuwarnakan, kan kucorakkan secantik jalur pelangi

Mungkin sudut yang sesuai belum dijumpai

mungkin koordinatnya tersasar lajur serta barisnya

aku yakin tubuh itu sedang mencari pintu masuk atau penanda arahnya diterbangkan angin

haih...

bicara dengan diri sendiri lagi

mahu menenangkan naluri

biar aku rasa aman, tenang kerna aku mencari damai!

aku rindukan ketenangan yg kini perlahan-perlahan mula menusup ke jantungku

moga ia kekal di situ

ia layak aku perolehi

ya selayaknya aku dikurniakan perasaan itu

Tuhan, tolong......dengari aku, fahami aku

walau aku tahu kau selalu mendengarnya...

aku tetap mahu memohon, setiap hari setiap ketika

kerna ianya free

percuma...

sekian

Sabtu, 20 Jun 2009

Lelaki, gitar & wanita

Lelaki with gitar, personally aku rasa sangat cool....
tambah best, bila lelaki mainkan gitar & lagukannya untuk wanita...
memang aku boleh jatuh cinta, tapi takdela nak kawin dengannya jika lelaki perompak or penyamun.
sekadar mengagumi jari jemari mereka!
Gitar tu pun bentuknya macam wanita, so bila wanita petik gitar, aku jadi jeles.
Aku kagumi wanita yg terror main gitar, kamu nampak sangat menawan bersama gitar.
aku memang tak pandai main gitar tapi memiliki gitar, kenangan dari wan. gitar dihadiahkan kepada aku coz kesian kat aku yg terkial2 cari note. Wan soh aku main setiap hari, tapi semua separuh jalan sbb masa membataskan aku.... alasan standard aku.
Lelaki & wanita punya perasaan yg berbeza. Pemilihan pasangan bagi lelaki & wanita urut berbeza.
Bagi perempuan, cukup sekadar lelaki itu ada look
cara dia bawa diri walaupun tak handsome but still nampak menarik! bonus jika lelaki ada paras menarik. Wanita boleh admire dengan lelaki yg punya persona. cukup punya manis!
Bagi lelaki pula berbeza
manakan tidak, lelaki mahukan wanita yg punya paras yg menarik.
yg lain2 jatuh no dua.
aku pilih jalan selamat (pada pemikiran aku)
tak mahu seseorang yg dikenali, handsome mahu dijauhi,takut nanti lelaki itu jadi rebutan, rumahtangga boleh bergoncang
mahu yg bijak, tak semestinya punya master or PhD, bijak kawal aku, menidakkan kata2 aku pada tempatnya
punya minat yg sedikit berbeza, agar nanti hidup tak bosan.kalau byk sangat persamaan, hidup jadi bosan.

Ahad, 14 Jun 2009

penyerahan...seorang ayah

berat menyerahkan seorang anak gadis yg telah dibesarkan hampir 30 tahun pada seorang lelaki yg baru dalam hidupnya. Adakah lelaki itu akan menjaga anaknya dgn baik? atau hidupnya bakal dipersiakannya?
adakah lelaki itu lebih bagus darinya? mampu menangani dan mengawal anaknya sebijak dia mengatur anak gadisnya? adakah lelaki itu mampu meminjamkan lengannya sebagaimana dia meminjamkan lengannya sehingga usia anak gadisnya menjangkau 12 tahun?
pada dia hanya dia yg betul2 faham karenah anak gadisnya.
mampukah lelaki itu menjadi kawan gaduh anak gadisnya nanti? anak gadisnya selalu saja mahu menang, tapi selalu saja beri laluan padanya untuk berhujah. anak gadisnya enggan dipujuk, selalu lepaskan rasa hatinya dan kemudian berlalu, mengunci diri. esok bersarapan bersama & buat2 spt tiada apa yg berlaku. itulah anak gadisnya...mahu sj dimanja, tak boleh beri layanan lebih kepada adiknya. cukup cemburu, maklum sudah terbiasa dimanja, dah pandai berfikir baru punya adik.
mampukah aku lepaskan anak gadisnya pada lelaki yg mengaku menyintainya? samakah kasih lelaki itu sepertimana aku mengasihi anakku?bertahankah sayangnya pada anak gadisku? berkekalankah rasa cinta di hati lelaki itu nanti?
penyerahan ini tidak tahu bila akan berlaku, tapi suatu hari nanti aku pasti menyerahkannya walau tanpa aku rela. aku berharap lelaki itu akan mampu memberi bahagia buat anak gadisku...Amin

Khamis, 28 Mei 2009

how sweet...kesian kat blogger boy

sweet memang sweet...
letak cincin dlm desert, antara plot dalam cerita blogger boy, 1st episod di 8TV. Aku dh dapat agak citer ni, sure lelaki ni tak dapat awek ni....tak sempatpun habiskan manisan tu.garu kepala la si Budi mengenagkan proposalnya yg tak menjadi.
sah. Zehan mana nak ngan mamat yg baru nak merangkak. takat cikgu tuisyen jer kan...kata dia laa kot.

"yg sakit bukan hati, tapi ego kau!"

betul...betul...betul...

Mak gua ingat gua nak lagi kat mamat bengong tu, boleh jalan laa!
why don't depan org yg kita pernah cintan bangat, rasa nak mati waktu ditinggalkan dengan alasan keluarga kununya atau yg benarnya sbb ada awek yg meliuk lentok kat sebelah. Kita berlakon gagah.

Wajib beb, tunjuk sikit byk lagi ikan2 diluar sana yg sedang mengintai umpan kau. Dah besar kan? susah nak berlakon jadi manusia paling kuat semangat?
Cuba dulu beb, gua pun penah buat, siap berlakon2 lagi depan kwn, padahal dia hanyalah classmate gua. sampai konpius gak ar kawan gua ni.

"apahal lak minah ni dok manja2 ngan gua ni" tu mungkin kata hatinya sambil garu kepala

Betul! aku rasa, kerana keegoan juga buat aku jadi kuat.

Teringat kat mak yg baru tepon aku kejab tadi.
"orang depan dah nak kawin, kiri dah, kanan dah, belakang umah bulan depan, yg tengah2 ni bila ?"

"kenapakah, apakah?

kalau mak aku yg tanya aku tak la berangin sangat, sbb dia mak aku. tapi kalo makcik aku tanya,mau aku buat2 muncung.

rileks mak, ni bukan menda main2.ramai yg cakap perkahwinan adalah perjudian.ada orang nak kalah judi? mana ada kan? semua pasang strategi. nak dapat boyfren mungkin boleh, tapi nak pastikan dia adalah terakhir dlm hidup kita, bab tu yg penin.

aku percaya kata2 wonderpet.
"apa yg penting kerjasama!"

Isnin, 11 Mei 2009

khas buat bakal adik iparku

bakal adik iparku...lelaki..A*e
Aku rasa nama betul kau bunyinya agak kelakar, tapi aku lupa.

Habiskan kau punya study dulu

kalau dah keje, baru kau tau susahnya nak kumpul 9K tok pinang adik pompuan aku yg cun & santun

Aku tak kisah korang nak langkah bendul, siapkanlah sepersalinan untuk aku, walaupun aku tahu kau tak mampu nak sediakan Handbag Ferragamo mahupun LV untuk aku. Tapi jgn lak korang beli kat Petaling street barang yg kununnya berjenama semata2 kerana aku mahukan yg branded. Korang beli jer kat JUSCO atau SOGO time jualan mega. Bonia pun ok pada aku.

Kalu korang bertekak jgn kaco idup aku yg aman ni. Akak tak berminat nak jadi PBB, sebab nanti bila aku sound hang yg bakal jd adik ipar aku, hang masam muka, kata aku tak nak beripar duaikan hang, anak buah kepada Cikgu Bahasa Inggeris aku satu ketika dulu.

Aku rimas hang soh adik aku buat laporan..."dah sampai rumah ke belum?"

Aku tahu tu tanggungjawab aku untuk hantar & ambil adik aku balik keje. Tima kasih la menyusahkan telinga aku dengar bunyi hp. Insyaallah dia selamat lagi dengan aku. Aku sekarang ni dah jadi part time driver. Uh takpe, satu masa nanti ko kan ganti tempat aku. Pandai la ko nanti nak manage masa. Ko kan tau adik aku tu, sangat slow mempersiapkan diri cuma aku belum jahat tinggalkan dia kalau dia terlambat.

Kalo time gaduh, aku rasa agak malang, sbb nanti dia malas nak masak. Tambah geram lagi kalo aku balik lewat, aku penat,tengok muncung dia, aku 10 kali penat. Terus aku rasa nak terbalikkan kuali kat dapur umah ko.

Kalo dia tak angkat telipon, jgn memandai-mandai pegi tepon abah aku kat kampung. Kau tau sape nanti yg kelam kabut?

Hah tau pun, aku la yg susah! Nanti mak abah aku ingat dia ilang, padahal dia senang lenang kat opis. Kau tolong lah jgn buat mcm tu lagi, next time kau buat lagi, aku pancung kau sampai mati.

Tapi kadang2 best gak tengok adik aku buat kau gelabah,aku ketawa berdekah2, dia pun ketawa sama. Memang patut pun kami buat mcm tu.

Sekarang aku dah boleh ingat sikit2 no hp kau..mampus aku tak nak angkat tepon kau.

Kalau kau belikan dia hadiah, kau pastikan aku boleh tumpang sama. Saiz aku besar sikit jer dari dia. Aku share banyak benda dengan dia tapi aku jarang share pasal kau, sebab aku rasa korang budak2 lagi. Masih berhingus nak bercinta. Atau aku jeles sebenarnya? Aku tak pasti

Kau takdelah teruk sangat kat mata aku walaupun kau takde gigi akibat kemalangan jalanraya. Sumpah aku dan abah tahan ketawa waktu kau datang beraya.Untung kau dah pakai gigi palsu.
Aku ingat lagi, kau datang pakai baju melayu hijau,mesti kau rasa kau sangat hensem waktu tu. Abah aku muncung mulut kat ko, "tu bakal adik ipar nana, amacam?"

Aku ok jer. Janji adik aku suka.

Tima kasih tolong belikan barangan CNI minggu lepas, ko mesti nak amik hati aku kan? Bagus, nanti boleh aku dera kau lagi.

Semalam aku ada cakap kat mak aku soh kau, dia, adik lelaki aku & pasangannya naik pelamin sama2. Nasib kau memang tak baik, sebab adik aku tak nak share pelamin. Uwek...kena la kau kerja keras kumpul duit.

Buat bakal adik iparku, AWE---Aku doakan kau cepat kawin dengan adik aku.

Selasa, 21 April 2009

Saya lepaskan awak


Anak sudah 4, semua dara sunti. Walau cuba mempertahankan cinta yg disemai sejak di usia remaja, istana itu roboh jua. Kini sudah bertalak dua. Kenapa perlu merayu? Kenapa perlu menagih janji? Orang itu bukan selayaknya buat usu.
Kasih manusia akan pudar ditelan masa. Kasih yg tak berbaja akan hilang serinya. Sayang dihulur jika tak disambut takkan memberi makna. Orang itu, tak tahu menghargai. Takkan pernah belajar dari kesilapan. Orang itu memualkan aku. Hilang rasa hormat yg kutumpahkan padanya. Benar, kerana orang itu buat usu menangis, menderita. Suratan ini bukan usu pinta. Kelembutan usu buat orang itu merobek hati usu sesuka hatinya.Keruntuhan ini buat aku lebih berhati2. Aku pernah berada di fasa yg sama, cuma aku tidak bertalak.Sakit, memang pedih!Aku hanya mendengar tanpa bersuara kerna ku juga sedang menangis, sedang memujuk hati, sedang enak2 dengan perasaan sendiri.
Pulanglah usu, kami menanti.

Isnin, 20 April 2009

senyum kelat si dara

Resam balik ke kampung, berkumpul beramai2, kebetulan berbincang akan majlis kenduri sepupuku yg bakal menjelang...aku tambah tension!

Soalan favorite pakcik & makcik yg caring...anak dara ni bila lagi?
Adoi...aku tak boleh lari, muka aku yg selalu merah bertambah merah!
kalian tolong fahami aku untuk 5 detik boleh tak?cukup 5 detik, aku tak minta lebih, sekali lagi 5 detik..
ibuku memandang, aku tahu dia faham yg tersirat disebalik senyum kelatku.
Terima kasih mak yg sangat memahami!

Dia selalu menjawab bagi pihakku. Dia selalu menyelamatkan aku.
Terima kasih sekali lagi ibu kesayanganku!

Aku bukan manusia kejam, menidakkan jika adikku ingin berumahtangga dahulu. Teruskan dgn niat sucimu.
Hey, aku tumpang hepi jika kalian hepi dgn pasangan masing2.

Aku minta kalian waktu & selepas detik itu, kalian ada hak ke atasku. Jika itu kalian fikir yg terbaik buatku, aku dengan lapang dada menerimanya. Aku masih menunggu gerangan putera itu melutut dihadapanku persis cerita dongeng hikayat raja2 dahulu.

Aku angau lagi....
aku tak suka bersendiri,lagi pula aku tahu aku akan layu & tidak sekuat aku.
tapi ditengah sesak manusia, jiwa aku tetap kosong
cuba berlapang dada, intai sini & sana

aku ditaman mencari tenang
kalut yg datang
mengarut!
Ketenangan air tasik buat aku jadi bertambah kacau.

Aku beradoi sekali lagi
Hepi tetap hepi
aku ada aku yg menyayangi aku & hidupku
aku ada aku yg kuat mempertahankan aku
aku ada aku yg sentiasa leka dengan urusanku
buat aku rasa selesa dengan diriku
buat aku gembira dgn hidupku
buat aku ketawa dgn peelku

Rabu, 15 April 2009

Kadang2 aku fikir hidup ini tidak adil

kadang2 aku fikir, hidup ini tak adil

Aku bukan bosan dengan hidup aku. Pernah juga aku terfikir tak cukupkah apa yg aku miliki sekarang? Aku ada keluarga yg sentiasa memberi sokongan mahupun kasih sayang. Aku punya teman yg mampu berkongsi cerita.

Masa bekerja (dulu) di Melaka, ramai yg tak percaya aku masih single....

kakak2 yg prihatin melihat anak dara meningkat usia, punya kerjaya yg bagus (menurut mereka) ke hulu ke hilir bersendirian.

Teruk sangat ke kalau tak berboyfren ? So yg tolong mencarikan aku teman pun ramai...Tima kasih yer semua.

Realitinya pemuda diluar sana agak takut dgn wanita zaman sekarang. Aku tak nafikan mereka2 yg ada kualiti semua dah jadi milik orang. Takkan nak gi rapat2 ngan suami orang pulak...Cari nahas, nanti ada lak yg masuk paper kena kerat 21. Bikin panas satu malaysia.

Kalo ada pun, mereka tak berani nak dekat dengan kita. Takut kononnya taraf pendidikan berbeza. Alamak brother, come on la. Kalau you all ada daya usaha nak majukan diri, orang pompuan memang tak kisah. Point aku kat sini....takkan pompuan kena berhenti berusaha semata2 nak tunggu lelaki kejar mereka.

Tapi jangan la korang asyik nak melepak kat kedai kopi macam ahlil politik pastu balik rumah terus buat taik mata. Istri mana tak marah beb!

Pendapat kawan baik aku lagi (kawan baik aku ni lelaki)
Pompuan suka mengungkit. Betul ke?
Dia cakap lagi. Pompuan bila marah tak berfikir panjang. Ikut suka jer nak cakap ape. Pulak nanti terkeluar la isi hati yg dah lama terbuku pasal perkongsian hidup dimana istri byk jadi tukang support dari segi kewangan.
Kadang2 kata fahd ada betulnya....

Dia kata lagi, kalo dapat istri yg bekerjaya selalu kena makan kat luar.Dengan kata lain tak merasa air tangan istri.
Put the things this way...
kita sama2 penat bekerja, jangan nak harap istri dapat masak gulai kepala ikan waktu malam, tunggu la hari cuti. Kalo dia masak jgn la banyak komplen. Lagi cantek kalo korang tolong dia kat dapor, tolong kaco gulai pun dia dah rasa dihargai.
Masalahnya lelaki ni (bukan semua) suka dok melepak layan tv, istri ni terhegeh2 la kat dapur nak masak. Kalo ada anak pulak, tolong tengok2 kan anak pun dah cukup. Ingat tanggungjawab istri hanya melayan suami, yg lain sebenarnya tanggungjawab suami.
aku rasa ramai kakak/istri kat luar sana jealous ngan lelaki..aku pun sama!

