Isnin, 12 Mei 2014

Hujan

Mahu tulis tentang hujan Bukan tentang rintik Kaitan jiwa Dek hujan yang berlagu di jiwa Nombor telefon emak ku cari Emak juga yg ku cari Bila sedih Tika duka Pesan emak tadi "Jangan tinggal solat" "Jaga diri" Terkesan Aku yang banyak dosa Oh ya....tentang hujan Apa fenomenanya? Ditinggalkan jiwa Diam juga buat aku sakit Makin aku lelah Insan tiada punya upaya Hujan pasti akan berhenti Bila ia puas berjujuran Biar aku biar hujan membasahi Akan ada saatnya nanti Pelangi datang Aku tunggu kamu

Jumaat, 5 April 2013

Pinjaman Tuhan

Mahu tak mahu Suka atau tidak Aku wajib juga terima Semua TUhan pinjamkan sekejab Syukur TUhan tarik beg mahal yg boleh dibeli dgn wang NAsib baik hp samsung yg dikebas org Buatnya yang aku pinjam dari TUhan Ditarik semula....apa akan jadi? MATA yg MATA...boleh buta TELINGA...HIDUNG MULUT TANGAN KAKI Dengan fungsi yg tersendiri FRee tau....Tuhan pinjamkan Syukur bukan nikmat yg itu Tuhan dari dari aku

Isnin, 24 September 2012

mungkin bukan niatnya

terkadang lidah luncur bicara kata tanpa fikiran Dan yg itu bisa buat aku tak tertelankan nafasnya Mungkin lafaz itu benar akan maksudnya Nah....padan muka kau..... Atau mungkin Kesian.... Nk buat camna.... Aku fikir ia bicara mengejek .... Lantak lah... Whatever!!!

Jumaat, 25 November 2011

ya itu namanya kebetulan

sebetulnya namanya kebetulan

sedang sangat2 mahu mengelak

terserempak juga...tapi mata ini tetap malu

jika mata bertembung, takut nanti disangkanya aku ini tiada malunya

arghh...elakkan saja dari sirna itu menembusi

jadinya...tundukkan pandanganmu wahai si gadis

----bungkam----

saat ingin sekali berpapasan

tiada pula muncul tubuh badannya

benar mungkin peluang itu muncul sekali sekali

atau hanya sekali?

kelak nanti bagaimana ya?

---sigh---

begini...mungkin perlu serab keberanian persekitaran

agar self esteem yg berterbangan dapat dikumpul dan di lepaskan

bila perlu....cube yer...

mana tau ianya berbuahkan hasil berbentuk strawberi ;)

senyum!

Selasa, 8 November 2011

tentang hari semalam

cukup sukar mahu menulis sebaris ayat

isinya tentang semalam...nov 2011..tanggalnya 1

semalam itu memang indah dek pandangan mata

semalam itu walaopon permulaan yg baek, belum menjanjikan apa2

tentang aku, halnya dia


---senyum----

tandanya aku suka...suka bangat!

perihal engkau, aku masih kabur

mungkin stagenya kita sama, cuma aku lebih tranparen

atau engkau sebenarnya biasa2 saje

sedang aku...bagai mahu runtuh jiwa

hingga gugupnya jantungku, boleh didengar

sampai ke telinga tikus2 yg berkeliaran

aku anggap ianya special

kuntum senyum itu untuk aku

yg aku balas itu juga sebetulnya untuk engkau

---wow---

Selasa, 2 Ogos 2011

oMG!

bukanlah nak memilih sangat

cuma mahu yang lebih kurang sebaya

statusnya seperti aku juga

takut nanti anaknya kucincang lumat....manalah tahu jika hantu menguasai jiwa

@ mungkin 90% kerna factor yg aku tidak mengenalinya ;)

maaf kawan, aku rasa ini yang terbaek...menolak terus tanpa perlu aku berselindung

beri kamu seribu alasan

buat kamu gantung harap pada aku

utk lihat aku dan dia bahagia

haih

aku rasa ianya kelakar..

berharap juga, yang keluar dari mulut kamu itu juga gurauan semata2

maaf, bukan mahu bersenda dengan perkara yg seriyus

mungkin tika itu terik mentari buat aku katakan tidak

dan di saat aku rasa aku normal, jawapannya juga sama ...oh tidak!

takdir kita mungkin sebagai kawan dan bukan bersaudara

"makcik" oh tidak...kau akan kekal memanggilku selaku namaku saja

-titik-

Isnin, 1 Ogos 2011

ramadan datang lagi

alhamdulillah

ramadan datang lagi

moga ia bakal membawa sejuta rahmat kepada kita semua

mengharapkan yang terbaek untuk diri sendiri, kaum keluarga, sahabat handai

serta muslimin dan muslimat

aku bermohon kepada Mu Ya Allah

Kau "mendengarkan" kami

---Amin---

Sabtu, 16 Julai 2011

penat la menunggu

kalo boleh pilih,

aku mahu "dia"

kalau boleh di tudingkan dengan jari

"mahu yang "itu"

yang baek2 saja

kalau boleh "dia" tahu tanpa perlu berbicara

Oh Tuhan, alangkah indanya

kalau boleh bounce macam iphone dgn i phone

uhhhh...memang aku tak percaya

ia perlu dengan kata2

tanpa bicara kata, tak terungkai tanda tanya

dengan sorotan mata, belum tentu sampai ke jiwanya

----haih-----

sukar rupanya, nampak paling ringan

yang paling ringan mcm gas di atmosphera tulah yang tersangat berat menghukum jiwa

tolong aku, bantu aku

meringankan jiwa

ombak didasar hati ini sudah 13.2 skala tsunaminya

buk...

terhentak di tembok batu....

haih....bangkitlah dari realiti

kena menunggu lagi, kerna aku bukan "Khadijah" isteri nabi

----senyum kelat----

Rabu, 27 April 2011

a pity girl

what a pity gurl

i am talking about myself

aku ada masa tapi tiada minit

aku punya tenaga tapi tiada kudrat

aku kaya idea, tapi kalah dgn upaya

aku selalu usaha, tapi tiada jaya

aku miliki pilihan,tp ia tidak mendamba

aku mahu siapkannya

Letih, malas jadi penghalang

aku menci a pity gurl tu

sbb itu aku yg pity kan diri aku sendiri

aku tidak mengantuk tapi mahu tido

zzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz