Memaparkan catatan dengan label tabiat vs habitat?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tabiat vs habitat?. Papar semua catatan

Khamis, 25 Jun 2009

cukup bagus?

how bagus is bagus?
apa definisi bijak?
penafsiran bodoh itu pula bagaimana agaknya?

melihat keperluan memiliki kebijaksanaan akal fikiran, luas maksudnya. Samaada sedar atau tidak, kebijaksanaan seseorang bukan berdasarkan berapa banyak buku falsafah , sejarah, kimia, mahupun biologi yg dibacanya. Lihat dari ruang lingkup yg berbeza. Kagum ya aku kagum mereka2 yg punya kesempatan membaca buku2 falsafah dan code pembacaan mereka untuk dikongsi bersama blogger yg lain. Tapi bagaimana jika ada yg menganggapnya sbg poyo or berlagak, mahu tunjuk pandai?
terserah bagaimana penerimaan mahupun cara mereka berfikir(maksud aku si pembaca). Jangan biarkan emosi mengawal gerak kamu. Dalam konteks lain pula, pandangan rakan mahupun blogger yg lain dirasakan tidak relevan, lari dari maksud penulis atau sebenarnya penulis itu sendiri telah meletakkan satu pendirian yg mana pada yg membaca" SILA AMBIL INI PENDAPAT BULAT2"Jangan kau berani menentang idea tulisanku! wakakaka

Ok serius kembali...

Orang ini aku labelkan pengecut. realistik la jika mahu bersuara lantang. Kau mungkin pemimpin masa hadapan tapi jgn menidakkan pendirian orang. Perlu ada seni dalam penegasan dan jangan sewenang-wenangnya merasakan kau tahu semua. contohnya begini "bla....bla..bla itupun jika kau faham maksud Mada......"

ini ayat memperkecilkan seseorang pada hemat aku.
kenapa aku kata begitu?
sebabnya...mudah! tidak menjadi keperluan kau untuk menjatuhkan orang lain. Ambil pendekatan rasioanal. Aku suka membaca tulisan tangan Faizal Tehrani. Ya mungkin kerna dia punya seni meyakinkan aku dengan caranya dlm setiap entrinya & buat aku duduk sejenak & terfikir berfikir

Tingkat ilmu bagaimana dikira cukup bagus untuk apa yg aku bebelkan diatas?
aku rasa keupayaan kau buat pembaca berfikir adalah tingkat kebagusan tak terjangkau tanpa perlu mendedahkan ketidakcerdikan kau mengekpresikan diri yg kau bijak sebenarnya

Sekian bebelan aku untuk hari ini

Rabu, 20 Mei 2009

OTAK LELAKI?..Pergh...

Cet..seorang teman memanjangkan emel. Tengah mengoogle emel masuk & aku click. Emel lawak, perlu baca, maklumlah tengah cari tenang sambil layan sengal.

Aku pompuan miliki otak lelaki?

JOM ikut gua

Korang laki ka pompuan..this is the fact!! ....uji minda..
Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia..
dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....

Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F ' s dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
OK? berapa banyak?
tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS

Salah,
sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF". Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F ' s pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN

Ini apa makna?
Lelaki kurang detail?
Aku akui tumpuan tidak pada perkataan OF, sibuk sangat cari F dari perkataan yg len.

Bodo sekejap..maknanya aku fikir mcm lelaki berfikirkah?
Aku bingung...tolong
Dalam banyak hal, aku kira aku remeh, suka pikir yg tidak2. Mahu aku saja betul...biasalah aku pompuan..memang tak puas hati.kenapa aku kira 3 jer huruf F.

Sengal fikir...best gak berfikir cara lelaki...patut aku boleh lepak ngan kwn2 lelaki lama 2 kot. adakah disebabkan ini?

konpius aku mehhhh!

Ahad, 17 Mei 2009

Kurang peka

Kebelakangan ni aku sibuk melayan blog sendiri.
Senang citer, layan sengal!


Dah lebih dua bulan tak buka facebook n frenster. Takat nak hai2 macam tu ngan kawan lama aku kurang gemar. Sebabnya aku lebih suka kalau dapat berborak lama2, share citer dulu. Tapi masa mereka untuk aku telah dicuri oleh suami mahupun boyfren masing2. Aku tak bermaksud kawan2 sekarang membosankan. Cuma aku mahu ingat kenangan lama. Kawan aku sekarang, akan jadi kenangan yg aku ingin pada satu ketika nanti. Nah, sekali lagi aku tak tahu menghargai!


Aku tak sedar mereka yg berada disekeliling aku menghargai aku saat ini. Buat diri rasa ingin mengalirkan airmata. Aku sandarkan bahuku pada mereka, berkongsi cerita.Mahu mereka faham aku. Mahu aku faham mereka. Mendengar keluh kesah aku, cukup buat aku berasa lega. Berbicara dengan blog, buat aku rasa, aku sentiasa betul, walhal perkara mungkin adalah sebaliknya.
Untung punya kawan!
Tapi kalian harus maafkan aku kalau aku kurang peka.
Kadang2 aku selfish.
Maafkan aku yer.
Sori! ampun!
Lagi2, saat ini...jiwa kacau
mahu tenang
mencari damai
dihujung ada cahaya
terlalu jauh untukku gapai
tak sempat untukku kejar
Biarlah...

underestimate?



Jgn ingat org diam, mereka tak tahu. Mereka mungkin tidak mahu "sesuatu" menjadi lebih BESAR.
kerana ia buat aku BOSAN
Nanti aku boleh SAKIT OTAK
Aku jadi PUSING
Bisa buat aku PENING
Takut nanti hatiku BENGKAK
Aku RIMAS
Aku mahu hepi2 layan blog
Bukan cari SENGKETA


T.I.T.I.K

Sabtu, 9 Mei 2009

kenduri kawin..



Manusia bergelar insan

Aku tak hairan dgn gelagat manusia yg kabur dalam terang, yg pekak diselubungi bingar.
Aku tahu bukan aku sja yg faham satu2 ilmu & aku mengerti jika dia emosi. Tapi aku takkan pernah mahu mengajar manusia yg kau begitu & begini.
Aku keliru kala berhadapan dengan makhluk Tuhan yg fanatik lagi taksub. Aku selalu meletakkan limit dimana aku harus berpijak, sempadan mana harus aku waspada.
Aku tahu dimana titik yg aku perlu noktahkan. Tak perlu berperang kerna nanti, aku lagi bodoh dari bimbo lagaknya.

Isnin, 20 April 2009

Terima kasih sahabat!

aku menoleh ke belakang, rupanya aku sukakan pujian

Mahu dipuji atau dicaci?

Aku memilih untuk dipuji. Aku jadi lebih bermotivasi bila bekas boss aku menampal kertas kecil disertakan dgn "good job" pada laporan analisisku. Hilang penat 12 jam bekerja.Bukan pujian yg aku harapkan cuma secebis penghargaan. Betapa aku lelah dgn peelnya.argh memang tak terkata....

Biarkan jika dia sekadar mengambil hatiku kerna dia telah mencuri masa senggangku. Aku maafkan dia.

Mungkin lelaki itu manis mulutnya. Mungkin dia seenaknya berkata2.

Aku kesal tidak berkongsi duka, atau mungkin dia tahu aku begini orangnya

"sikap kamu yg sebegini bisa merosakkan nama baikmu"

aku takkan pamerkan kebodohan pada mereka yg tidak cerdik akal

Tuhan membutakan hatinya, lantaran air suci tidak pernah singgah di anggota badannya.

Hanya pada Maria aku berkongsi cerita. Dia ada waktu aku gundah gulana. Dia disisiku bertukar cerita. Terima kasih sahabat!

kau mahu disanjung atau di geruni?

Kalau kau melihat kecil aku seperti kecilnya iris matamu, kau memang angkuh!
Kau mahu aku menyanjungmu?
atau kau lebih suka aku menggerunimu?

Jika kau tanya aku...
Aku memilih menyanjungmu
malangya kau memaksa aku meggerunimu
Tak adil pada kau & juga pada aku

Takut, memang aku takut!
pedang kau hunus tunggu masa kau benamkan bilahnya

aku tak mampu bersuara
aku tujukan pada kau bukan pada sesiapa
aku elok 2 saja, gembira tentunya
Aku berdoa moga2
Tuhan bersihkan jiwanya

Serius! Perlu serius dalam menjalani kehidupan.

“Manusia yg paling rugi ialah manusia yg merasakan hidupnya tak ada erti, hidupnya tak ada makna “-Tuah Iskandar

Terkadang aku terfikir adakah cukup aku serius menghadapi hari2 yg telah berlalu & bersediakah aku dgn hari2 yg mendatang? Manusia sentiasa diuji oleh Tuhan untuk melihat sejauh mana kita mampu menanganinya. Allah hanya menguji pada mereka yg Dia yakin mampu menghadapinya, walaupun bukan dengan senyuman!
Hidup punya gelombang yg bisa buat seseorang mengaku kalah. Tak dapat dinafikan,perjalanan hidup tidak semudah yg disangka. Manusia yg ingin cemerlang (kalau boleh dikatakan begitu) perlu berkorban.

Sabtu, 18 April 2009

Aku ignorant?

Ignorance is the state in which a person lacks knowledge and is unaware of various issues in general. This should not be confused with being unintelligent, as one's level of intelligence and level of education or general awareness are not the same. The word 'Ignorant' is an adjective describing a person in the state of being unaware. The term may be used specifically (e.g. "While he is an expert in math, he is totally ignorant of history.") or generally (e.g. "He is an ignorant person.") -- although the second use is used less as a descriptive and more as an imprecise personal insult

SOURCE:wikipedia/merriam-webster.

Jumaat, 17 April 2009

PONDAN kaki tampar?

Diberitakan dalam sembang pagi antara Mazidul sidek & Abby Fana di TV3, seorang pondan telah berjaya ditangkap atas kesalahan menampar perempuan2 cantik.
Giler ke ape?
Maknyah ni dah la mengalami krisis identiti, tambah kesian lagi ada penyakit jiwa. Persoalannya mengapa dia begitu? adakah kerana dia tidak berjaya menukar keseluruhan bentuk fizikal membuatkan dia bertindak sedemikian?
Kelompok kecil golongan ini juga terdapat di IPT. Teringat pada junior di jabatan yg tanpa rasa segan silu mengeluarkan compact powder sambil touch up muka.
Aku melihat ianya adalah kerana kemahuan diri yg tinggi untuk tampil cantik. Aku lebih berbangga kalo kau boleh jadi lelaki sejati. Tak kira lelaki mahupun perempuan mahu tampil menarik. Aku suka mengaitkan golongan ini dengan "personel yg mahukan perhatian".
Golongan kecil ini mampu menarik freshie yg "ala-ala lembut" untuk bertukar kepada lembut secara total.
Semasa di tingkatan 4 aku pun nyaris menjadi mangsa pondan2 tua. Kesan daripada memerhatikan sekumpulan maknyah yg leka membeli perhiasan rambut. Aku & kawan2 dikejar dari dalam sebuah mall di ipoh (aku lupa namanya) tapi berjaya menyelamatkan diri sebaik sampai di Ocean. Traffic light menjadi penyelamat kerana kami berjaya sampai di seberang sebelum lampu oren bertukar merah.
Kekuatan fizikal mereka sama spt lelaki, kita sedia maklum yg mereka memang lelaki. Pengalaman bagai dikejar penjenayah!Kalau aku & rakan2 tertangkap tak mustahil kami akan diganyang cukup2.
70-80% maknyah terdiri daripada melayu!
Ramai yg berpendapat golongan ini tidak mendapat layanan sewajarnya. Memang patut pun kalo mereka tidak diberi layanan untuk menukar status jantina mereka di dalam kad pengenalan.
mereka perlu menerima ketentuan bahawa mereka dijadikan sebagai lelaki. Kecenderungan minat tidak menghalalkan golongan ini untuk melakukan penukaran jantina.
aku kira ramai saja golongan lembut ini berjaya dlm karier tanpa membelakangkan agama.
semoga mereka insaf

Khamis, 16 April 2009

kecut perut aku...

Kalut sungguh hari ni...
tengah leka dok belek micro balance ngan cik pensyarah muda kita (AFU), tetiba supervisor aku call.
Adoi...apasal lak ni...
aku dah kecut perut, kan esok baru aku kena present?
asal tepon aku la ni?
report aku tak siap lagi la...kalo dia minta la ni, aku kasi chromatogram je arr....tengah bikin kasi cun lagi.

aku angkat tepon. Betul ,memang dia nak nak cakap ngan Suzana, tapi Suzana lain da..

Dah arr pagi2 lagi dia emel soh aku wat broschure tok seminar & nak aku kena siapkan arini gak (walaupun aku hanya tolong wat layout jer kan). Kalut gak arrr pagi tadi.
anyway, thanks to kamila. Really appreciate your cooperation dlm membantu!

Fobia ckit arr kalo
1)supervisor aku tepon lab & nak cakap ngan aku
2) emel!!!! tiap pagi benda yg aku paling takut nak bukak!

ketakutan yg melampau terhadap supervisor boleh MEMBUNUH aku!

Ni HABITAT bukan TABIAT

Selasa, 14 April 2009

gua percaya kata lu ..2

Sahabat seseorang yg selalu hadir di masa kita sedih & kesepian. Selalu bersama saat duka lara. Memahami & boleh menghiburkan. Dia membantu kita bangun tatkala kita jatuh. Sama menitiskan airmata bahagia tatkala kita senang. Menjadi teman yg menghiburkan semasa kita tidak punya sesiapa untuk bersandar.

Isnin, 13 April 2009

manusia berfikiran lemah menulis hal sendiri?

“Mungkin ada orang kata, manusia berfikiran lemah menulis hal sendiri, tapi manusia berfikiran besar menulis idea”

Aku terpanggil untuk nak komen kat kata2 diatas. Aku code dari satu blog yg aku suka singgah.

Kenyataan yg aku harus terima, blog aku berkisar tentang aku. Maksudnya blogger beranggapan aku berfikiran lemah la ye?
Cop! Jangan cepat melatah beb. Blogger ni pun sedar yg blog ni membantu kita express our feeling.Part yg tu aku setuju.
Semasa aku bekerja (lebih kurang 4 tahun) aku tak punya masa nak berblog. Yg aku tahu, kerja kerja & kerja. Tension keja memang aku tak nafikan. Internet di opis aku gunakan sebaiknya. Aku hanya membuka yahoo mail ku (sbb emel keje sumer masuk kat company emel) bila perlu & ari sabtu (yg sepatutnya ari cuti) aku datang menyudahkan keje2 yg terbengkalai barulah aku buka friendster.

Apa faedahnya blog?
Luahkan apa yg aku rasa!
Ya itu yg sebaiknya. Aku puas setiap kali membaca kembali setiap entri. Cerita aku cuma berkisar pengalaman aku & rasa tidak puas hati aku. Basically, semua tentang aku.
Tak berfaedah?

Kenapa tak tulis tentang sesuatu yg lebih membawa makna?
Kenapa ya?
Yang tu aku serahkan pada blogger yg minat. Ternyata ramai blogger yg berbakat kat msia ni.Aku hanya baca blog dema & kalo tak setuju aku tingalkan komen. Senang.Malas nak pk benda susah. Research aku sendiri pn dah cukup memeningkan kepala so tak perlula aku berblog benda yg susah2..

“yang senang2 saja, yg penting dia gembira” huhu

Lagi satu, aku boleh asah bakat yg terpendam. Dulu aku minat baca buku Ahadiat Akasah, so berfantasi dengan citer zaman remaja dia. Aku ada tulis citer pendek dalam satu buku, tapi dah hilang...
Masa kat matrik, Miss Yuni (lecturer Bahasa Inggeris ) penah tanya yg aku nak jadi apa. Agaknya sebab tension belajar sains kat matrik, aku jawab aku nak jadi journalist! Hahaha
Sekarang aku tengah asah bakat. Nanti dah bersara dari dunia penyelidikan boleh “merapik meraban”. Memang sesuailah dengan umor nyanyok + dapat lak penyakit Alzheimer.
Satu lagi, manala tau kalo aku dah berjaya kelak, blog ni dah dikira sbg biografi aku, copy & paste jer nanti. Hahah
Oh perasannya aku!
Blog ni jugak mempamerkan ketidakseriusan aku menjalani hidup aku waktu budak2 . So kalo ditakdirkan aku punya anak (minta2la aku bertemu jodoh) nanti, aku tak boleh nak marah sangat ngan anak aku kalo dia nakal. Pasal aku pun sama gak.Aku sedar kekentalan jiwa aku menghadapi perangai senior2 aku kat sekolah dulu mematangkan aku. Tima kasih sekolah teknik yg terkenal dengan double standard!

Kebanyakan entri aku karang masa kat bilik. Bila terlintas je sesuatu kat fikiran aku, aku akan tulis dalam diari kata kunci.Ada masa terluang sambil tengok tv , aku akan buka laptop & mula “Meratip meraban”.

Ni memang TABIAT bukan habitat!
Sekian

Gua percaya kata lu, tapi.....

Amin, gua percaya kata lu


sukar nak menerima teguran mahupun kritikan dari sahabat/teman/kawan. Biar kritikan itu datang dari kenalan jauh atau orang yg baru kita kenal 5 minit yg lalu. Malas nak komen lebih2 kat blog awak, nanti awk ingat saya suka provoc pulak ;).

Ada masa sat g, saya tulis kat blog saya pengalaman sendiri.....TUNGGU.......

PEACE no war

Hi5 Emoticon

Bukan nak provoc mamat yg bernama Amin ni. Happen to me masa aku budak2 kecik, zaman undergrad kat UPM. Tiba2 seorang teman bernama sahabat mendekati aku. Bertanya jika aku jujur padanya, katakan apa sahaja yg dia rasa kelakuannya yg tidak manis di mata aku.



Dengan ikhlas aku katakan "hang begitu & begini". Aku tak berkenan hang buat begitu & begini, kita kan pompuan"...



Apa jadi selepas tu? Antara kami seperti ada tembok kecil yg memisahkan. Hampir satu semester kami renggang, ada je jalan dia mengelakkan diri dari aku. Mana perginya sahabat? Esok pun aku boleh dapat kawan baru, tapi sahabat? Bukan boleh beli beb. Ramai yg menyedari keakraban kami yg mula longgar. Sementelah pula, dia berlainan course, aku try cari dia kat fakulti pun takde. Kesibukan aku menyiapkan projek Tahun Akhir buat aku lupa seketika apa yg terjadi.

Lama aku memikir "salahkah aku?, dia cakap sbg kawan aku ada hak nak nasihati dia.

Bila fikir2 balik, kenapa aku tak pandai nak jaga perasaan sahabat baik aku sendiri?

Tipula kalau aku cakap aku tak tersinggung kalo ada orang yg cakap "aku begitu & begini". Aku bukan kayu yg tak punya perasaan. Tapi cara mana kita menangani isu ini amat penting. Rasa macam Dr Tuah Iskandar plak!

Satu hari, dia datang ke bilik aku

"Nah, amik ni baca". Artikel dalam sebuah majalah dari seorang pakar motivasi.

Aku pun membacanya. Tersenyum aku dibuatnya.

"Poyo la hang, ari tu hang cakap aku boleh kutuk hang, walaupun pedih, hang akan terima"

"Ye la, apa yg kau cakap tu betul. Tapi pastu kan, aku cakap hang macam bagus. Bila balik bilik, aku pk balik memang hang cakap, banyak yg betul. Tapi aku malu beb, nak jumpa hang balik. Sampai la aku jumpa artikel ni"



Aku akui, sukar menerima kritikan dari seseorang yg rapat dengan kita. Boleh perang besar woooo.Bila menginjak dewasa ni, aku katakan pada diri aku "terima sahabatmu seadanya, dia akan berubah"

Persoalan bila dia akan berubah, kita serahkan pada Allah.

Jika berkeras juga nak berterus terang, pastikan kau memberitahu kepadanya dengan cara yg paling berhemah. Mungkin ketika bergurau bersamanya atau kau perangkap dia dengan situasi.