Ok, kita tengok berapa ramai wanita bekerjaya mencecah usia 40 tahun tak berkahwin (aku belum termasuk lagi arrr).
Tak yah gi jauh2, dekat2 ngan aku ni pun ramai. Cukup melayu, cina india, semua antar satu wakil. Tuhan tak berlaku adil ke pada mereka ke? ...eee kalo tetiba la Tuhan panah petir kat aku...

Kata fahd lagi..hang memilih sangat..
Tak rasa ke memang kena pilih? Bukan yg teruk2 pun kami minta. Bukan yg kaya pun kami hajati....
cuma seorang suami yg dapat melindungi & membawa ke jalan yg diredhai.

Teman rapat boyfren kamu?

pernah mengalami situasi begini?

Hohoho...

Pada yg pernah mengalaminya bagaimana perasaannya?

Pernah tak kalian terfikir bahawa dia akan menjadi teman istimewa?

Banyak gak la aku terbaca artikel ni kat majalah & ada teman2 yg mengalaminya sendiri.

Ok aku tak nak sentuh saat indah mereka (tu yg mereka laporkan) sebab masa tu kentut pun berbau wangi.

Part yg tak bestnye, bila dah break...[kenapa mesti break kan, sepatutnya mereka kawin...hepi ending ;)]

Mula2 break , sammada si teruna ataupun dara akan berjanjilah yg kita akan jadi kawan sampai bila2. So boleh kongsi masalah walaupun dah break kan..

Hangpa rasa boleh ke?

Memang susah woooo, nak nak lagi kalo 2 minggu lepas tu dia dah berteman. Rasa nak jer pecahkan cermin kete dia kan?

Paling2 pun buat garisan panjang kat kereta kesayangan dia..muahahaa

kenapa tak boleh?

sebab korang dah bagi 111% kat dia, kononnya dia lah soulmate!

Mesti tak pernah walau sesaat pikir yg burok2 pasal dia (ishhh mesti berfikiran baik kat orang)

korang akan rasa dia masih sayang kat korang, walaupun sebenarya tidak. Dia bukan caring ngan korang sebaliknya berasa simpati. (Ish...ish..ish..kenapa la minah ni tak paham2 lagi).

DIA BUKAN JODOH korang

T.I.T.I.K

Selasa, 14 April 2009

inikah namanya cinta?

Semakin ku usir semakin ia hadir, semakin kulupakan semakin ia membelenggu fikiran.
Biarpun jauh ku larikan diri namun ia tetap melingkar di tangkai naluri.

Ahad, 12 April 2009

CINTA 2 BENUA- Jangan diuji cinta seorang wanita

Ringan saja mulut Kak A bercerita tentang kisah cintanya dalam bas sewaktu kami sama2 menaiki bas yg sama dari UPM menuju ke Plaza Kota Raya.
Cinta 2 benua.
Waktu itu aku berada di Tahun 1. Aku bukanlah terlalu rapat dengannya, mungkin dgn meluahkan perasaan akan menjadikan beliau lebih lega. Beliau adalah senior di Kolej ke 5, aku menginap di Kolej 12 tapi selalu melepak bersama Deela yg kini sedang menyambung phD di UK dan Ima yg kini berjuang mendidik anak bangsa.

Dok kat Kolej lama, best cikit, hapening!!!!! Bukan mcm kat kolej aku yg macam sarang merpati.
Setiap hari dia akan menghabiskan masanya di cybercafe untuk berchating. Waktu ni aku memang buta IT, nak chat pun tak tau lagi.

Ceritanya lagi, dia sanggup menunggu kepulangan insan tersayang yg menyambung pelajaran di Jepun. Masanya dihabiskan berchatting dengan buah hati sedang teman-teman lain leka dengan kehidupan sebagai pelajar. Dugaan yg ditempuh terlalu banyak, perasaan cemburu datang dan pergi disulami dengan ketidakpercayaan sang teruna terhadap dirinya yg memiliki wajah menawan.

Perempuan terkenal dengan rasa cinta yg mendalam & setia yg keterlaluan.
Tapi cinta itu akan pudar jua bila teruna yg diharapkan melukakan hatinya berkali2 tanpa pernah ada sekelumit rasa kasih padanya lagi. Jangan diuji cinta seorang wanita. Dia nekad memutuskan perhubungan walaupun kekasih hati yg ditunggu sejak 5 tahun yg lalu akan berada di tanahair dalam masa sebulan saja lagi.