Jangan mulakan ayat "Jom kita dok sekejap aku ada hal nak cakap ngan hang pasal "habitat" hang........bla...bla..bla

Pengalaman macam ni, tak boleh nak beli kat mall. Hampir suka abad hidup kat dunia ni, banyak ajar aku erti hidup & kehidupan.

kegilaan remaja kota...jangan TEGUR

sakit mata tengok perangai budak2 sekarang.
Aku pergi menonton Jangan Tegur bersama teman2. Disebabkan nak merasa feel ketakutan so tengok la tayangan lewat malam....hah
aku tabik la kat citer ni, aku boleh bagi 5/5 untuk sound effect & tahap keseraman yg melampau.
Gua kan penakut!

Berbalik kepada perangai remaja zaman sekarang. Macam2 peel. Aku agak terkejut bila ada sebuah pub kot (aku rasa sbb dengar nmpk org menari & bunyi sound system yg gamat), aku tak ingat nama nya, beroperasi sampai lewat pagi di sebuah shopping complex- CineLeisure.

Aku takde la terkejut tengok remaja2 muda menjerit2. Masalahnya dema ni mabuk! Bayangkan polis pun takde nak kawal Mall tu. Kami pun jalan laju2 la,takut kalo2 mereka bertindak liar. Bila keluar plak, sakit mata tengok perangai couple yg bertudung & pasangan masing2.
Hi5 Emoticon
Mencemarkan imej remaja bertudung yg lain!

Aku ni kuat komplen rupanya.
huhu nanti aku sambung lagi bout kegilaan remaja kota ni

sekitar make over



adik aku!
Make over free!








Ahad, 12 April 2009

5 sen vs tol gate girl

Ada ape dengan 5 sen?
Aku dah berada di lane touch & go, bila aku pk-pk balik..Baki dalam kad, tak cukup ni. Tempoh ahari aku tak jadi tambah nilai. Tanpa buang masa, aku bagi signal & minta laluan untuk tukar lorong. Sib baik lorong tunai betul2 kat sebelah aku. Aku angkat tangan kat driver yg bagi aku laluan. Aku biasala suka berdrama kan, walaupun aku tau dia tak dengar, aku tetap mengucapkan "tima kasih bang, Love u tooo"

Aku memang tak perasan yg aku pegang duit 5 sen, aci capai je kan...

"Kak, ni 5 sen"

alamak camne boleh silap ni?

"ok sori2" mula2 aku rasa ok jer, tapi bila aku pandang muka budak yg buat muka poyo kat aku. geram gak rasanya. Takkan sebab 5 sen aku nak tipu kot.aku cari duit 10 sen.

"yg 5 sen tu saya halalkan, tok orang belakang".

Aku rasa kita kena simpati pada tol girl/boy sebab mereka:

1) PANAS
2)LAPOR
3)PENAT
4)MENGANTOK
5)BZ, JLN TAK PENAH LENGANG
6)dapat pemandu macam aku, 10 sen pun takde ke..hahaha

Aku admit aku nye mistake

mak ku yg kalut...kepala gas

tengah drive, Lagu yuna kat hp berkumandang
erk mak call la
"na, kepala gas ni mcm ne? tak boleh nak bukak,kan ari tu mak cakap, mak tak ingat nak buat mcm ne"
"mak tekan jer, kepala punat tu ke dalam" susah gak nak explain kat mak aku ni..dlm tepon tau2 jer la
"dah, mak dah tekan. tak boleh jugak ni"

"mak salah tekan butang tu, bukan butang yg keras.
Ok mak pegang kepala yg boleh tolak tu, tekan butang dia ke dalam"

"tak mau"..adoi mak aku ni..aci kalut betul

"itu nana tau, mak tekan butang lain, betul2 kat kepala yg mak tolak"

"aaaa dah boleh"

mak aku gelak besar

"mak takut na, api2 ni"

"ala mula2 jer tu"

minggu lepas balik kampung, kami tukar kepala gas kepada yg lebih ok ckit. Melayang la gak duit mak aku RM 300. Dia tengok demo kebakaran yg biasa berlaku kat dapor. Kira terpedaya la ni.
Bagi aku lak, ia membuat aku melangkah ke hadapan kerana sebelum ni aku TAKKAN PERNAH NAK TUKAR KEPALA GAS" sebab aku pun macam mak aku ... TAKUT!
Tapi lepas tengok demo cara nak pasang kepala gas baru, aku yakin la nk tukar kepala gas. Tapi yg baru ni le. Style lama aku still takut lagi.