Kejam? Bagiku ia berpatutan. Love is beautiful, tapi mengapa perlu dia bersedih selama 5 tahun? Menyeksa diri?

“Jemputlah datang ke rumah, nanti akak bagi kad”
“aik, akak kata dah putus,”
“Jodoh nana, akak baru kenal dengan bakal suami akak. Ini ketentuan Tuhan dan akak tak mampu nak menolaknya. Mungkin nana beranggapan akak putus dengan x boyfren akak disebabkan akak berjumpa dgn org lain” ujarnya sambil tersenyum

itu kali terakhir aku berjumpanya & aku harap dia masih mengenaliku jika berselisih bahu nanti. Aku juga mendoakan moga dia berbahagia bersama keluarganya.

Nota kaki: Kak A bertugas sebagai guru kaunseling

Amanah Karmila

Bersatu dalam cinta.........itu tagline untuk cerita ni yg bersiaran setiap sabtu jam 6-7 ptg di TV2.
Ibu mana yg tak sayangkan anaknya. Seorang ibu takkan membiarkan anaknya berlapar. Seorang ibu sanggup memakan racun demi seorang anak kecil. Begitulah pengorbanan seorang ibu. Perebutan hak ke atas seorang anak kecil diantara ibu biologi & ibu yg menjaga afik-anak comel yg menjadi rebutan. Persoalannya siapa yg berhak?

Kalau diajukan soalan itu kepada aku, aku sukar memberi jawapan disaat meletakkan diriku dalam kedua2 watak diatas. Anak yg dikandung 9 bulan tapi tidak dapat dibesarkan lantaran Karmila dijatuhi hukuman di sel. Sementelah pada ibu yg telah memberi sepenuh kasih sayang kepada Afik sejak dari kecil lagi. Anak mana yg dapat menerima kejutan bila mendapat tahu dia miliki 2 ibu.
Bagaimana perasaan anak kecil ini?

Khamis, 2 April 2009

menyintai tak semestinya memiliki

dia, pernah hadir dalam hidupku
tapi aku tahu dia bukan untukku
aku menerima ketentuan itu dengan hati terbuka

aku perlu bijak
jangan diikut kata hati
aku cuma berharap agar Tuhan
kurniakan aku seseorang lelaki
bilamana aku perlukan dia
dia ada disampingku, menasihatiku, menegur salahku
dan
aku ada bersamanya
disaat dia mahu menyandarkan kepalanya di bahuku
mohon mendengar permasalahannya
setia bersamanya setiap detik & waktu

uhu jiwang karat!
Hidup ini bukan semudah disangka. Life is a journey!
Kalo ada mesin merentas masa, akulah orang pertama ingin memilikinya
Mahu tahu apa yg menunggu di depanku

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN

Aku bukan mencari kesempurnaan dlm diri seorang lelaki tapi aku akan cuba melengkapi kekurangannya. Aku harap aku akan bertemu seseorang yg mencintai kekuranganku....Makmum dah ade, tengah tunggu imam je ni.

Seorang teman memanjangkan emel ini untuk renungan bersama.

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamudan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Rabu, 28 Januari 2009

1st date

below is my fren suggestion for 1st date..

Q: movie?orchestra?teater
A: dahla baru kenal, tetiba nk tengok wayang. kalo kwn ok la, leh gak sembang2/komen
Memang lah sweet jer, tapi tak kena gaya lagi. Kalo dah capel ok gak la.kang samada aku atau dia yg keras. Buat lak citer tak best mau tido dlm panggung.G tengok wayang mesti ngan org yg kita kenal, satu kepala boleh layan sama. Baru best!

Q: Lepak kat Secret Recipe, Dome, Starbuck?
A: hah tu ok, coz baru nak get to know each other. 1st impression penting. Kalo mamat tu datang dlm keadaan segak/kemas. Ada potensi tuk 2nd date. Tapi kalo dia datang ngan baju bau masam, nak lepak pun tak best beb. Tapi nanti dia ingat kita ni high class sedangkan kita bukan dtg dari family berada...Minah ni demand la. Waima makanan kat situ, tak lah mahal sangat. Standard la dengan tempat dia & servis yg diberikan. Kalo gi kat tempat biasa2 nanti takut suasana tak mengizinkan, bising, ada bau2an etc.Cakap pun kena pekik2.kan dah tak best tu.

Q: Ni kami smua pecah perut....Lepak kat taman KLCC..sowi Lisa..
A: Mat bangla & myanmar pun ramai kat taman tu, kang dema nak join sekali. Aku pu tak bape nak paham kat couple yg g dating kat taman tu ime matahari tegak atas kepala. Masa bercinta semuanya indah. Tapi agak2 la, kalo yer pun tengah hangat.

Selasa, 13 Januari 2009

Cinta Lelaki - HM Tuah Iskandar

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami . Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati.Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

Khamis, 14 Ogos 2008

Scan Mode...

I love people who force me to think... Indirectly they development my thinking skill, hey bukan masak jer ada skill, Nk pipette pun confirm kena ada skill. When we talk about skill ni, nak choose boyfren/girlfren pun kena ada skill...let me brief you guys how....

1. MS2SCAN- in this point of time, semua manusia2 depan mata, nampak ok ada potensi untuk jadi boyfren/girlfren. normally yang kacak akan tersenarai, kurang handsome, senarai ke 15. Baik lelaki ataupun pompuan, sure senarainya berderet, kalo satu tempat keje, nah ekor mata asyik perhatikan org yg dimaksudkan.Scan type yg ni, kata orang aci bedal je, janji ada potensi, kira masuk dalam senarai panjang

2. SIM Mode - In realitinya walaupun kita tak berapa nak lawa, sure tetap suka pandang yg indah2...Sama jer lelaki ke pompuan ke...During This Selected Ion Monitoring (SIM), we start to senarai pendek, criteria such as , boleh jadi pemimpin (boleh bawa kita ke jalan yg diredhai Allah), intelligent (smart), ada kerjaya, bukan suami orang, bukan tunangan orang walapun ada gak pompuan berani mati sanggup rampas merampas (dalam kes kita ni yg baik2 je la erk). Daripda 20 sekarang maybe dah jadi 8. Nak cari suami/isteri bukaan macam nak beli ikan kat pasar..saper kata? Zaman la ni, beli ikan pun orang cerewet tau. Jangan melampau sangat, kata orang agak2 la. Cari yg sekufu, kalo kita biasa2 jer, jgn la cari yg handsome nak mati. Fragmentor dah tak betul dah tu,nanti susahkan diri sendiri.

3. PRODUCT ION SCAN- Precursor ion kita dah tahu, so product ion pun kena tentukan. It s good to have 2 product ion, satu jadi quan ion satu lagi jadi qual ion. Maknanya dah tinggal dua dari 8. Ada la criteria dalm diri seseorang tu kita tak bape nak berkenan, or mak tak suka, poyo sangat, berlagak sangat, pemalas, keanak-anakan, tak pandai berdikari, kepala angin dan macam2 lagi yg tak berkenan di hati. So tanya kat hati, setiap pagi orang yg mcmne yg nak kita hadapi.Aku ingat kata2 mak aku “biar sakit mata jangan sakit hati”...

4. Multiple Reaction monitoring- During this mode, you have to determine what you really look for. Maybe you can uji them.Ask someone closed with her/him. Get as much as possible information bout them. Choose the best person who have higher intensity & specificity. Hopefully recovery tinggi so that you know that u make a right decision.
OK guys...
G O O D luCK!

Khamis, 7 Ogos 2008

jODoH

Selamat pengantin baru Along! akak doakan along bahagia...

Kenapa kita ditakdirkan meminati lelaki yang sama? Dia jodoh untuk kita berdua ke?Gelombang aura 2 wanita pada lelaki yang sama, bagaimana boleh terjadi? Kenapa perlu ada perkongsian perasaan? Kenapa tidak kau untuk aku dan aku untuk engkau.? TITIK...
Kenapa tidak kita ketahui siapa jodoh kita?supaya kita tak buang masa mencari bakal suami kita. Ok, jodoh Nana dengan si Polan Bin Si Polan. Jumpa dengan org yg dimaksudkan dan kawin.
Kan senang!Apa tak best macam tu? Bercinta lepas kawin lebih banyak baik dari buruknya. Mak & abah tak bercinta pun sebelum berkahwin..semuanya atas percaturan keluarga, bahagia je sampai sekarang....