Dulu kalo abah & mak takde kat umah, bila gas habis, alamak tak berasap la dapor umah aku.

Alasan terbaik: TAKUT KENA SAMBAR API

Pakcik tua & anaknya

Aku pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Seorang pakcik tua berumur sekitar 60 tahun telah melanggar pintu kiri bahagian belakang keretaku. Menggeletar tak ingat. Aku sangkakan anak muda yg terbaring berdarah di tepi jalan.
“Pakcik ok?”
“ada orang langgar pakcik, nak”
adoi...pakcik yg langgar saya la pakcik. Takkan aku nak cakap macam tu pulak
“takpela pakcik rehat dulu yer” Aku pegang tangan pakcik tua.
“Ada bau getah” detik aku dalam hati.
“saya tunggu kat luar. Ni wad kecemasan, tak boleh ramai2”
aku menunggu hampir 3 jam di luar wad kecemasan. Batang idung anak dia pun tak nampak.Aku menuju ke Makmal Biokimia, berjumpa dengan housemate aku yg bertugas di Hospital Melaka sbg SO.
“Saya blank la La.”
“takpe kita tunggu je family pakcik tu, ‘ujar Taufik, suami Azila.
Azila & aku adalah coursemate di UPM. Kami bertambah rapat bila aku mendapat kerja di Melaka. Kami serumah walaupun dia bersuami. Hehe
Suaminya pulang sekali sebulan kerna bertugas sbg pensyarah di Sarawak. Waktu Taufik balik, aku pandai2la bawa diri melepak bersama Maria, rakan kerjaku.

Pakcik tadi patah tangan kirinya. Kalut giler aku dlm minggu tersebut, mana nak urus kereta yg kemek. Hal nak sambung belajar lagi.

2 hari kemudian menantu lelakinya meminta wang dari aku. “Ayah saya tak dapat bekerja selama 3 bulan, dia pajak pokok getah orang”

Kalian sudah cukup dewasa menafsirkan kata2nya bukan? Aku masih berdiam
“Abang nak apa sebenarnya?”
“ Kamu faham maksud abangkan?”
sah, memang wang yg diminta. Sampai hati seorang anak masih membiarkan ayah tua menoreh getah sedangkan kalian berpangkat? Tak cukupkah gaji seorang Pegawai Bank, Cikgu & Doktor untuk menyara kehidupan seorang ayah tua?

“Kalau abang nak saya bayarkan bil hospital, tu tak jadi masalah la. Duit pun saya boleh bagi sekian banyak je, tapi nak minta sampai 3 bulan sara diri, susahla bang”.

Aku cuba berbicara sebaik mungkin dgn lelaki yg nampak alim.
“Takpelah bang, nanti saya bincang dengan Pegawai Penyiasat Jamil”

Hari berikutnya aku mendapat mesej berbunyi begini
“awak tunggu balasan Allah kerna Allah tak akan mengecewakan hambanya yg dizalimi”

“Biar mahkamah tentukan, kita ada undang2” ujar Sarjan Jamil sambil tersenyum memandang wajah aku yg kusut.

Pakcik tu berada di titik BUTA sewaktu aku memasuki lorong. Kalau aku melanggarnya kenapa bahagian belakang kereta ku yg berdentum? Pakcik, pakcik yg langgar saya tau....

“Ayah abang langgar kereta adik yer?ayah abang memang laju bawa moto”

Masih terngiang-ngiang di telinga aku kata2 i
Ada plot dalam citer ni terpaksa aku sunting. Biar aku simpan ugutan si anak. Tapi jika sesiapa meminta aku mengulangi tiap patah kata2 nya, aku dengan lancar boleh kongsi bersama.